KUALA LUMPUR: Kadar penyertaan tenaga buruh wanita dalam sektor pekerjaan di negara ini masih jauh ketinggalan berbanding tenaga buruh lelaki walaupun ia menampakkan trend peningkatan sejak tahun-tahun kebelakangan ini.
Presiden The Muslim World Women's Summit Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata sehingga Jun tahun lepas 56.3 peratus wanita memasuki sektor pekerjaan berbanding 55.5 peratus pada 2020 dan 55.9 peratus tahun lepas.
"Jika dibandingkan dengan kadar penyertaan tenaga buruh lelaki yang berada pada kadar 82.9 peratus, wanita masih jauh ketinggalan. Malah kadar penyertaan tenaga buruh wanita negara juga jauh lebih rendah berbanding dengan negara serantau.
"Laporan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 2022, Malaysia berada di tangga ke lapan daripada 10 negara ASEAN, seperti Laos 74.8 peratus, Kemboja 74.0 peratus, Vietnam 69.6 peratus, Singapura (59.4 peratus) dan Thailand (59 peratus)," katanya pada program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Muslim World Rania Dr Laila Rani Raja Mohamad Abdullah.
Justeru, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan penyertaan kaum hawa dalam pekerjaan antaranya melanjutkan galakan cukai bagi wanita yang kembali bekerja sehingga 31 Dis 2027 dan had pengecualian cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak.
"Melihat kepada inisiatif itu, kerajaan menetapkan sasaran penyertaan tenaga kerja wanita dalam pelbagai sektor di negara ini perlu ditingkatkan kepada 60 peratus menjelang tahun ini," katanya.
Sementara itu, beliau berkata satu sidang kemuncak 'The Muslim World Women's Summit 2024' akan diadakan pada 23 Feb ini di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur bagi menghimpunkan golongan wanita dari seluruh dunia untuk meneroka potensi baharu dalam memacu kemajuan sosial dan ekonomi.
Bertemakan 'The Powerful Women Next Generation Vanguard of Feminine Power, sidang kemuncak kali ini akan disertai 57 negara dengan jangkaan pembabitan 15,000 peserta.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024

Dr Noraini berkata sehingga Jun tahun lepas 56.3 peratus wanita memasuki sektor pekerjaan berbanding 55.5 peratus pada 2020 dan 55.9 peratus tahun lepas. - Gambar fail

Lenovo perlihat konsep komputer riba 3D boleh dikawal melalui cincin
Komputer riba ini ditujukan kepada jurutera dan perekabentuk untuk memudahkan pembangunan projek visual.
Peningkatan productiviti tetapi upah tidak setimpal - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan gaji mempunyai kaitan dengan peningkatan produktiviti di negara luar tetapi di Malaysia produktiviti meningkat tetapi upah tidak setimpal. Untuk menaikkan produktiviti, peningkatan kemahiran seperti TVET, perkenalkan beberapa disiplin baharu seperti AI dan teknologi baru di universiti dan pusat latihan. #AWANInews

Mahkamah benarkan kerajaan gantung keputusan pelarasan pencen pesara
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan terdapat keadaan khas untuk membenarkan penggantungan ini, tanpa perintah mengenai kos.

Kilang proses dedak haiwan musnah dalam kebakaran
Sebuah kilang memproses dedak haiwan di Kawasan Perindustrian Gopeng di sini musnah dalam kebakaran, semalam.
Syarikat dinasihatkan untuk lebih adil terhadap pekerja - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah menetapkan gaji minima sebanyak RM1,700 dan perkenalkan skim gaji progresif tetapi tidak ada kekuatan undang-undang untuk memaksa syarikat swasta. Syarikat yang mendapat keuntungan yang tinggi juga disaran memberikan gaji yang setimpal. #AWANInews

Nilai Bitcoin kembali naik melepasi RM400,000
Nilai Bitcoin Kembali Naik Melepasi RM400K

Benar keluar KWSP awal ibarat 'dera', 'hukum' pencarum apabila bersara - PM
Majoriti pencarum Melayu mempunyai simpanan yang sangat kecil, dan akan berhadapan dengan masalah apabila mencapai usia persaraan.
'Ini faedah langsung kepada rakyat' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa negara mencapai dividen ASB tertinggi dalam masa lima tahun dan dividen KWSP 6.3 peratus merupakan tertinggi sejak 2017. 120,000 peluang pekerjaan baharu dengan kadar pengangguran 3.1 peratus sejak Disember 2024. #AWANInews

Rusia perkukuh hubungan dengan dunia Islam, apa manfaatnya kepada Malaysia?
Menerusi hubungan ini, Malaysia berpotensi meraih manfaat besar dalam sektor aeroangkasa, teknologi, pertanian, keselamatan makanan, perdagangan dan pelaburan.

66,000 perniagaan di platform e-dagang tiada aturan bayaran, rekod pelaporan cukai
LHDN kenal pasti 66,000 perniagaan di platform e-dagang tidak mempunyai atau mematuhi bayaran ansuran anggaran cukai mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Pola cuaca buruk akan beri tekanan kepada pengeluaran makanan Malaysia - Mohamad Sabu
Perubahan iklim semakin mengancam keterjaminan makanan Malaysia, dengan corak cuaca tidak menentu dan peningkatan suhu global menjejaskan sektor pertanian.

ASEAN perlu perkukuh kepusatan, tumpu sasaran realistik - Nazir Razak
Ekonomi Asia Tenggara digesa untuk meningkatkan perdagangan dan memperkukuh kepusatan bagi melindungi negara mereka daripada keadaan global yang tidak menentu di tengah-tengah ancaman tarif Presiden A

ASEAN penting untuk kestabilan serantau di tengah ketegangan global - Syed Hamid
Tan Sri Dr Syed Hamid Albar menekankan kepentingan ASEAN dalam mengekalkan kestabilan serantau, menyifatkannya sebagai platform penting untuk dialog dan kerjasama dalam kalangan negara anggota.

KEB setahun: Pemetaan kluster, 3P pemacu agenda perkasa bumiputera - Pakar
Agenda pemerkasaan bumiputera perlu berteraskan tumpuan terhadap aspek pemetaan kluster dan penguasaan sektor strategik bagi memastikan kehadiran golongan itu di setiap peringkat.

ASEAN sokong 18 keutamaan ekonomi ditetapkan Malaysia
ASEAN sebulat suara menyokong 18 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) yang ditetapkan oleh Malaysia selaku Pengerusi tahun ini.

ASEAN perlu pelbagai kerjasama global hadapi tempoh mencabar
Tengku Zafrul berkata, prinsip ini menjadi antara teras utama Wawasan Komuniti ASEAN 2025 di bawah kepengerusian Malaysia tahun ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Konvensyen Francais ASEAN Mei ini rancakkan ekosistem francais serantau - Ewon
Konvensyen Francais ASEAN (AFC) yang julung kali diadakan pada Mei ini di ibu negara antara lain sebagai usaha memperkukuh ekosistem francais di rantau Asia Tenggara.

Dunia Islam alami defisit kepercayaan - PM Anwar
Dunia Islam dilihat mengalami defisit kepercayaan, dengan nilai integriti, pengorbanan, dan sumbangan seringkali dibayangi kepentingan diri dan pengumpulan harta benda.