KUALA LUMPUR: Pemanah berpengalaman negara, Mohd Juwaidi Mazuki, berjaya memperbaharui rekod kebangsaan compound individu lelaki miliknya pada Piala Dunia Memanah 2023 Peringkat 1 di Antalya, Turkiye, pada Selasa.
Pada pusingan kelayakan menurut https://www.worldarchery.sport/ , pemenang dua pingat emas Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, tahun lepas, mengumpul keseluruhan 714 mata selepas 72 panahan sekali gus memadam rekod lama 709 mata yang dicipta di kejohanan Memanah Asia 2019.
Atlet berusia 32 tahun itu, yang menduduki ranking ke-161, akan berdepan Yang Chen-Jui dari Taiwan pada saingan pusingan pertama.
Pada masa sama, pemanah elit wanita negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh, menamatkan pusingan kelayakan di kedudukan ke-14 selepas mengumpul keseluruhan 701 mata dan bakal membuat perhitungan bersama Viktoriya Lyan dari Kazakhstan di pusingan pertama.
Dalam pada itu, Mohd Juwaidi dan Fatin Nurfatehah yang berpasangan dalam acara compoud berpasukan campuran mengumpul keseluruhan 1,415 mata untuk mengakhiri pusingan kelayakan di posisi keenam terbaik dan menanti lawan antara Estonia dan Poland di pusingan kedua selepas diberi 'bye' di pusingan pertama.
Sementara itu, pemanah muda yang membuat penampilan di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Syaqiera Mashayikh mengumpul keseluruhan 597 mata untuk menamatkan saingan kelayakan recurve individu wanita di tempat ke-27.
Malaysia turut mempunyai wakil dalam beberapa acara seperti recurve berpasukan lelaki dan wanita, recurve berpasukan campuran dan compound berpasukan lelaki yang berjaya mara sehingga ke pusingan suku akhir.
Piala Dunia Memanah Peringkat 1 di Antalya berlangsung dari 18-23 April ini.
Selepas ini, saingan Peringkat 2 dijadual berlangsung di Shanghai, China dari 16-21 Mei diikuti Peringkat 3 di Medellin, Colombia 13-18 Jun dan Peringkat 4 di Paris, Perancis dari 15-20 Ogos sebelum pusingan akhir dijangka diadakan di Hermosillo, Mexico, September ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2023
![Juwaidi pecah rekod kebangsaan, skuad memanah mula bergaya di Antalya Juwaidi pecah rekod kebangsaan, skuad memanah mula bergaya di Antalya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681947694_MuhdJuwaidiMarzuki.jpg)
Juwaidi mengumpul keseluruhan 714 mata selepas 72 panahan pada Piala Dunia Memanah 2023 Peringkat 1 di Antalya, Turkiye, 18 April 2023. - Facebook Juwaidi Mazuki
![KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738994165_FadhlinaSidek.jpg)
KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.
![Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738990621_FadhlinaSidek.jpg)
Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar
Kementerian Pendidikan (KPM) menjangkakan kos membaik pulih keseluruhan sekolah dan premis yang mengalami kerosakan akibat banjir di Sabah dan Sarawak melibatkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.
Agrobank sasar 80,000 penyertaan bagi Kempen Mega Million 2.0
Agrobank menyasarkan penyertaan 80,000 peserta bagi Kempen Mega Million 2.0 yang berlangsung dari 1 November, 2024 hingga 31 Oktober, 2025.
![Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738989913_BidenTrump.jpg)
Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau menghentikan akses keselamatan bekas presiden Joe Biden serta menamatkan taklimat risikan hariannya, lapor Xinhua.
![KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi masturbasi KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi masturbasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738990557_KDN.jpg)
KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi masturbasi
Kerajaan mengenakan Perintah Larangan ke atas tiga judul penerbitan buku, berikutan dikhuatiri memudaratkan kemoralan masyarakat Malaysia.
[TERKINI] KDN haramkan tiga buku
KDN memaklumkan perintah larangan tiga buku iaitu My Shadow Is Purple oleh Scott Stuart, Koleksi Puisi Masturbasi oleh Amir Hamzah bin Akal Ali (Benz Ali) dan All That’s Left In The World oleh Erik J. Brown.
