JUTAWAN Jepun Yusaku Maezawa mengumumkan misi Dear Moon Project yang ingin membawa lapan individu mengelilingi bulan telahpun dibatalkan.
Ini adalah kerana misi yang sepatutnya dilakukan pada tahun 2023 telah mengalami kelewatan disebabkan kapal angkasa Starship masih belum mampu dihasilkan oleh SpaceX.
Misi ini mendapat perhatian ramai kerana ia adalah misi terawal menggunakan Starship diumumkan oleh Elon Musk dan Yusaku Maezawa pada tahun 2018.
Antara individu yang terpilih menjadi krew pula ialah DJ Steve Aoki dan bintang KPOP TOP (Choi Seung Hyun).
Maezawa berkata keputusan membatalkan misi terpaksa dilakukan kerana kini tidak ada tarikh bilakah ia akan dapat dilancarkan.
Kegagalan SpaceX menghasilkan Starship juga telah menyebabkan Misi Artemis turut akan ditangguh ke 2026.
Walaupun ujian telah dilakukan tiga kali, Starship masih gagal kembali semula ke bumi seperti yang dikehendaki oleh misi.
Dalam dua pelancaran pertama ia meletup manakala pada ujian ketika perhubungan dengan pusat kawalan terputus sebelum ia terhempas. - Amanz
Amanz
Mon Jun 03 2024

Maezawa berkata keputusan membatalkan misi terpaksa dilakukan kerana kini tidak ada tarikh bilakah ia akan dapat dilancarkan. - Amanz

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bilionair Jepun buat pusingan 'U', tak jadi sertai ekspedisi ke bulan bersama calon pasangan
Maezawa berkata, dia berasa sangat sedih' dengan keputusan menarik diri, dan meminta maaf kepada semua pemohon dan petugas AbemaTV.

Jadi pasangan bilionair Jepun ke bulan, sudah ada lebih 20,000 permohonan!
Calon-calon yang menyimpan harapan tinggi perlu melalui ujian diagnostik iaitu mereka diuji sama ada mempunyai keserasian dengan Maezawa.

Eksperimen sosial: Bilionair Jepun hadiahkan AS$9 juta kepada 1,000 pengikut Twitter terpilih
Pemberian wang kepada pengikut Twitter itu adalah berdasarkan nilai pendapatan asas, dan tanpa syarat.