Kabinet telah bersetuju untuk meminda Seksyen 15 dan 16 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.
Hal itu diumumkan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, menerusi akaun Twitternya.
Pindaan itu sekali gus akan memberikan hak dan kebebasan bersuara kepada golongan mahasiswa.
Ia selaras dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) sewaktu Pilihanraya Umum 14 baru-baru ini, di mana satu kajian inklusif dijanjikan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) melalui sebuah jawatankuasa khas yang dibentuk.
Oktober lalu, Maszlee berkata, cawangan parti politik boleh ditubuhkan di Universiti Awam (UA) apabila AUKU dipinda.
Tambah beliau, pindaan itu juga selari dengan cadangan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun.
BACA: Cawangan parti politik boleh ditubuh di UA selepas AUKU dipinda
Bagaimanapun, nada berbeza dinyatakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis pada 1 November lalu.
Menurut Tun Mahathir, golongan pelajar di negara ini tidak dihalang dari berbicara tentang politik, namun kewujudan cawangan parti politik di universiti awam dilihat sebagai tidak perlu buat masa ini.
BACA: Tidak perlu tubuh cawangan politik di universiti - PM
Astro Awani
Fri Nov 09 2018
Hal itu diumumkan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, menerusi akaun Twitternya. - Gambar fail
Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.
Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
Trump hentikan bantuan kepada Afrika Selatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad berkata bahawa beliau akan menghentikan bantuan kepada Afrika Selatan.
Lee Joo Sil, bintang veteran Squid Game meninggal dunia
Seorang bintang veteran Korea Selatan, Lee Joo Sil, meninggal dunia pada usia 81 tahun.
Hamas puji penubuhan kumpulan The Hague, anggap langkah penting akhiri penjajahan Israel
Kumpulan penentang Palestin, Hamas pada Ahad menyifatkan penubuhan sebuah pakatan melibatkan beberapa negara bagi menyelaraskan tindakan perundangan, diplomatik dan ekonomi terhadap pencabulan undang-
Anggota APMM disiasat dan direhatkan
Jelasnya, selepas beliau mengadakan pertemuan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mereka bersetuju agar anggota yang sedang disiasat akan direhatkan.
Siasatan menjurus kepada kes lebih serius
Kementerian Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan siasatan insiden tembakan membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, dekat Banting, Selangor pada 24 Januari lalu melibatkan siasatan penyeludupan dadah dan senjata.
Caruman KWSP pekerja asing akan ditetapkan dua peratus - PM
Kerajaan akan menetapkan kadar caruman KWSP sebanyak dua peratus kepada pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini.
Dua lelaki didakwa bunuh warga emas dan anak angkat di Alor Setar
Dua lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh seorang warga emas dan anak angkatnya dalam kejadian kebakaran di Alor Setar yang dipercayai bermotifkan dendam.
Penganggur dipercayai bunuh Ibu kandung direman tujuh hari
Seorang lelaki yang dipercayai membunuh ibu kandungnya dalam kejadian di Pangsapuri Seri Orkid, Butterworth pada Jumaat lalu direman selama tujuh hari.
AUKU tetap akan dimansuh seperti janji manifesto - Maszlee
Maszlee berkata langkah ke arah memansuhkan AUKU sedang diambil dan akan dilaksanakan secara berperingkat, termasuklah membatalkan Seksyen 15 AUKU terlebih dahulu.
Kabinet setuju pinda AUKU - Maszlee Malik
Ia selaras dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-14 baru-baru ini.
Cawangan parti politik boleh ditubuh di UA selepas AUKU dipinda
Maszlee berkata pindaan itu juga selari dengan cadangan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun.
PH perlu segera mansuh AUKU 1971 - Wakil pelajar
Pakatan Harapan (PH) diminta segera memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.
AUKU wajar dimansuhkan, tingkat autonomi universiti - Mahasiswa UM
Aktivis mahasiswa, demokrat Universiti Malaysia berpendapat Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sewajarnya dimansuhkan kerana ia berkait rapat soal urus tadbir universiti.
Mahasiswa boleh berpolitik, namun jangan sampai dipergunakan - Idris
Penuntut institusi pengajian tinggi boleh berpolitik, namun perlu mematuhi ruang lingkup ditetapkan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 2012, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.