KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Jemaah Menteri (JM) sebelum ini di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju agar Ketua Audit Negara meneliti laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disediakan oleh firma audit, Deloitte Malaysia.
Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) (Kabinet) Tan Sri Mazidah Abdul Majid, 72, ketika membacakan penyataan saksinya berkata keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Mac 2015, yang dihadiri 36 orang menteri yang kemudiannya disahkan dalam minit mesyuarat MJM bertarikh 13 Mac 2015.
Menurut Mazidah, beliau hadir pada MJM tersebut kerana tugasnya selaku TKSU Kabinet adalah untuk membantu Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang merupakan Setiausaha JM, untuk merekodkan minit MJM.
Ketika merujuk kepada minit MJM itu, Mazidah berkata Najib telah memberitahu ahli Kabinet dalam satu perutusan khas (sewaktu MJM) bahawa Ketua Audit Negara akan meneliti laporan audit pengurusan kewangan dan pelaburan 1MDB yang disediakan Deloitte Malaysia serta mendapatkan dokumen sokongan bagi memastikan pelaburan syarikat itu teratur.
"Tambah Datuk Seri Najib, satu lagi taklimat yang akan disampaikan dalam MJM ini adalah daripada pihak Deloitte Malaysia untuk menentukan sama ada terdapat salah laku seperti rasuah atau penyalahgunaan dana dan sebagainya dalam 1MDB.
"Taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB (Arul Kanda Kandasamy ketika itu) pula akan memberikan fokus kepada penjelasan mengenai kedudukan dan pelan pemulihan 1MDB bagi menangani masalah aliran tunai jangka pendek dan jangka panjang berhubung obligasi hutangnya untuk memastikan kemampanan syarikat itu dalam jangka panjang," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadia Zulkefli pada perbicaraan kes Najib dan Arul Kanda yang berdepan pertuduhan meminda laporan akhir audit 1MDB.
Menurut saksi pendakwaan kesembilan itu, Najib dalam perutusan khasnya turut berkata setelah Ketua Audit Negara meneliti dan mengesahkan laporan audit 1MDB oleh Deloitte Malaysia, ia akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
"Bagaimanapun, Datuk Seri Najib berkata pembentangan laporan kepada PAC mengenai 1MDB perlu dipertimbangkan dan dirancang dengan berhati-hati bagi mengelakkan fakta atau isu-isu syarikat tersebut diputarbelitkan misalnya melalui pembocoran maklumat kepada pihak ketiga dan dijadikan kontroversi," katanya.
Sementara itu, ketika disoal balas peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah adakah keputusan (untuk meneliti laporan audit) tersebut dimaklumkan kepada agensi berkaitan iaitu Jabatan Audit Negara (JAN) dan PAC, Mazidah berkata beliau hanya memberitahu JAN, tetapi tidak PAC, kerana ia (PAC) tidak berada di bawah portfolio beliau.
Muhammad Shafee: Adakah Tan Sri setuju bahawa Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu mencadangkan ini (penelitian semula laporan audit 1MDB) untuk memastikan hak 1MDB dilindungi?
Mazidah: Ya, berdasarkan minit MJM ini.
Muhammad Shafee: Sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Najib tidak mempunyai kepentingan peribadi terhadap 1MDB, kecuali untuk kepentingan rasmi?
Mazidah: Ia merupakan tanggungjawab Datuk Seri Najib (untuk membangkitkan perkara tersebut).
Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan akhir audit 1MDB yang telah dimuktamadkan Ketua Audit Negara, sebelum laporan itu 'sekali lagi dimuktamadkan' dan dibentang di hadapan PAC bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadap beliau.
Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016, mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung 9 Sept ini.
Bernama
Thu Aug 12 2021

Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan akhir audit 1MDB yang telah dimuktamadkan Ketua Audit Negara. - Gambar fail
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.