GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjelaskan bahawa kadar air domestik di negeri ini masih rasional dan munasabah meskipun tarif telah dinaikkan bermula tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP K. Pathmanathan berkata kali terakhir tarif air domestik negeri ini disemak pada 2015, justeru kadar baharu yang ditetapkan iaitu 0.86 sen untuk penggunaan domestik sehingga 35 meter padu (m3) sebulan adalah rasional.
Tambahan pula, kos pengeluaran dan pembekalan air terawat kepada pengguna di Pulau Pinang telah meningkat sebanyak 30 peratus dalam tempoh 2015 hingga 2023.
"Kos elektrik PBAPP untuk mengepam air ke seluruh negeri juga telah meningkat dengan ketara sejak pelaksanaan Imbalance Cost Past-Through (ICPT) Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 2023 di mana bil elektrik PBAPP telah meningkat sebanyak 22.3 peratus.
"Selain itu, dalam tempoh sembilan tahun dari 2015 hingga 2023, jumlah subsidi PBAPP untuk pengguna air domestik di Pulau Pinang adalah berjumlah RM834.74 juta yang mana ia tidak lagi dilihat sebagai mampan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pathmanathan menjelaskan, 77.3 peratus daripada 593,255 pengguna domestik di Pulau Pinang menggunakan 35 m3 air atau kurang dalam sebulan.
"Kos menghasilkan dan membekalkan satu m3 air terawat adalah lebih tinggi daripada kadar purata domestik 0.86 sen setiap m3 untuk penggunaan sehingga 35 m3 sebulan, jadi pada 2024, PBAPP masih memberi subsidi kepada pengguna air domestik untuk manfaat majoriti rakyat pada tahap yang masih rendah dan boleh diterima," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa salah satu sebab semakan kadar air di Semenanjung Malaysia dilakukan adalah kerana operator bekalan air awam seperti PBAPP terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi untuk membekalkan air.
Katanya, sejak 30 Jan lepas, kadar air baharu telah dikawal oleh kerajaan Persekutuan bagi 11 negeri di Semenanjung Malaysia dan tiga wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Bagaimanapun Pathmanathan berkata, purata bil air domestik isi rumah di Pulau Pinang masih lebih rendah daripada bil elektrik, bahan api, penyambungan Internet dan perkhidmatan telefon mudah alih.
Semalam, Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong menggesa supaya wakil rakyat Pakatan Harapan untuk membawa isu berkaitan kadar baharu tarif air kepada Kerajaan Negeri dalam sidang Dewan Undangan Negeri akan datang.
Ini selepas pihaknya mendakwa kadar baharu bukan saja membebankan rakyat tetapi turut memberi kesan kepada pembangunan ekonomi negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024

Pathmanathan berkata kadar baharu yang ditetapkan iaitu 0.86 sen untuk penggunaan domestik sehingga 35 meter padu (m3) sebulan adalah rasional. - Gambar fail/Bernama
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air
Sebanyak 3,950 akaun pengguna PBAPP di Simpang Ampat, Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula esok hingga Sabtu.

85 peratus pengguna di SPT, SPS terima bekalan air pagi ini - PBAPP
85 peratus daripada 118,000 pengguna yang terjejas gangguan bekalan air berjadual di Daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan sejak 4 Okt lepas, mendapat semula bekalan setakat 10 pagi.

Pakej 12A LRA Sungai Dua bakal tambah kapasiti air di Pulau Pinang
Pakej 12A di LRA Sungai Dua dijangka meningkatkan kapasiti rawatan air Pulau Pinang sebanyak 114 juta liter sehari.

Paras air di dua empangan Pulau Pinang menyusut
Bacaan semasa yang direkodkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hari ini menunjukkan kapasiti efektif di Empangan Air Itam menyusut 1.2 peratus kepada 30.0 peratus.

Kurangkan 10 peratus penggunaan air sehingga September - PBAPP
PBAPP merayu kepada pengguna air domestik di negeri ini untuk mengurangkan penggunaan air sebanyak 10 peratus sehingga musim hujan September depan.

Kadar air domestik Pulau Pinang rasional- PBAPP
PBAPP menjelaskan bahawa kadar air domestik di negeri ini masih rasional dan munasabah meskipun tarif telah dinaikkan bermula tahun ini.

AIDAP 2024 bantu kekal kapasiti efektif Empangan Air Itam
PBAPP melaksanakan empat langkah kontingensi kejuruteraan bekalan air di bawah Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 bagi mengekalkan kapasiti efektif di Empangan Air Itam.

Fasa dua MDEP bernilai RM72.5 juta diserahkan kepada Pulau Pinang
Kerajaan Persekutuan secara rasmi menyerahkan Fasa 2B Projek Pembesaran Empangan Mengkuang (MDEP) kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Gangguan bekalan air berjadual di Barat Daya bermula Isnin malam - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang memaklumkan bahawa gangguan bekalan air berjadual dijangka berlaku bermula Isnin malam (29 Jan).

PBAPP akan pasang dua paip baharu untuk selesai isu di Sungai Perai
PBAPP akan memasang dua batang paip baharu di Sungai Perai sebagai penyelesaian sementara selepas saluran paip di dasar sungai itu dikesan mengalami kebocoran baharu.