KUALA LUMPUR:Bekas pengendali skuad negara Datuk K. Rajagobal hari ini mengesahkan menerima tawaran sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Brunei dengan kontrak dua tahun berkuat kuasa Januari 2021.
Ia merupakan kemunculan semula Rajagobal, 64, di pentas antarabangsa dalam tempoh tujuh tahun selepas membimbing skuad Harimau Malaya bermula 2009 sehingga 2013.
Rajagobal atau lebih dikenali sebagai 'King Gobal' yang membawa Malaysia muncul juara Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) buat julung kali pada 2010, berkata tawaran itu satu penghormatan bagi dirinya.
"Ia memberi inspirasi dan motivasi kepada saya untuk kembali semula memberi sesuatu kepada arena bola sepak. Ini juga peluang untuk saya menikmati semula suasana dan apa yang pernah saya lalui sewaktu menjadi ketua jurulatih Malaysia.
"Saya memandang ke hadapan untuk memulakan tugas ini dan mengambil cabaran bagi meningkatkan keseluruhan tahap pasukan. Walaupun ia bukan sesuatu yang boleh dibuat dalam sekelip mata, saya harap dapat lihat perbezaan peningkatan sedikit dalam masa yang singkat," katanya kepada Bernama.
Sebelum ini, Rajagobal antara tiga calon yang disenarai pendek Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) bagi menggalas tanggungjawab selaku ketua jurulatih selepas satu proses pemilihan teliti dilakukan badan induk itu.
Rajagobal berkata perkara pertama yang bakal dilakukan adalah mengubah mentaliti barisan pemain serta meningkatkan tahap keyakinan mereka.
"Kita tahu di mana kedudukan Brunei dalam ranking FIFA dan struktur bola sepak mereka tetapi kita tak boleh lihat dari satu sudut sahaja. Sebagai jurulatih saya cuba tampilkan perbezaan dari segi pemikiran pemain, menjadikan mereka lebih berkeyakinan dalam masa terdekat," jelas beliau.
Pasukan Brunei kini menduduki ranking ke-191 dunia.
Kewibawaan Rajagobal di pentas antarabangsa turut dibuktikan dengan kejayaan membimbing skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan, mengakhiri kemarau 20 tahun meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos.
Di peringkat kelab, beliau yang memiliki pengalaman 30 tahun selaku jurulatih pernah menabur bakti bersama beberapa pasukan utama antaranya PKNS FC, Selangor, Kelantan dan Sarawak sebelum kembali membimbing PKNS FC dari 2017-2019.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 01 2020
Rajagobal berkata perkara pertama yang bakal dilakukan adalah mengubah mentaliti barisan pemain serta meningkatkan tahap keyakinan mereka. - Gambar fail/BERNAMA
JBPM dijangka terima tiga helikopter baharu tahun depan
JBPM dijangka menerima tiga helikopter baharu AgustaWestland AW139 pada tahun depan, dalam usaha meningkatkan keupayaan penyelamatan terutama di kawasan pedalaman.
NRES siasat dakwaan tanah pusaka dijual pihak tidak dikenali - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan siasat dakwaan sebuah keluarga kerugian RM500,000 apabila tanah pusaka diwarisi mereka dijual pihak tidak dikenali.
MPOC unjur penurunan bermusim eksport minyak sawit pada Januari, Februari 2025
Hala tuju harga minyak sawit pada 2025 akan banyak bergantung kepada dinamik bekalan eksport dari Malaysia dan Indonesia, bersama-sama dengan peralihan dasar di Amerika Syarikat dan Indonesia.
MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.
[TERKINI] Donald Trump angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat
Langsung Majlis Angkat Sumpah Jawatan Presiden Amerika Syarikat ke 47 Donald Trump di Capitol Rotunda, Washington.
Buletin AWANI Khas: Donald Trump angkat sumpah Presiden AS
Ikuti secara langsung Buletin AWANI Khas sempena Majlis Angkat Sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.
#AWANInews
#AWANInews
Peserta pelbagai negara sertai pertandingan robotik China
Pertandingan akhir robotik antarabangsa yang dianjurkan di Zhengzhou, China menarik kehadiran peserta yang datangnya dari pelbagai pelusuk dunia. Peserta berbakat yang menyertai saingan hebat reka cipta robot itu ada yang datang dari Amerika Syarikat, Pakistan serta Jerman.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Upacara pengebumian dua hakim Mahkamah Agung di Tehran
Para penduduk di sekitar Tehran, Iran memberi penghormatan terakhir dalam satu majlis pengebumian dua hakim Mahkamah Agung yang dibunuh lelaki bersenjata baru-baru ini.
Rajagobal berang dengan persembahan anak buahnya
Pemain gagal mencipta peluang menjaringkan gol dan kekurangan kesungguhan pada separuh masa pertama.
Peminat bola sepak di Twitter cadang Rajagobal gantikan Moyes
Pemecatan Moyes dari Manchester United (MU) hari ini telah mengundang pelbagai reaksi dari peminat kelab bolasepak liga Inggeris tersebut.
Aksi lebih mantap menentang Yaman
Seramai 17 pemain melaporkan diri di Wisma FAM semalam bagi mengikuti kem latihan skuad kebangsaan.