KUALA LUMPUR: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mengesahkan berlaku taburan hujan lebat luar biasa dalam tempoh yang singkat di sekitar Gunung Jerai, Yan, Kedah petang semalam.
Ketua Setiausaha KASA, Datuk Seri Zaini Ujang berkata, hujan yang turun telah melebihi 50 tahun Average Recurrence Interval (ARI).
Tambahnya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan kemuncaknya ialah pada jam 8.00 malam iaitu melebihi 70 tahun ARI bagi jumlah hujan 278mm.
BACA: Bencana Gunung Jerai: 14 kampung terjejas, lebih 90 penduduk dipindahkan
BACA: Bencana Gunung Jerai: Penduduk ibaratkan banjir seperti tsunami kecil
"Kejadian hujan yang ekstrem ini telah menyebabkan fenomena kepala air di kawasan Gunung Jerai dan banjir lumpur sehingga kedalaman 0.1 meter hingga 0.3 meter di Daerah Kuala Muda dan 0.2-1.5 meter di Daerah Yan.
"Hujan lebat di hulu iaitu kawasan bukit menyebabkan berlaku limpahan air sungai serta terdapat halangan sampah sarap, kayu dan reba pokok yang tersangkut pada lintasan," memetik kenyataan yang dikeluarkan beliau pada Khamis.
Katanya, JPS melaporkan Stesen Hujan Gunung Jerai merekodkan bacaan kumulatif 281mm dan Stesen Hujan Kampung Singkir Genting merekodkan bacaan kumulatif 172mm.
BACA: Banjir: Dua PPS di Kuala Muda ditutup selepas paras air surut
BACA: Fenomena kepala air: Tekanan di empangan sementara antara faktor utama
Menurutnya, laporan tinjauan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mendapati terdapat taburan hujan lebat luar biasa dalam tempoh yang singkat di sekitar kawasan puncak Gunung Jerai bermula sekitar jam 2.30 petang, 18 Ogos 2021.
Pada Rabu, berlaku kejadian banjir kilat di kawasan penempatan di Daerah Kuala Muda dan Daerah Yan, Kedah.
Ia mengakibatkan kejadian kepala air yang menyebabkan empat maut, puluhan terkandas di puncak Gunung Jerai selain memusnahkan fasiliti awam dan beberapa buah rumah.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Aug 19 2021
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan kemuncaknya ialah pada jam 8.00 malam iaitu melebihi 70 tahun ARI bagi jumlah hujan 278mm. - Foto BERNAMA
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Rupee India jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS
Rupee menyentuh paras terendah apabila indeks dolar melonjak selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap rakan dagangan utama.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Antara yang dirampas ialah sirap batuk kodeina merupakan majoriti, ubat perangsang seksual, ubat penenang serta ubat preskripsi lain.
OPEC+ tambah 5.8 juta tong minyak mentah sehari tampung bekalan dari Kanada, Mexico
Tindakan Donald Trump yang akan mengenakan tarif kepada negara rakan dagangnya akan memberi kesan terhadap pengeluaran minyak dan ekonomi logistik.
Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus
Lukashenko pertama kali dipilih sebagai presiden Belarus pada 1994 dan kemudian dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020.
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.
Satu PPS diaktifkan ekoran banjir kilat di selatan, tengah Sarawak
Sarawak mengaktifkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Saratok, susulan banjir kilat di bahagian selatan dan tengah negeri itu.
Beberapa rumah di Kampung Sungai Rokam, Taman Cempaka dinaiki air akibat hujan lebat
Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan di Kampung Sungai Rokam dan Taman Cempaka di sini akibat hujan lebat lebih sejam, petang tadi.
10 cedera akibat banjir kilat di Sumatera Utara, Indonesia
Hujan lebat mencetuskan banjir kira-kira 7 malam waktu tempatan, menjejaskan dua mukim iaitu Batang Angkola dan Tano Tombangan.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.
Beberapa kawasan di Nilai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan lebih dua jam petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.
Putrajaya dilanda banjir kilat, 20 kenderaan tenggelam
Beberapa kenderaan ditenggelami air di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya, Presint 11 di sini susulan banjir kilat pada Ahad.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, kesan daripada ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).