PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu bahawa Kabinet ada dimaklumkan sepintas lalu mengenai pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurutnya, perkara tersebut dimaklumkan ketika Mesyuarat Kabinet pada Rabu.
"(Kabinet) dimaklumkan sepintas lalu, tapi bukan bidang kuasa Kabinet untuk (umum).
"Kita faham ini bawah (Lembaga Pengampunan) sebab pengampunan ini seperti dalam perlembagaan, ia jelas di bawah bidang kuasa siapa, keanggotaannya bagaimana.
"Jadi kita bincang (mengenai keputusan pengampunan Najib) tapi kita faham ini di bawah bidang kuasa (Lembaga) Pengampunan itu sendiri," katanya pada Sidang Media Khas di Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada mesyuarat Kabinet membincangkan mengenai keputusan Lembaga Pengampunan berhubung pengampunan Najib, susulan wujudnya desas-desus berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, sebelum ini juga dipetik berkata, "Tunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan,".
Dalam pada itu, ditanya adakah keputusan berkenaan akan diumumkan, Saifuddin bagaimanapun menegaskan ia bukan bidang kuasanya.
Oleh kerana bukan bidang kuasa kita, saya tak boleh jawab bagi pihak Lembaga Pengampunan," katanya.
Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung pinjaman Kumpulan Wang Persaraan Inc (KWAP) RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd (SRC), serta tiga pertuduhan setiap satu pelanggaran jenayah kepercayaan dan salah guna kuasa berkenaan dengan RM42 juta dana SRC. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 31 2024

Saifuddin Nasution berkata, perkara tersebut dimaklumkan ketika Mesyuarat Kabinet pada Rabu. - Gambar fail

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

'Jaga mulut kamu Fahmi, jangan celupar!' - Razali Idris
Razali menempelak tindakan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang didakwa menuduh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebarkan berita palsu.

Pengampunan Najib: 222 Ahli Parlimen perlu tampil, redakan keresahan rakyat - #RasuahBusters
Pengampunan separa dan pengurangan denda terhadap hukuman Datuk Seri Najib Razak mengundang keresahan rakyat dan menghantar isyarat salah kepada dunia.

Kertas siasatan Tony Pua siap dalam tempoh terdekat - KPN
Kertas siasatan berhubung kenyataan Tony Pua didakwa menghina institusi diraja berkaitan pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka siap dalam tempoh terdekat.

Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

MUDA kritik tindakan terhadap Tony Pua, gesa kerajaan semak semula akta hasutan
Kerajaan Madani digesa supaya menyemak semula dan mengemas kini akta hasutan susulan Tony Pua dipanggil untuk direkod keterangan.

Tiada gerakan guling Ahmad Zahid di Pulau Pinang
UMNO Pulau Pinang menafikan ada kalangan ketua bahagian di negeri ini terlibat dalam usaha untuk menggulingkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

'Daddy pesan akan kembali bersama' - Nooryana Najwa
Yana nampak Najib memegang surat berkenaan keputusan Lembaga Pengampunan sewaktu melawat bapanya di Penjara Kajang.

Najib berhak mohon pengampunan, biarpun kes lain masih berjalan - Pakar Perlembagaan
Peraturan penjara membenarkan permohonan dibuat oleh mana-mana pesalah atau banduan, tanpa mengira status individu tersebut.

Hukuman Najib turun kepada 6 tahun, denda RM50 juta
Hukuman penjara bekas Perdana Menteri itu dikurangkan daripada 12 tahun ke 6 tahun, dan denda terhadapnya dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

'Kabinet dimaklumkan isu pengampunan Najib' - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu bahawa Kabinet ada dimaklumkan sepintas lalu mengenai pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.