PUTRAJAYA: Barisan Kabinet akan dipastikan kekal komited dalam menjayakan agenda negara melalui jalinan kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat, tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam perutusan ‘Pembentukan Kabinet’ di sini, hari ini, Perdana Menteri berkata, barisan Jemaah Menteri tersebut dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman serta diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi.
Menurut beliau, Kabinet baharu itu juga perlu berorientasikan hasil berlandaskan tiga prinsip – peka dengan keperluan semasa; bertanggungjawab dan beramanah serta mengembalikan semula keyakinan rakyat.
“Sesungguhnya, barisan Kabinet ini juga mengambil pendekatan baharu yang bersifat lebih terbuka dengan menyantuni aspirasi Keluarga Malaysia melalui penyampaian perkhidmatan dan maklumat yang lebih efisien.
“Sehubungan itu, barisan Kabinet dan kementerian perlu dipastikan berupaya menggalas tanggungjawab ini dengan komited dan lebih proaktif,” jelas beliau lagi.
Melalui pengumuman itu, Perdana Menteri masih mengekalkan format tiada Timbalan Perdana Menteri dan mengekalkan struktur empat Menteri Kanan seperti pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.
BACA: Ini senarai anggota Kabinet Ismail Sabri Yaakob
Antara muka-muka baharu yang dibawa ke dalam senarai menteri ialah Senator Idris Ahmad (PN-PAS), dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (PN-BERSATU), manakala mereka yang kembali ke Kabinet ialah Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-UMNO), Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-UMNO) dan Tan Sri Noh Omar (BN-UMNO).
Dalam masa sama, Ismail Sabri menegaskan, beliau secara peribadi akan memastikan Kabinet tersebut menekan budaya kerja berprestasi tinggi.
“Justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan.
“Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, pelantikan Kabinet di bawah pentadbirannya akan memberi keyakinan baharu untuk negara bangkit dan bersatu dalam melawan COVID-19 serta membebaskan Keluarga Malaysia daripada kesengsaraan hidup akibat pandemik tersebut.
Firdaus Azil
Fri Aug 27 2021
![Kabinet baharu: PM beri 100 hari buktikan pencapaian awal Kabinet baharu: PM beri 100 hari buktikan pencapaian awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61630036969_IsmailSabri.jpg)
Barisan Kabinet akan dipastikan kekal komited dalam menjayakan agenda negara melalui jalinan kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat, tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar Pejabat Perdana Menteri
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Mahdzir mahu utama agenda pemerkasaan luar bandar Mahdzir mahu utama agenda pemerkasaan luar bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81630324802_DatukSeriMahdzirK.jpg)
Mahdzir mahu utama agenda pemerkasaan luar bandar
Usaha pemerkasaan masyarakat luar bandar akan dijadikan salah satu agenda utama yang akan diterapkan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
![Sedia terima CSA jika tawaran PM sama seperti Muhyiddin - Tony Pua Sedia terima CSA jika tawaran PM sama seperti Muhyiddin - Tony Pua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-09/71474435306_tonypua.jpg)
Sedia terima CSA jika tawaran PM sama seperti Muhyiddin - Tony Pua
Pakatan Harapan sedia menerima CSA oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya tawaran itu sama seperti dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.
![Kabinet baharu: Masa untuk selamatkan rakyat, pulih ekonomi, bukan politiking - Hadi Awang Kabinet baharu: Masa untuk selamatkan rakyat, pulih ekonomi, bukan politiking - Hadi Awang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61598598920_AbdulHadiAwang.jpg)
Kabinet baharu: Masa untuk selamatkan rakyat, pulih ekonomi, bukan politiking - Hadi Awang
Pas memberi sepenuh kepercayaan kepada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri untuk menjalankan tugas dengan budaya kerja berprestasi tinggi berorientasikan keberhasilan.
![Tidak perlu pertikai kewajaran pelantikan kabinet - Shamsul Amri Tidak perlu pertikai kewajaran pelantikan kabinet - Shamsul Amri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61630052954_ShamsulAmriBaharud.jpg)
Tidak perlu pertikai kewajaran pelantikan kabinet - Shamsul Amri
Penentuan kepada kewajaran atau kelayakan kepimpinan tersebut akan ditentukan oleh dua fokus utama iaitu COVID-19 dan ekonomi.
![Kabinet baharu: Naratif politik sama tidak mampu ubah sentimen rakyat - Penganalisis Kabinet baharu: Naratif politik sama tidak mampu ubah sentimen rakyat - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71630041529_PerdanaMenteri.jpg)
Kabinet baharu: Naratif politik sama tidak mampu ubah sentimen rakyat - Penganalisis
Anggota Kabinet yang diumumkan pada Jumaat boleh dianggap tidak efektif kerana dilihat tidak mampu menggerakkan naratif politik yang berbeza.
![Imuniti kelompok hampir tercapai, tiada alasan tidak pamer prestasi baik - Masrizal Imuniti kelompok hampir tercapai, tiada alasan tidak pamer prestasi baik - Masrizal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41630076028_TimbalanMenteriAla.jpg)
Imuniti kelompok hampir tercapai, tiada alasan tidak pamer prestasi baik - Masrizal
Tiada alasan untuk barisan Kabinet baharu tidak dapat mempamer prestasi cemerlang dalam tempoh 100 hari yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81630073051_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat apabila pengumuman barisan Kabinet baharu memberikan lebih keyakinan dalam kalangan pelabur.
![Kabinet baharu: Tumpu isu berkepentingan masyarakat secara mikro - Penganalisis Kabinet baharu: Tumpu isu berkepentingan masyarakat secara mikro - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71630043094_TBKABINETPUTRAJAYA.jpg)
Kabinet baharu: Tumpu isu berkepentingan masyarakat secara mikro - Penganalisis
Pengumuman barisan Kabinet diharapkan dapat meneruskan PPN dan memberikan penambahbaikan khususnya dalam isu berkepentingan masyarakat secara mikro.
![Kabinet Malaysia: Gugur menteri yang gagal selepas 100 hari - Najib Kabinet Malaysia: Gugur menteri yang gagal selepas 100 hari - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81617525188_NajibRazak.jpg)
Kabinet Malaysia: Gugur menteri yang gagal selepas 100 hari - Najib
Datuk Seri Najib Razak berharap agar kesemua barisan Kabinet yang dibentuk pada Jumaat dinilai berdasarkan hasil dan pencapaian.
![Tak ada pilihan lain, mari doakan gaji mereka dibayar separuh - Tengku Razaleigh Tak ada pilihan lain, mari doakan gaji mereka dibayar separuh - Tengku Razaleigh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71617351561_TengkuRazaleighKuL.jpg)
"Tak ada pilihan lain, mari doakan gaji mereka dibayar separuh" - Tengku Razaleigh
Tengku Razaleigh berharap lantikan baharu ini akan dipotong separuh gaji berbanding ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.