Tan Sri Md Raus Sharif hari ini mengakui bahawa pelantikannya semula sebagai Ketua Hakim Negara "belum pernah berlaku dahulu" tetapi menyatakan ia masih mengikut Perlembagaan.
Md Raus yang dilantik semula ke jawatan itu selama tiga tahun berkuatkuasa pada 4 Ogos berkata mengapa beliau harus menolak pelantikan itu sedangkan kerajaan berpendapat bahawa ia memerlukan khidmatnya.
Beliau berkata pelantikan itu adalah mengikut Perlembagaan kerana ia melalui proses tersebut.
"Proses itu dilakukan dengan sempurnanya. Jadi, soalan menolak jawatan tersebut tidak timbul," kata beliau pada sidang media ketika ditanya mengenai pelantikan semula beliau selepas majlis penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang kepada kakitangan mahkamah di Istana Kehakiman di sini hari ini.
Ketika ditanya sama ada ini adalah kali pertama di negara ini, seorang Ketua Hakim Negara yang telah mencapai umur 66 tahun dan enam bulan, dilantik semula untuk jawatan yang sama, Md Raus berkata sentiasa ada kali pertama untuk segala-galanya.
"Bila benda itu jadi first time banyaklah perbezaan pendapat. Tapi kita kena menghormati pandangan daripada semua pihak. Peguam bila datang ke mahkamah satu isu, peguam itu kata macam ini, peguam itu kata macam itu.
"Anda perlu melantik seseorang untuk membuat keputusan. Samalah kerajaan berpendapat benda ini boleh dibuat, Majlis Peguam kata tidak boleh buat, maka adalah orang yang akan memutuskan siapa yang benar siapa dan siapa yang tidak benar. Itu proses biasa. Ini belum pernah berlaku dahulu tetapi sudah tentu ada pandangan yang bercanggah mengenai perkara ini," katanya.
Mengenai mesyuarat agung tergempar (EGM) Majlis Peguam pada 3 Ogos yang meluluskan usul bahawa pelantikannya tidak mengikut perlembagaan, Md Raus berkata beliau menghormati pandangan badan peguam tetapi badan peguam juga perlu menghormati pandangan dari mahkamah.
"Ada dua pandangan mengenai perkara ini, sama ada ia tidak mengikut Perlembagaan, atau sebaliknya. Jadi mereka boleh memfailkan kes di mahkamah. Biarlah mahkamah yang membuat keputusan siapa yang benar, siapa yang salah," kata beliau.
Kepada soalan lain bahawa anggota Badan Peguam dinasihatkan tidak menghadiri mana-mana acara sosial oleh mereka (Md Raus dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin) dan Badan Peguam juga tidak akan menjemput mereka ke acara sosialnya, Md Raus berkata beliau tidak menghadapi masalah mengenai perkara itu kerana beliau menghormati pandangan pihak lain.
"Tidak ada banyak acara sosial dianjurkan oleh Badan Peguam. Setahu saya, acara itu ialah majlis makan malam anjuran badan peguam dan Sukan antara Badan Peguam dan Badan Kehakiman.
"Saya tidak tahu bagaimana mereka akan menganjurkan Sukan antara Badan Peguam dan Badan Kehakiman selepas ini, tetapi kita akan menjemput mereka contohnya seperti acara Tahun Perundangan kami akan menjemput mereka sama ada mereka hendak hadir, itu terserah kepada mereka," kata beliau pada sidang media yang berlangsung dalam suasana mesra.
Ketika ditanya mengapa majlis mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara, berlangsung pada pukul 10 malam semalam, beliau berkata tidak ada apa yang mencurigakan mengenai perkara itu.
"Masa itu ikut kesesuaian masa Yang di-Pertuan Agong. Pejabat Perdana Menteri telah berhubung dengan Istana Negara bahawa majlis akan diadakan pada Jumaat, semuanya sudah dirancang, cuma time sahaja yang jadi isu," kata beliau.
Malam tadi, Md Raus mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara untuk tempoh tiga tahun bermula 4 Ogos. Beliau menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam satu upacara di Istana Negara.
Pada 1 April lepas, Md Raus dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-14, menggantikan Tun Arifin Zakaria yang bersara pada umur 66 tahun dan enam bulan pada 31 Mac lepas. Umur persaraan bagi hakim ialah 66 tahun.
Tempoh perkhidmatan Md Raus sebagai Presiden Mahkamah Rayuan sebelum ini dilanjutkan selama enam bulan dari 4 Feb hingga 3 Ogos. Pada tempoh sama, beliau dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu pada 1 April.
Pada 7 Julai, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata Md Raus akan menyandang jawatan Ketua Hakim Negara untuk tempoh tiga tahun bermula 3 Ogos selepas dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan mulai tarikh dan bagi tempoh yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2017

Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif menjawab pertanyaan pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 di Istana Kehakiman hari ini. --fotoBERNAMA

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Februari 2025.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara hari ini.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.

Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Januari 2025.

Agong kurnia Darjah Kerabat Johor kepada Prabowo
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.1) kepada Presiden Indonesia Prabowo Subianto.