KUALA LUMPUR: Seramai 16 menteri serta timbalan menteri dari Sabah dan Sarawak diumumkan sebagai sebahagian anggota kabinet baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ia sekali gus mewakili 23 peratus daripada jumlah keseluruhan pengumuman senarai kabinet yang diumumkan Ismail Sabri pada Jumaat.
Seramai 10 pemimpin kekal dengan portfolio sama semasa pemerintahan terdahulu dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin termasuk Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili dan Datuk Hanifah Hajar Taib.
Manakala berlaku perubahan empat portfolio termasuk Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dahulunya merupakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dinamakan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).
Perubahan portfolio turut melibatkan Datuk Arthur Joseph Kurup yang dahulunya merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) kepada Timbalan Menteri Kerja Raya.
Manakala dua wajah baharu turut diumumkan melibatkan Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kewangan II dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II.
BACA: Ini senarai anggota Kabinet Ismail Sabri Yaakob
BACA: Kabinet baharu: PM beri 100 hari buktikan pencapaian awal
Berikut merupakan senarai penuh melibatkan ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak yang dipilih untuk menyertai kabinet Persekutuan;
1) Datuk Seri Fadillah Yusof (Menteri Kanan Kerja Raya)
2) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
3) Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
4) Datuk Seri Ronald Kiandee (Menteri Pertanian dan Industri Makanan)
5) Datuk Alexander Nanta Linggi (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna)
6) Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan)
7) Yamani Hafez Musa (Timbalan Menteri Kewangan II)
8) Datuk Arthur Joseph Kurup (Timbalan Menteri Kerja Raya)
9) Datuk Mohamad Alamin (Timbalan Menteri Pendidikan II)
10) Datuk Hanifah Hajar Taib (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
11) Datuk Henry Sum Agong (Timbalan Menteri Pengangkutan)
12) Datuk Ali Biju (Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli)
13) Jonathan Yassin (Timbalan Menteri Dalam Negeri II)
14) Datuk Aaron Ago Dagang (Timbalan Menteri Kesihatan II)
15) Datuk Hasbi Habibollah (Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II)
16) Willie Mongin (Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi II)
Syafik Shukri Jalil
Fri Aug 27 2021
![Kabinet baharu: 16 menteri dan timbalan menteri dari Sabah, Sarawak Kabinet baharu: 16 menteri dan timbalan menteri dari Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61630036969_IsmailSabri.jpg)
Dua wajah baharu turut diumumkan melibatkan Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kewangan II dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II.FOTO: BERNAMA
![Tiga cedera, silinder gas meletup Tiga cedera, silinder gas meletup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739614165_Silindergasmeletup.jpg)
Tiga cedera, silinder gas meletup
Seorang pekerja patah kaki manakala dua lagi cedera ringan dalam insiden letupan silinder gas di sebuah kilang pembuatan dan penyelesaian komponen elektronik di Pulau Pinang.
![OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali' OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739609456_SamAltman.jpg)
OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'
OpenAI pada Jumaat secara rasmi menolak tawaran hampir US$100 bilion oleh Elon Musk untuk memperoleh organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mengawal syarikat permulaan AI itu, lapor Xinhua.
![Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739607935_RihannaAAPRocky.jpg)
Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah
Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan pada Jumaat.
![50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram 50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739613931_kgpeluruke.jpg)
50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram
Serbuan di sebuah kilang memproses sampah elektronik (e-waste) di Telok Panglima Garang, di sini, membongkar penemuan kira-kira 50,000 kilogram (kg) peluru termasuk kelongsong, pada Sabtu.
![Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733142105_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.
Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat berkata beliau akan mengumumkan tarif ke atas kereta import pada awal April.
Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, pusat penipuan ke China
Thailand menghantar pulang 10 warga China dikaitkan dengan kes penculikan pelakon terkenal yang diselamatkan dari sebuah pusat penipuan siber di Myanmar.
![PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739612035_AnwarIbrahim.jpg)
PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni MADANI Bestari Jaya dijadikan model kerjasama antara estet dan kerajaan dalam membangunkan perumahan pekerja.
Rihanna, A$Ap Rocky tinggalkan mahkamah
Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan pada Jumaat.
Rundingan Petronas- Petros: Sarawak tidak tamak dan kedekut - Abang Jo
Tan Sri Abang Johari menegaskan rundingan Petronas dan Petros dijalankan dengan mengambil kira kepentingan kedua-dua phak dan dilakukan berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Sarawak.
![Hubungan baik sesama menteri akan dimanfaat untuk berbakti - Nancy Hubungan baik sesama menteri akan dimanfaat untuk berbakti - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643260564_nancyshukri.jpg)
Hubungan baik sesama menteri akan dimanfaat untuk berbakti - Nancy
Nancy akan memanfaatkan pengalaman dan hubungan baik bersama Jemaah Menteri daripada pelbagai parti politik untuk terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
![Ewon komited selesai isu rakyat, hak Sabah bersama rakan Kabinet Ewon komited selesai isu rakyat, hak Sabah bersama rakan Kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81669999164_DatukEwonBenedick.jpg)
Ewon komited selesai isu rakyat, hak Sabah bersama rakan Kabinet
Portfolio beliau itu juga katanya adalah penting demi pembangunan usahawan-usahawan tempatan.
![Pelantikan sebagai TPM pengiktirafan kepada GPS, Borneo - Fadillah Pelantikan sebagai TPM pengiktirafan kepada GPS, Borneo - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653291849_TBF.jpg)
Pelantikan sebagai TPM pengiktirafan kepada GPS, Borneo - Fadillah
Pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah pengiktirafan kepada Gabungan Parti Sarawak dan blok Borneo, kata Fadillah.
![Kabinet baharu: 16 menteri dan timbalan menteri dari Sabah, Sarawak Kabinet baharu: 16 menteri dan timbalan menteri dari Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61630036969_IsmailSabri.jpg)
Kabinet baharu: 16 menteri dan timbalan menteri dari Sabah, Sarawak
16 menteri dan timbalan menteri dari Sabah dan Sarawak diumumkan sebagai sebahagian anggota kabinet baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
![Pemimpin PH adakan pertemuan dengan PM hari ini Pemimpin PH adakan pertemuan dengan PM hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623563593_pakatanharapan.jpg)
Pemimpin PH adakan pertemuan dengan PM hari ini
Pertemuan tersebut atas jemputan Pejabat Perdana Menteri.
![Majoriti masih tipis, PM perlu ketepikan ego elak perkara sama berulang - REFSA Majoriti masih tipis, PM perlu ketepikan ego elak perkara sama berulang - REFSA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629538520_TBKELUARISTANAjpg.jpg)
Majoriti masih tipis, PM perlu ketepikan ego elak perkara sama berulang - REFSA
Pembentukan kerajaan baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengenepikan ego berikutan kedudukannya yang masih mempunyai majoriti tipis.
![Kabinet Kerja: Ketiadaan TPM tidak menyalahi undang-undang Kabinet Kerja: Ketiadaan TPM tidak menyalahi undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41583829149_BarisanKabinet.jpg)
Kabinet Kerja: Ketiadaan TPM tidak menyalahi undang-undang
Kabinet baharu disifatkan sebagai sebuah Kabinet yang agak besar.
![Kesemua 31 menteri Kabinet angkat sumpah jawatan di hadapan Agong Kesemua 31 menteri Kabinet angkat sumpah jawatan di hadapan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41583827941_Angkatsumpah.jpg)
Kesemua 31 menteri Kabinet angkat sumpah jawatan di hadapan Agong
Kesemua 31 menteri kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati hari ini.