KOTA KINABALU: Pemberian Kad Warga Asing (Foreigner Card) kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah bukan keputusan muktamad sebaliknya akan dibincangkan secara lanjut oleh kerajaan negeri.
Tegas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, cadangan itu tidak melibatkan pemberian kad pengenalan mahupun dokumen kepada warga asing termasuk memberikan mereka taraf kewarganegaraan.
Malah menurutnya, pelaksanaan pemberian itu perlu melalui penelitian rapi dengan mengambil kira pandangan dan input daripada semua pihak.
"Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berazam untuk menyelesaikan isu PATI yang berlarutan sejak sekian lama.
"Kerajaan negeri juga berpegang teguh kepada prinsip ketelusan dalam mencari penyelesaian kepada isu PATI dan memastikan semua mendapat maklumat tepat mengenainya.
"Sehubungan itu, adalah lebih baik semua pihak tidak membuat andaian terburu-buru," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Hajiji menjelaskan, pihaknya akan sentiasa berpandukan kepentingan rakyat dan negeri dalam membuat keputusan.
Kata beliau, Kad Warga Asing dan Kad Pekerja Warga Asing telah dicadangkan untuk menjadi dokumen standard bagi semua pemegang IMM13, Sijil Banci dan Kad Burung-Burung yang dikeluarkan sebelum ini kepada pendatang Filipina dan semua pekerja asing yang sah.
“Cadangan kad Pekerja Asing (Foreign Worker Card) antara lainnya akan dikeluarkan kepada semua pekerja asing dalam sektor perladangan, pertanian dan perikanan, pembuatan, pembinaan dan pembantu rumah antara lain.
“Kita perlu mewujudkan pangkalan data pekerja asing supaya ada rekod sistematik mengenai kehadiran mereka di negeri ini,” tegasnya.
Selain itu, Hajiji memaklumkan, beliau akan mempengerusikan Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKNS) manakala Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong akan mengetuai jawatankuasa kerja.
"Pendirian GRS, semua PATI mesti dihantar pulang dan hanya mereka yang bekerja secara sah di negeri ini sahaja akan diberikan kad pekerja asing.
"Pemeriksaan latar belakang akan dilakukan dan mereka yang mempunyai rekod jenayah akan berdepan dengan tindakan undang-undang yang sewajar,” tegasnya.
Sementara itu, Hajiji berkata, ini juga selaras dengan usaha kerajaan runtuk menarik lebih banyak pelaburan ke Sabah dan antara kriteria utama ialah ketersediaan tenaga kerja yang mencukupi.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pihaknya sedang mempertimbangkan cadangan mewujudkan kad warga asing sebagai dokumen pengenalan diri untuk golongan itu yang tinggal lama di Sabah termasuk kanak-kanak.
Menyambut baik cadangan Kerajaan Sabah itu, Hamzah berkata, pemberian kad ini akan membolehkan semua pihak dan agensi mengenal pasti taraf seseorang itu terutama di Sabah.
Eleanor Michelle Patrick
Fri Feb 11 2022
![Kad Warga Asing belum muktamad, jangan buat andaian terburu-buru - Hajiji Kad Warga Asing belum muktamad, jangan buat andaian terburu-buru - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618386600_TBHAJIJINOORPNSABA.jpg)
Hajiji (gambar) menegaskan, cadangan itu tidak melibatkan pemberian kad pengenalan mahupun dokumen kepada warga asing termasuk memberikan mereka taraf kewarganegaraan. - Foto fail Bernama
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Segera laksana kad warga asing elak manipulasi kumpulan ekstremis - Musa Hassan Segera laksana kad warga asing elak manipulasi kumpulan ekstremis - Musa Hassan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646383945_MusaHassan.jpg)
Segera laksana kad warga asing elak manipulasi kumpulan ekstremis - Musa Hassan
Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) berharap kerajaan segera melaksanakan kad warga asing bagi mengelakkan berlaku sebarang manipulasi daripada kumpulan ekstremis.
![KDN cadang wujudkan kad warga asing di Sabah - Hamzah KDN cadang wujudkan kad warga asing di Sabah - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51644479443_TBHAMZAH.jpg)
KDN cadang wujudkan kad warga asing di Sabah - Hamzah
Kementerian Dalam Negeri akan melihat semula pemberian kad warga asing kepada semua pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.
![Sindiket kad warga asing cuba kaut untung kira-kira RM1 juta, digagalkan polis Sindiket kad warga asing cuba kaut untung kira-kira RM1 juta, digagalkan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/71574680535_kadwargaasingsab.jpg)
Sindiket kad warga asing cuba kaut untung kira-kira RM1 juta, digagalkan polis
Seramai enam ahli sindiket melibatkan empat lelaki dan dua wanita tempatan berjaya dicekup dalam kejadian berkenaan.