Kadar kesuburan di Malaysia menurun daripada 1.9 anak pada 2017 kepada 1.8 anak bagi setiap perempuan berumur antara 15 hingga 49 tahun pada 2018, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Menurutnya, kadar kesuburan tersebut berada di bawah paras penggantian 2.1 anak, iaitu purata bilangan bayi yang dilahirkan oleh seorang wanita sepanjang tempoh reproduktifnya, adalah tidak mencukupi untuk menggantikan dirinya dan juga pasangannya.
"Penurunan kadar kesuburan ini adalah disebabkan oleh penurunan 1.3 peratus bilangan kelahiran hidup yang direkodkan pada 2017, iaitu daripada 508,685 kelahiran hidup kepada 501,945 pada 2018," katanya dalam kenyataan berhubung laporan Perangkaan Penting, Malaysia, 2019 yang dikeluarkan hari ini.
Laporan itu membentangkan statistik kelahiran dan kematian mengikut ciri-ciri demografi di Malaysia bagi tahun 2018 sebagai input utama, untuk penggubalan dasar dan perancangan program bagi bidang kesihatan, pendidikan dan pekerjaan.
Mohd Uzir berkata penurunan bilangan kelahiran itu telah mengakibatkan kadar kelahiran kasar menurun daripada 15.9 pada 2017 kepada 15.5 bagi setiap 1,000 penduduk pada 2018.
Menurut Mohd Uzir, trend penurunan tersebut adalah selari dengan negara maju seperti Australia (1.8 anak), United Kingdom (1.8 anak), Kanada (1.5 anak), Singapura (1.2 anak) dan Korea Selatan (1.1).
Selari dengan penurunan kadar kelahiran, purata umur ibu pada kelahiran hidup pertama juga terus meningkat, 0.1 tahun daripada 27.7 pada 2017 kepada 27.8 tahun pada 2018, katanya.
"Secara amnya, peningkatan purata umur ibu pada kelahiran pertama memberi indikasi terhadap tempoh reproduktif wanita yang semakin singkat," katanya.
Menurut Mohd Uzir, laporan tersebut menunjukkan daerah Kuala Terengganu, Terengganu merekodkan kadar kelahiran kasar tertinggi pada 2018 dengan 30.5 bagi setiap 1,000 penduduk manakala Bagan Datuk, Perak mencatatkan kadar terendah iaitu 2.9.
Bagi jumlah kematian yang direkodkan di Malaysia pula, 2018 mencatatkan sebanyak 172,031 jumlah kematian iaitu peningkatan 2.3 peratus berbanding 168,168 kematian pada 2017.
Kadar kematian kasar kekal pada 5.3 bagi setiap 1,000 penduduk bagi tempoh yang sama, katanya.
"Daerah Sabak Bernam, Selangor mencatatkan kadar kematian kasar tertinggi pada 2018 iaitu 8.4 bagi setiap 1,000 penduduk. Daerah Kinabatangan di Sabah mencatatkan kadar terendah iaitu 0.7," katanya.
Mohd Uzir berkata perubahan struktur umur penduduk merupakan antara penyumbang kepada peningkatan bilangan dan kadar kematian di Malaysia.
"Selari dengan peningkatan dalam jumlah penduduk tua di Malaysia (65 tahun ke atas), kadar kematian juga menunjukkan sedikit peningkatan tetapi dengan kadar perlahan setiap tahun mulai 2011 sehingga sekarang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 24 2019

Kadar kesuburan di Malaysia menurun daripada 1.9 anak pada 2017 kepada 1.8 anak bagi setiap perempuan berumur antara 15 hingga 49 tahun pada 2018. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.

Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.

KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.

Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.

Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.

'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.

Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.

Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.

7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?