KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penglibatan golongan wanita bagi aspek kadar penyertaan dalam pasaran buruh masih rendah berbanding negara Asia Tenggara lain.
Beliau berkata negara kini berdepan cabaran utama apabila populasi perempuan pada 2020 adalah 47.7 peratus iaitu hampir separuh daripada populasi Malaysia sedangkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita tahun lepas hanya 55.5 peratus.
"Kadar ini adalah rendah jika dibandingkan dengan negara Asia Tenggara lain seperti Singapura sebanyak 69.7 peratus dan Thailand sebanyak 66.8 peratus.
"Kadar enrolmen wanita dalam semua peringkat pendidikan sama ada rendah, menengah atau tertiari adalah tinggi tetapi bagi aspek kadar penyertaan dalam pasaran buruh, penglibatan wanita adalah rendah," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Kebangsaan Ke-60 di Dewan Perdana Felda di sini hari ini.
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis sambutan tersebut.
Ismail Sabri berkata sehubungan itu, kerajaan pada Mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) bersetuju mewujudkan Gender Focal Point dan Gender Focal Team di setiap kementerian dan agensi sebagai usaha mengarus perdana gender dalam setiap perancangan, pelaksanaan dasar dan inisiatif kerajaan.
Perdana Menteri berkata bagi tujuan mengupayakan wanita, ia perlu bermula daripada keperluan asas golongan wanita iaitu kemampuan untuk menjana pendapatan bagi kelangsungan hidup mereka dan keluarga.
Beliau berkata beberapa inisiatif telah dilaksanakan antaranya program TEKUNNita di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional yang melibatkan peruntukan sebanyak RM19.9 juta bagi 2022 dan sehingga kini sebanyak 1,264 usahawan wanita menerima manfaat.
"Sehingga 31 Julai, 265 peserta mendapat pembiayaan di bawah program DanaNita dengan peruntukan sebanyak RM10 juta di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara).
"Program MyKasih Kapital pula dilaksanakan bagi memberi bantuan asas modal perniagaan secara one-off (sekali beri) sebanyak RM500 bagi menggalakkan wanita berniaga," katanya dan menambah program itu memberi manfaat kepada 10,496 wanita dalam kalangan B40 sejak dilaksanakan pada April 2021 hingga Julai 2022.
Ismail Sabri berkata kerajaan juga memperkenalkan Program Wanita Bangkit@KPWKM melibatkan kerjasama strategik dengan lebih 50 agensi kerajaan dan swasta menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dan aktiviti keusahawanan yang memberi manfaat kepada lebih 40,000 wanita di seluruh negara
Mengenai penglibatan wanita dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan (GLIC), perdana menteri mengarahkan agar penyertaan golongan itu di syarikat-syarikat berkenaan sekurang-kurangnya 30 peratus sebagai Ahli Lembaga Pengarah menjelang mesyuarat agung tahunan pada 2023.
"Alhamdullilah, sehingga kini, sebanyak 210 daripada 900 syarikat sendirian berhad mempunyai lebih 30 peratus wanita dalam lembaga pengarah syarikat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Kebangsaan Ke-60 di Dewan Perdana Felda hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Penglibatan wanita dalam pengurusan tertinggi sektor swasta masih jauh daripada sasaran nasional
Penglibatan wanita dalam pengurusan tertinggi di sektor swasta masih jauh dari sasaran nasional, iaitu 30 peratus.

Cekal bergelar petani, wanita raih pendapatan lumayan
Penglibatan wanita dalam pelbagai sektor perniagaan di Kelantan bukan sesuatu yang asing malah sudah sebati dan menjadi budaya setempat.

Kadar penyertaan tenaga buruh wanita masih rendah - PM
Ismail Sabri berkata penglibatan golongan wanita bagi aspek kadar penyertaan dalam pasaran buruh masih rendah berbanding negara Asia Tenggara lain.

Wanita dan politik: Lihat sebagai pelengkap, bukan jadi pesaing
Kebanyakan kajian gender berpaksikan alat analsis barat, bermasalah kepada masyarakat yang tebal unsur kepercayaan adat dan adab seperti di Jepun dan Malaysia.

Digi syarikat pertama negara perkenal cuti bersalin enam bulan
Syarikat telekomunikasi Digi menjadi syarikat pertama di Malaysia memperkenalkan cuti bersalin selama enam bulan kepada warga kerjanya.