GEORGE TOWN: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan menghidupkan kembali warisan dan kebudayaan yang telah pupus dalam usaha memupuk seni warisan serta industri kreatif negara.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata pihaknya akan pergi ke setiap negeri untuk melihat serta mengenal pasti warisan atau kebudayaan yang telah pupus dan menjalankan usaha menghidupkannya semula.
"K-KOMM dapat tahu sesetengah aktiviti warisan dan kebudayaan di beberapa negeri telah pupus jadi kita hendak pergi ke tiap-tiap negeri dan lihat macam mana nak buat supaya warisan dapat dihidupkan kembali, kita akan panggil balik bakat-bakat (warisan dan kebudayaan) tersebut.
"Macam contoh di Terengganu, ada satu warisan yang dah mati (pupus)... saya tak ingat namanya namun kita sedang usahakannya (hidupkan kembali) dan di Perlis kami hidupkan kembali 'Awang Batil' untuk tunjukkan seni kebudayaan kita," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau ditemui selepas Pertandingan Akhir Jaguh Boria anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini yang turut dihadiri Ketua Setiausaha K-KOMM Datuk Seri Mohammad Mentek.
Zahidi berkata usaha mengembalikan warisan dan kebudayaan yang telah pupus itu penting untuk menjadikan industri kreatif negara sebagai sebahagian penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
"Mungkin ke depan kita akan cari bajet dan sedikit peruntukan untuk tiap-tiap negeri dapat hidupkan kembali warisan dan kebudayaan yang pupus. K-KOMM akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berhubung perkara tersebut.
"Kita akan tunjukkan kepada orang ramai terutama pelancong luar yang Malaysia kaya dengan kebudayaan," katanya.
Mengulas mengenai pertandingan Jaguh Boria itu, Zahidi berkata RTM menjalinkan kerjasama strategik dengan Jabatan Pendidikan dan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri, Pulau Pinang bagi menganjurkan pertandingan tersebut untuk mencungkil bakat-bakat seni industri kreatif.
Katanya, penganjuran pertandingan itu juga antara inisiatif pihaknya bagi menarik minat golongan muda terutama dalam kalangan pelajar sekolah terhadap seni warisan dan kebudayaan negara.
Dalam pertandingan itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Methodist dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 manakala naib juara SMK Permatang Tok Jaya (RM20,000) dan tempat ketiga SMK (P) St. George (RM15,000).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2022
![K-KOMM akan hidupkan kembali warisan telah pupus K-KOMM akan hidupkan kembali warisan telah pupus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664075907_DatukZahidiZainul.jpg)
Zahidi (dua, kanan) menyampaikan hadiah tempat pertama kepada kumpulan boria Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Methodist pada Pertandingan Jaguh Boria di Dewan Budaya USM malam tadi. - fotoBERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Bekas Ahli Parlimen Padang Besar sertai PKR, visi perkukuh parti di Perlis Bekas Ahli Parlimen Padang Besar sertai PKR, visi perkukuh parti di Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667651425_MultimediaDatukZah.jpg)
Bekas Ahli Parlimen Padang Besar sertai PKR, visi perkukuh parti di Perlis
Zahidi berkata permohonan beliau untuk menjadi ahli PKR turut mendapat restu daripada pimpinan tertinggi parti berkenaan.
![Zahidi hantar borang keahlian tapi bukan Pas, PN Zahidi hantar borang keahlian tapi bukan Pas, PN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684743987_TBzahidi.jpg)
Zahidi hantar borang keahlian tapi bukan Pas, PN
Bekas Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengesahkan telah menghantar borang keahlian untuk memohon menyertai sebuah parti, namun bukan Pas.
![Saya masuk PH bukan nak jadi ketua - Zahidi Saya masuk PH bukan nak jadi ketua - Zahidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675376352_DatukZahidiZainul.jpg)
Saya masuk PH bukan nak jadi ketua - Zahidi
Beliau berkata, bila saya dipecat saya tidak mahu bermusuh sebaliknya masih bersahabat dengan ahli-ahli UMNO yang lain.
![PRU15: Shahidan, Ismail, Zahidi, Azhar dialu-alukan sertai Pas PRU15: Shahidan, Ismail, Zahidi, Azhar dialu-alukan sertai Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668047537_MuhammadSanusiMdN.jpg)
PRU15: Shahidan, Ismail, Zahidi, Azhar dialu-alukan sertai Pas
Setiap calon terbabit memiliki kelebihan masing-masing dan Pas tidak menolak sekiranya pemimpin berkenaan berminat untuk menyertai parti itu atau mana-mana parti di bawah gagasan PN.
![PRU15: UMNO gugur keahlian Shahidan, Zahidi, dua yang lain PRU15: UMNO gugur keahlian Shahidan, Zahidi, dua yang lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41667707448_AnnuarMusaShahid.jpg)
PRU15: UMNO gugur keahlian Shahidan, Zahidi, dua yang lain
Turut digugurkan Ismail Abd Muttalib (Parlimen Maran) dan Azhar Ahmad (DUN Kuala Perlis).
![PRU15: 'Ribut politik Perlis', Shahidan sah di Arau, di mana Zahidi? PRU15: 'Ribut politik Perlis', Shahidan sah di Arau, di mana Zahidi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667368148_AnnuarMusaShahid.jpg)
PRU15: 'Ribut politik Perlis', Shahidan sah di Arau, di mana Zahidi?
Sehingga ke saat ini, kedudukan Zahidi Zainul Abidin masih menjadi tanda tanya.
![PRU15: UMNO Padang Besar tak setuju calon 'payung terjun', Zahidi tawar diri PRU15: UMNO Padang Besar tak setuju calon 'payung terjun', Zahidi tawar diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71667221783_TBzahidi.jpg)
PRU15: UMNO Padang Besar tak setuju calon 'payung terjun', Zahidi tawar diri
Penyandang kerusi Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin akan mempertahankan kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![Kurangkan beban pemuzik jalanan, K-KOMM akan bincang dengan beberapa kementerian Kurangkan beban pemuzik jalanan, K-KOMM akan bincang dengan beberapa kementerian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71667221640_PENGHIBUR.jpg)
Kurangkan beban pemuzik jalanan, K-KOMM akan bincang dengan beberapa kementerian
Perbincangan melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
![PRU15: Kedudukan Shahidan, Zahidi diketahui hari ini atau esok PRU15: Kedudukan Shahidan, Zahidi diketahui hari ini atau esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41667187727_Shahidan.jpg)
PRU15: Kedudukan Shahidan, Zahidi diketahui hari ini atau esok
Sebelum ini, timbul desas-desus Azlan yang juga Menteri Besar akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar.
![PRU15: Bincang dengan CSM usaha cegah pencerobohan siber semasa pilihan raya PRU15: Bincang dengan CSM usaha cegah pencerobohan siber semasa pilihan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663287472_MultimediaDatukZah.jpg)
PRU15: Bincang dengan CSM usaha cegah pencerobohan siber semasa pilihan raya
Ia sebagai antara langkah untuk mendepani cabaran pencerobohan siber ketika musim Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).