Kabinet bersetuju menubuhkan sebuah Mahkamah Koroner tetap dan lokap pusat di setiap negeri bagi menangani kes kematian dalam lokap.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua cadangan itu akan dilaksanakan dengan kadar segera.
Menurutnya, sebagai permulaan, mahkamah berkenaan akan ditubuhkan di Selangor dan Wilayah Persekutuan susulan kekerapan kes yang berlaku.
Setiap mahkamah akan diketuai Koroner, berstatus Jusa C serta dibantu pakar perubatan dan pakar forensik.
Dalam pada itu katanya, sebuah lokap pusat dilengkapi kamera litar tertutup dalam bilik siasatan akan dibina di setiap negeri.
Ia bagi mengemaskini Prosedur Operasi Standard(SOP) dalam melaksanakan kerja-kerja soal siasat dan menjaga kebajikan tahanan.
"Yang penting kabinet telah bertindak dengan segera untuk menangani permasalahan yang dibangkitkan rakyat. Kami amat perihatin terhadap maklumbalas. Kami sensitif untuk bertindak dengan segera bagi mengatasi masalah berkenaan." kata beliau.
Menurut Zahid lagi, negeri-negeri yang besar akan mempunyai lebih dari satu lokap pusat. Lokap-lokap kecil sedia ada akan terus digunakan tetapi bukan untuk tujuan siasatan.
Kos pembinaan lokap-lokap pusat yang baru dan membaik-pulih yang lama dijangkakan tidak melebihi 20 juta ringgit.
Zarina Hafiz
Wed Jun 19 2013

[TERKINI] Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Polis menahan menahan empat lagi suspek warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes tembakan di Machap, di Simpang Renggam, Kluang pada 10 Februari lalu.

185 kanak-kanak terkait GISB diserah kepada keluarga - Exco
Sebanyak 185 kanak-kanak terkait dengan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) telah diserahkan kepada keluarga dengan bon berserta syarat oleh pihak mahkamah.

Aplikasi Grok untuk iPhone kini boleh dimuat turun pengguna Malaysia
Pengguna iPhone boleh memuat turun Grok hari ini, tetapi ia masih belum tersedia untuk pengguna Android.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MBPP arah lima premis makanan kotor ditutup
Kesemua kedai makanan itu diarah tutup 14 hari selepas MBPP menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Pulau Pinang.
Keyakinan pengguna cerminan pengukuhan ekonomi
Berdasarkan Indeks Keyakinan Pengguna yang dikeluarkan IPSOS, sejauh mana peningkatan keyakinan tersebut memberi cerminan kepada pengukuhan ekonomi negara? Kupasan bersama Penganalisis Ekonomi, UNIKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid.
[Data & Statistik] Indeks Keyakinan Pengguna Januari 2025
Data tinjauan IPSOS mendapati bahawa Indeks Keyakinan Pengguna Malaysia pada Januari 2025 melonjak sebanyak 4 peratus berbanding setahun lalu. Indeks negara khususnya, melepasi purata global, serta Jepun dan Korea Selatan. Situasi ini menunjukkan bahawa pengguna Malaysia lebih optimistik tentang prospek ekonomi mereka berbanding penduduk negara-negara serantau yang lain.
KDNK 2024 memberangsangkan, apa cabaran menanti?
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku ke-4 2024 mencatat +5.0%, lebih baik daripada jangkaan. Namun, penurunan eksport dan impak dasar tarif import Amerika Syarikat mungkin memberi kesan kepada momentum ekonomi tahun ini. Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, mengulas mengenai cabaran perdagangan global, strategi Malaysia menangani kelembapan ekonomi, serta unjuran inflasi Januari 2025.

Inkues kematian 'Baby Syifa' bermula 22 Sept
Inkues bagi menentukan punca kematian Nour Rania Asyifaa Yuseri berusia 15 bulan ketika di bawah jagaan sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan, Seremban.

Kematian pelajar Nigeria dalam tahanan atas sebab semula jadi - Koroner
Mahkamah Koroner memutuskan kematian Thomas Orhions Ewansiha ketika dalam tahanan di DIBJ pada Julai 2019, adalah atas sebab semula jadi.

Kematian Nora Anne Quoirin disebabkan nahas, tiada siapa terlibat
Mahkamah Koroner di sini hari ini memutuskan tiada penglibatan pihak ketiga dalam kematian remaja perempuan Ireland-Perancis, Nora Anne Quoirin.

4 Januari tarikh keputusan inkues Nora Anne - Peguam
Keputusan dijangka diumumkan pada 10 pagi di Mahkamah Koroner, Kompleks Mahkamah Seremban.

Analisis tiga spesimen mayat Nora Anne tidak temui dadah, racun perosak - Ahli kimia
Suhana Ismail, 52, bertugas di Jabatan Kimia Malaysia, turut menjalankan analisis pestisid organofosfat dan pestisid organoklorin terhadap ketiga-tiga spesimen berkenaan.

Kes Adib: PDRM sangkal keluarkan kenyataan bercanggah dengan Mahkamah Koroner
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam satu kenyataan memaklumkan tiada fakta yang terpesong, tidak benar dan menyimpang pada sidang media dibuatnya, Jumaat lepas (10 Julai).

Pengurusan kes inkues kematian Nora Anne ditetap 4 Ogos
Pegawai pengendali kes, Mohamad Iskandar Ahmad memberitahu mahkamah, pihaknya mengenal pasti seramai 589 saksi.

Inkues Adib: Peguam Negara, KPKT akan bincang siapa pengganti saya - Syazlin
Syalin enggan mengulas lanjut berhubung alasan beliau menarik diri dari sesi prosiding.

Inkues Adib: Prosiding tangguh, saksi tidak hadir
Saksi terakhir yang merupakan Bekas Pakar Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) itu masih diperlukan.

Inkues Adib: Saya minta maaf, buat kenyataan terlalu emosi - Cik Miera
Jururawat di bilik pembedahan IJN itu menzahirkan permohonan maaf itu kerana terlalu beremosi dan mengikut perasaan berhubung status yang dimuat naik pada 23 Mac lalu sehingga menimbulkan kekecohan.