Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan melaksanakan keputusan untuk memecat Anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Iszuree Ibrahim sehingga perbincangan diadakan bersama beberapa pihak termasuk Anggota Majlis MPPP.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin berkata Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang hari ini mengambil ketetapan untuk mengekalkan Iszuree sebagai Anggota Majlis MPPP.
Namun, Iszuree yang juga Bendahari PAS negeri itu digugurkan daripada menganggotai mana-mana jawatankuasa kecil MPPP dan peruntukan beliau dibekukan dan disalur kepada Anggota Majlis daripada PAS, Mohd Nasir Yahya, serta diurus oleh Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, kata Dr Afif.
"Kerajaan negeri menghargai usaha Badan Perhubungan PAS negeri diketuai (Timbalan Pesuruhjaya) PAS negeri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang hadir bertemu Ketua Menteri Lim Guan Eng pada 2 Okt lepas, disertai oleh beberapa pimpinan PAS Pulau Pinang.
"Malang sekali, dalam pertemuan itu Iszuree telah gagal hadir dan bersemuka. Pandangan dan penjelasan kerajaan negeri dan PAS Pulau Pinang dikongsi ketika pertemuan ini.
"Ini membuktikan tidak timbul isu mengenai hubungan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang seperti yang digembar-gemburkan oleh media pro Barisan Nasional," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dr Afif berkata mesyuarat Anggota Majlis Kerajaan Negeri pada 1 Okt lepas telah mengambil keputusan untuk memecat Iszuree daripada jawatannya atas kesalahan memfitnah kerajaan negeri dan melanggar etika profesionalisme.
Beliau berkata kenyataan Iszuree dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor pada 28 Sept lepas berhubung isu perumahan adalah fitnah dan bercanggah dengan polisi sebenar kerajaan negeri dan MPPP.
Sementara itu, usaha Bernama untuk mendapatkan komen Iszuree berhubung keputusan kerajaan negeri itu gagal kerana beliau tidak menjawab panggilan.
Bernama
Thu Oct 09 2014

Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengekalkan Iszuree sebagai Anggota Majlis MPPP. -Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Empat ADUN Pulau Pinang diarah kosongkan kerusi
Empat ADUN pembangkang diarah meninggalkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini selepas usul pengosongan empat kerusi DUN diluluskan Dewan.

Tukar PM, kerajaan takkan selesaikan masalah - Dr Afif
Kata ADUN Seberang Jaya itu, siapa pun ahli politik baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang ketika ini perlu bersama mengembalikan keyakinan rakyat terhadap mereka.

Ke mana tujunya kompas Dewan Rakyat nanti? 'Dialog Tiga Penjuru', jam 8.30 malam ini
Dapatkah Ahli Parlimen fokus dengan misi utama yang sepatutnya dan tidak menjadikan kesempatan itu sebagai medan untuk mengatur langkah politik masing-masing?

Bagaimana sistem pendidikan kita boleh dibentuk semula?
Panel Dialog Tiga Penjuru membincangkan aspek yang perlu diubah dalam membentuk sistem pendidikan yang lebih menepati kehendak matlamat negara.

Kenyataan Ahmad Maslan beri isyarat UMNO buka ruang perbincangan dengan Bersatu - Dr Afif
Kenyataan Setiusaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Rabu menggambarkan parti itu masih membuka ruang perbincangan dengan Bersatu.

Benarkan kedai gunting rambut, cuci kereta beroperasi - Pemuda Negara
Kerajaan harus menimbangkan keperluan untuk meneruskan perniagaan dan kelangsungan hidup sebilangan besar pengusaha kecil seperti pemilik kedai gunting rambut dan perkhidmatan mencuci kereta.

P. Pinang disaran potong gaji Ketua Menteri, Exco sebagai langkah penjimatan hadapi COVID-19
Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini disyorkan memotong gaji serta elaun Ketua Menteri dan semua exco sebagai langkah penjimatan dalam mendepani pandemik COVID-19.

Dr Afif tinggalkan PKR, sertai Bersatu
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin kini meneruskan kerjaya politiknyanya dengan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

PKR Permatang Pauh terkejut, sedih Nurul Izzah letak jawatan
Cabang PKR Permatang Pauh terkejut dan sedih dengan pengumuman peletakan jawatan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, sebagai Naib Presiden PKR dan jawatan-jawatan lain dalam parti.

Kahwin bawah umur tidak selesai masalah sosial - Dr Afif
Had umur berkahwin tiada kena mengena langsung untuk mengatasi gejala sosial.