Kerajaan amat menitikberatkan isu keselamatan pengguna jalan raya berhubung cadangan pelaksanaan perkhidmatan e-hailing motosikal yang dikenali sebagai Gojek.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu membabitkan keselamatan dan laporan kajian hala tuju dan mekanisme perkhidmatan e-hailing motosikal akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri dalam tempoh sebulan.
Menurutnya, kerajaan juga akan meneliti isu-isu lain termasuk insurans dan ketidaksesuaian budaya apabila pemandu lelaki membawa penumpang wanita yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak.
"Kabinet sudah memberikan satu keputusan berprinsip untuk membenarkan perkhidmatan dan kita juga melihat ada banyak kebaikan yang dapat dijana daripada perkhidmatan itu.
"Namun, isu keselamatan harus dipandang serius dan banyak ciri-ciri keselamatan pengguna jalan raya bakal diperkenalkan dalam perkhidmatan ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pas Mutiara di sini pada Jumaat.
Rabu lepas, Menteri Pembangunan dan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof dilaporkan berkata Kabinet bersetuju dengan cadangan mewujudkan perkhidmatan Gojek itu dan jemaah menteri memutuskan agar kajian dari sudut undang-undang dibuat terlebih dahulu sebelum ia boleh dilaksanakan.
Sementara itu, Loke berkata cadangan projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim masih lagi dalam peringkat perbincangan dan tiada sebarang keputusan muktamad dibuat setakat ini berhubung perkara itu.
Katanya, cadangan pembinaan lapangan terbang ini adalah inisiatif swasta dan kosnya juga akan dibiayai oleh swasta.
"Setakat ini, perbincangan berhubung projek itu hanya di peringkat awal melibatkan pegawai negeri-negeri bersama kementerian yang membincangkan rangka dan maklumat berhubung cadangan tersebut," katanya.
Tambahnya, kerajaan Kedah telah menubuhkan satu syarikat untuk mengendalikan projek itu.
Pada Mac lalu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan kerajaan meluluskan tujuh projek dan program berimpak tinggi di Kedah bernilai lebih RM3.6 bilion, termasuk pembinaan lapangan terbang itu yang membabitkan pelaburan luar berjumlah RM1.6 bilion.
Bagaimanapun, pengumuman itu mendapat reaksi berbeza daripada kerajaan negeri Pulau Pinang yang berpendapat pembinaannya di lokasi yang terletak hanya kira-kira 60 kilometer dari Pulau Pinang akan memberi impak negatif terhadap ekonomi dan lapangan antarabangsa negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 23 2019

Loke bercakap pada sidang media selepas melancarkan Pas Mutiara untuk perjalanan tanpa had bagi perkhidmatan bas Rapid Penang dan Feri Pulau Pinang di Terminal Bas Pengkalan Weld, George Town, 23 Ogos, 2019. --fotoBERNAMA

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Dua konsortium disenarai pendek dalam Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh - Loke
Pihak Perbadanan Keretapi (RAC) telah menyenarai pendek dua pembida bagi melaksanakan projek Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh (iRide).

Tiada 'pusingan U' terhadap pelaksanaan VEP - Anthony Loke
Beliau juga memberi peringatan keras terhadap semua kenderaan asing yang masuk ke Malaysia supaya mematuhi undang-undang jalan raya di Malaysia susulan pelaksanaan.

Sektor pengangkutan pamer perkembangan positif, tingkat hasil pendapatan negara
Ia merangkumi semua sektor pengangkutan darat, maritim dan udara meskipun negara berdepan pelbagai cabaran domestik dan antarabangsa.

Kapal Israel tidak dibenar berlabuh Selasa depan - Loke
Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM tidak akan dibenarkan berlabuh di Pelabuhan Klang seperti dijadualkan pada Selasa minggu depan.

Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.

Tiada gerakan jatuhkan Chow sebagai Ketua Menteri P.Pinang - Anthony Loke
Seluruh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu memberikan sokongan kepada Chow untuk menerajui Pulau Pinang hingga habis penggal.

Perbezaan politik tidak halang bincang isu negeri - Anthony
Semua pihak perlu menerima hakikat bahawa landskap politik di Malaysia sudah berubah, kata Anthony.

Jangan manipulasi kehadiran saya pada Persidangan Tahunan DAP - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap kehadiran beliau pada Persidangan Tahunan DAP 2023 hari ini tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.

Toleransi, sederhana dalam politik untuk jadikan Malaysia negara contoh - Anthony Loke
Sikap toleransi dalam bermasyarakat dan mengambil jalan sederhana ketika berpolitik merupakan asas bagi memastikan Malaysia menjadi negara contoh kepada dunia.

PRK: MOT lulus lesen operasi sementara bas Malaysia-Singapura - Loke
Kementerian Pengangkutan meluluskan lesen operasi sementara bas bagi menambah perjalanan ulang alik laluan darat antara Malaysia dan Singapura sempena PRK di Johor.