Kadar penembusan jalur lebar di Malaysia semakin meningkat dengan angka semasa kini mencecah 67.3 peratus, iaitu hanya 7.7 peratus untuk mencapai sasaran 75 peratus menjelang tahun depan.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata kadar terbaru itu merupakan peningkatan sebanyak 11.7 peratus dalam tempoh empat tahun lepas.
Beliau berkata peningkatkan kadar penembusan jalur lebar itu membuka ruang kepada Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dan menikmati pembangunan mapan.
"Komunikasi merupakan satu elemen penting dalam kehidupan kita dan dengan dikuasakan oleh jalur lebar, komunikasi pada hari ini hanyalah di hujung jari anda dan dunia kini menjadi tanpa sempadan," katanya dalam ucapan perasmian Kempen Melawat Muzium Telekom 2014 di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha II kementerian Datuk Che Azemi Haron dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia (TM) Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa.
Abdul Rahim berkata sejajar dengan dasar telekomunikasi dan juga keperluan komunikasi masyarakat di negara ini, TM sentiasa mengorak langkah ke hadapan dengan pelbagai produk serta perkhidmatan terkini berasaskan jalur lebar.
"Kita harus berbangga dengan tahap telekomunikasi di negara ini yang merupakan hasil usahasama pelbagai entiti di bawah Pelan Jalur Lebar Negara," katanya.
Kempen tersebut diadakan bersempena sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) 2014 dengan tema 'Jalur Lebar Untuk Pembangunan Mapan.'
"Kempen ini diadakan bermula 2 hingga 15 Jun ini dengan pengisian pelbagai acara menarik," katanya.
Beliau berkata WTISD disambut setiap tahun sejak sejak 45 tahun lepas bagi memberi kesedaran kepada masyarakat dunia mengenai manfaat teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) .
Bernama
Fri Jun 06 2014

Kadar penembusan jalur lebar Malaysia capai 67.3%

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

KSU Kementerian Pertahanan bersara hari ini
Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi bersara hari ini, setelah berkhidmat lebih 35 tahun dalam perkhidmatan awam.

Pindah kementerian jika terlibat rasuah - Hishammuddin
Warga Kementerian Pertahanan yang didapati bersalah melakukan rasuah akan diarah tukar kementerian.

Kadar penembusan jalur lebar Malaysia capai 67.3%
Kadar penembusan jalur lebar di Malaysia semakin meningkat dengan angka semasa kini mencecah 67.3 peratus.

KDN isytihar Pertubuhan Syiah Malaysia menyalahi undang-undang
Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata keputusan itu dibuat Menteri Dalam Negeri berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.