JOHOR BAHRU: Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan peraturan dan sebuah badan khusus yang mengawal selia individu yang terlibat dalam perkhidmatan penghantar barangan dan makanan menggunakan motosikal (p-hailing).
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata sudah tiba masanya perkara itu diwujudkan dalam usaha membela kebajikan mereka yang menjadikan bidang tersebut sebagai kerjaya.
Menurutnya, perkara itu perlu diutamakan kerana kini belum terdapat sebarang peraturan ataupun badan khusus untuk bidang berkenaan.
"Bagi saya, perlu ada satu dasar seperti e-hailing. Kalau dulu, tidak ada sebarang peraturan e-hailing dan oleh itu, kerajaan sedang melihat kaedah yang wajar untuk membuat perbincangan antara agensi dan kementerian untuk melihat bagaimana kita hendak membela nasib mereka yang terlibat dalam p-hailing ini.
"Kita memang faham mereka ini bertungkus-lumus menghantar makanan dan jangkaan saya, kini terdapat lebih kurang 100,000 orang terlibat dalam bidang ini," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MCA Johor di Ibu Pejabat MCA negeri di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai luahan pemandu atau penunggang p-hailing yang dikatakan tidak mendapat perhatian sewajarnya khususnya dalam aspek kebajikan daripada syarikat pengendali perkhidmatan itu.
Wee berkata kerjaya sebagai pemandu p-hailing yang merupakan sebahagian daripada industri ekonomi gig 'bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan' sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Ini kerana orang ramai kini lebih gemar berbelanja termasuk membuat pesanan makanan secara dalam talian berbanding duduk (makan) di restoran."
Mengulas lanjut perkara itu Wee berkata, prihatin dengan nasib penunggang p-hailing, kerajaan baru-baru ini hendak mewajibkan penunggang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
"Kalau caruman sebanyak RM13.10 sebulan... mereka bolehlah dapat bayar maka ada perlindungan secara asas," katanya sambil menasihati penunggang p-hailing agar bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan diri masing-masing dan pengguna jalan raya lain ketika membuat penghantaran.
Pada 9 April lepas, Wee yang memetik statistik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata dua pertiga daripada 2,576 kes kematian penunggang motosikal dalam tempoh sembilan bulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pada tahun lepas melibatkan penunggang p-hailing.
Katanya, terdapat banyak aduan diterima berhubung penunggang p-hailing menunggang motosikal dengan laju dan secara melulu ketika berada di jalan raya.
"Justeru, saya sudah meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan satu siri kempen (keselamatan jalan raya) untuk meningkatkan kesedaran penunggang ini. Mereka juga harus mempunyai sikap tanggungjawab dan prihatin terhadap pengguna jalan raya yang lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 18 2021

Wee berkata, perkara itu perlu diutamakan kerana kini belum terdapat sebarang peraturan ataupun badan khusus untuk bidang berkenaan. - Gambar fail

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pemandu p-hailing Indonesia mogok
Mereka yang memakai jaket hijau berkumpul di luar Kementerian Komunikasi; berhampiran pejabat Goto dan Grab.

Suruhanjaya Pekerja Gig: KESUMA terajui jawatankuasa pelbagai kementerian, pihak berkepentingan
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan menerajui sebuah jawatankuasa pelbagai kementerian dan pihak berkepentingan bagi merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.

Kadar upah: Penghantar minta UMNO, TPM campur tangan
Adul Hakim mendakwa, skim baharu kadar upah pengambilan dan penghantaran berkuat kuasa 16 Jan lalu menyebabkan pendapatan mereka terjejas.

Pemandu, penunggang p-Hailing ditawar pelan data serendah RM33 bermula hari ini
Pakej ditawar syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM dan YTL Communications (Yes 5G).

Pakej khas telekomunikasi untuk pekerja e-hailing, p-hailing diumum esok - Fahmi
Fahmi berkata hasil perbincangan bersama ketua-ketua pegawai eksekutif semua syarikat telekomunikasi hari ini telah mencapai kata putus.

PPRPM gesa GrabFood kembalikan kadar upah asal
PPRPM berkata, kadar bayaran upah yang diberikan ketika ini sangat rendah selain pengiraannya juga tidak jelas.

Persatuan gesa penubuhan badan kawal selia ekonomi gig disegerakan
Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia menggesa kerajaan menyegerakan penubuhan Badan Kawal Selia Ekonomi Gig.

Perkeso saran individu terlibat sektor p-hailing, e-hailing segera mencarum
Individu yang terlibat dalam sektor p-hailing dan e-hailing disaran segera mendaftar serta membuat caruman dengan Perkeso bagi menjamin kebajikan mereka.

Syarikat p-hailing beri komitmen untuk lebih telus tentu kadar upah penghantar - PM
Syarikat pengendali p-hailing telah memberikan komitmen untuk lebih telus, meneliti dan memperhalusi lebih lanjut pandangan golongan penghantar dalam penentuan dan pengiraan kadar upah bagi mereka.

Pertemuan 8 Ogos diharap menoktahkah isu kadar upah rendah p-hailing
Kata mereka keadaan itu berlaku berikutan kadar upah dikurangkan daripada RM10 pada 2020 kepada RM5 sekarang bagi setiap perjalanan.