![Penunggang motosikal maut langgar lori pancit tepi jalan Penunggang motosikal maut langgar lori pancit tepi jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738987908_Penunggangmotosikal.jpg)
Penunggang motosikal maut langgar lori pancit tepi jalan
Penunggang motosikal maut selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pancit di Kilometer 222.4 Lebuhraya Utara-Selatan.
![Pesawat hilang ditemui terhempas, semua mangsa disahkan maut Pesawat hilang ditemui terhempas, semua mangsa disahkan maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738989485_tbwreckageaircraft.jpg)
Pesawat hilang ditemui terhempas, semua mangsa disahkan maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
!['Garis panduan untuk peringatan, bukan Islam tidak perlu campur' - Akmal Saleh 'Garis panduan untuk peringatan, bukan Islam tidak perlu campur' - Akmal Saleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738985124_AkmalSaleh.jpg)
'Garis panduan untuk peringatan, bukan Islam tidak perlu campur' - Akmal Saleh
Dr Akmal Saleh berkata keperluan penyediaan garis panduan terbabit adalah sebagai sumber rujukan dan peringatan kepada umat Islam.
AWANI Ringkas: Bilangan mangsa di PPS berkurangan setakat 8 pagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Memanah: Mohd Juwaidi-Fatin Nurfatehah hampir pecah rekod kebangsaan, layak ke suku akhir Memanah: Mohd Juwaidi-Fatin Nurfatehah hampir pecah rekod kebangsaan, layak ke suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696234055_Atletmemanah.jpg)
Memanah: Mohd Juwaidi-Fatin Nurfatehah hampir pecah rekod kebangsaan, layak ke suku akhir
Skuad memanah compound berpasukan campuran dan berpasukan lelaki meneruskan panahan positif untuk mengatasi cabaran lawan masing-masing.
![Mohd Juwaidi sambut Aidilfitri dengan dua gangsa di Piala Dunia Memanah Mohd Juwaidi sambut Aidilfitri dengan dua gangsa di Piala Dunia Memanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652742969_MohdJuwaidiMazuki.jpg)
Mohd Juwaidi sambut Aidilfitri dengan dua gangsa di Piala Dunia Memanah
Mohd Juwaidi Mazuki menyambut Aidilfitri jauh di perantauan dengan membuat panahan yang memberikan dua pingat gangsa untuk negara di Piala Dunia Memanah Peringkat 1 di Antalya, Turkiye.
![Mohd Juwaidi selangkah ke final Piala Dunia Memanah 2023 di Antalya Mohd Juwaidi selangkah ke final Piala Dunia Memanah 2023 di Antalya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652742969_MohdJuwaidiMazuki.jpg)
Mohd Juwaidi selangkah ke final Piala Dunia Memanah 2023 di Antalya
Pemanah negara Mohd Juwaidi Mazuki hanya selangkah untuk mencipta sensasi meraih pingat emas selepas mara ke separuh akhir acara compound individu lelaki pada Piala Dunia Memanah 2023.
![Juwaidi pecah rekod kebangsaan, skuad memanah mula bergaya di Antalya Juwaidi pecah rekod kebangsaan, skuad memanah mula bergaya di Antalya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681947694_MuhdJuwaidiMarzuki.jpg)
Juwaidi pecah rekod kebangsaan, skuad memanah mula bergaya di Antalya
Atlet berusia 32 tahun itu, yang menduduki ranking ke-161, akan berdepan Yang Chen-Jui dari Taiwan pada saingan pusingan pertama.
![Pemanah Mohd Juwaidi menyerlah dalam semua tiga acara Pemanah Mohd Juwaidi menyerlah dalam semua tiga acara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652742969_MohdJuwaidiMazuki.jpg)
Pemanah Mohd Juwaidi menyerlah dalam semua tiga acara
Mohd Juwaidi berjaya mara ke tiga pusingan akhir - individu lelaki, lelaki dan pasukan campuran, pada Isnin.