TELUPID: Jemaah Kabinet Sabah secara dasarnya meluluskan cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Sabah kepada dua penggal, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Katanya cadangan berkenaan akan dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan datang sekiranya rakyat dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk kerajaan serta pembangkang bersetuju untuk meminda Perlembagaan Negeri berkaitan perkara tersebut.
"Ini kerana mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri melibatkan soal perundangan, justeru Perlembagaan Negeri perlu dipinda melalui Persidangan DUN Sabah.
"Cadangan ini merupakan satu lagi inisiatif yang dibawa kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional," katanya berucap pada Program Jelajah GRS Parlimen Beluran di Dataran Telupid di sini hari ini.
Turut hadir presiden dan pemimpin parti komponen GRS antaranya Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Presiden United Sabah National Organisation (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dan Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan.
Mengenai program berkenaan Hajiji berkata Program Jelajah GRS Parlimen Beluran merupakan siri jelajah keempat, selepas Keningau, Kudat dan Lahad Datu.
"Sudah sampai masanya pemimpin dari parti-parti tempatan Sabah bersatu hati dalam satu wadah iaitu GRS bersama-sama berjuang menuntut dan menjaga kepentingan Sabah. Kita tidak akan berkompromi dalam memperjuangkan dan menuntut hak Sabah seperti dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," tegasnya.
Sementara itu, Ronald berkata program berkenaan mendapat sambutan yang amat positif dan menggalakkan daripada masyarakat di Parlimen Beluran yang dilaksanakan kepimpinan negeri sebagai persiapan menghadapi pilihan umum akan datang.
"GRS adalah gabungan berasaskan Sabah dan sudah tentu perjuangan besar adalah untuk memastikan negeri ini dibangunkan setaraf dengan negeri di Semenanjung dengan mengambil kira hak dan keistimewaan Sabah dalam negara ini.
"Kita ada perjanjian semasa membentuk Malaysia dan apa yang GRS mahu adalah kerajaan Persekutuan melihat perkara tersebut. Kabinet (Persekutuan) ada membentuk jawatankuasa berkenaan perkara ini dan banyak perkara yang telah dilaksanakan, namun banyak lagi perkara yang perlu kerajaan Persekutuan lihat dan ini adalah agenda utama perjuangan GRS," katanya.
Mengenai cadangan mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Sabah kepada dua penggal, Ronald berkata ia merupakan cadangan yang baik dan sudah tentu akan disambut baik oleh rakyat sebagai usaha memastikan ketelusan jawatan berkenaan.
"Terserah kepada ADUN untuk menentukan...jika melihat dalam konteks yang luas ini merupakan cadangan yang baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 24 2022

Hajiji berkata, mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri melibatkan soal perundangan, justeru Perlembagaan Negeri perlu dipinda melalui Persidangan DUN Sabah. - Gambar fail

Warga emas hilang ketika memancing ditemukan lemas
Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam selepas timbul di Jeti Pink Rompin pagi ini pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.
Inflasi Januari 2025, apa pendorong situasi dan prestasi terkini?
Untuk mengulas lanjut angka terkini inflasi ini, kita bersama Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST.

Jabatan Kesihatan rampas gula-gula kenyal dijual dekat sekolah Mohamad Fahmi
JKN Pulau Pinang sedang siasat lebih lanjut keselamatan produk makanan itu, tindakan selanjutnya akan diselaras di peringkat ibu pejabat.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.
'Nak beli baju raya, rancang kewangan terlebih dahulu' - Pakar
Masyarakat disaran untuk berbelanja secara berhemah dan tidak membiarkan perancangan kewangan mereka tersasar semata-mata kerana ingin memenuhi gaya hidup atau mengikut trend menjelang perayaan Aidilfitri.
[TERKINI] Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 - DOSM
Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan hari ini mengenai keluaran Indeks Harga Pengguna (IHP), Januari 2025.

'Along Kubur' disambung reman empat hari
Perintah reman ke atas suspek dikeluarkan hingga 25 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.

Kabinet Sabah setuju hadkan jawatan Ketua Menteri kepada dua penggal
Mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri melibatkan soal perundangan, justeru Perlembagaan Negeri perlu dipinda melalui Persidangan DUN Sabah.