KUALA TERENGGANU: Kadar sewa Pasar Payang 1 dan Pasar Payang 2 akan dinaikkan sehingga RM50 seunit dijangka mulai Januari tahun depan.
Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Rosli Latif berkata langkah itu perlu dilaksanakan bagi menampung kos penyelenggaraan yang tinggi serta menaik taraf kemudahan demi keselesaan dan keselamatan peniaga juga pengunjung.
Beliau berkata ketika ini kadar sewa di Pasar Payang 2 adalah antara RM30 hingga RM330 sebulan dan kali terakhir semakan dibuat pada 1997 iaitu 27 tahun yang lepas.
"Setiap tahun kos operasi termasuk penyelenggaraan sentiasa meningkat dan ia tidak seiring dengan kadar sewa yang dipungut oleh Majli Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sekarang.
"Keadaan ini menyukarkan MBKT melaksanakan pelbagai pelan yang dirancang seperti memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan kemudahan lain untuk peniaga serta pengunjung," katanya dalam sidang media di Menara MBKT, di sini hari ini.
Mengulas lanjut Rosli berkata selain mengurangkan beban operasi dan menaik taraf kemudahan, keputusan menaikkan kadar sewa juga bagi mengelak berlakunya sewaan premis kepada pihak ketiga disebabkan kadar bayaran yang sangat rendah.
Menurut beliau MBKT telah mengambil tindakan membatalkan lesen lebih 10 peniaga yang didapati menyewakan premis kepada pihak ketiga dengan bayaran sehingga 10 kali ganda lebih tinggi berbanding kadar sewa asal.
'Kita dapati ada peniaga yang menyewa lot Pasar Payang dengan kadar asal RM70 tetapi disewakan kembali dengan harga RM700.
"Ada juga yang sewa tetapi tak berniaga. Mereka tidak kisah untuk bayar sewa RM70 dan RM100 sebulan kerana nilai itu sangat rendah. Ini tidak memenuhi matlamat kita untuk menjana ekonomi rakyat.
"Bagi kes sebegini kita akan tarik balik hak sewaan dan kalau ada kes lebih teruk, MBKT tidak teragak-agak untuk senarai hitam peniaga berkenaan," katanya.
Beliau berkata walaupun kadar sewa Pasar Payang bakal dinaikkan ia jauh masih rendah berbanding pasaran semasa dan premis selain milik MBKT.
Dalam perkembangan berkaitan Rosli berkata Pasar Payang 1 yang dibina dengan kos RM69.3 juta akan mula beroperasi secara berperingkat mulai 1 Julai depan.
Beliau berkata bangunan setinggi dua tingkat itu akan dibahagikan mengikut jenis perniagaan bagi memastikan suasana lebih tersusun dan kemas.
Peniaga barang kemas serta perhiasan, cenderamata dan kedai pelbagai akan ditempatkan di bahagian bawah (ground floor) manakala bahagian atas tertumpu kepada jualan pakaian termasuk batik, songket dan sutera.
"Kita sedang membuat pengubahsuaian di tingkat atas bagi membolehkan lebih ramai peniaga pakaian dapat ditempatkan di situ," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024

Rosli (dua, kiri) semasa membuat lawatan kerja ke tapak projek pembangunan semula Pasar Kedai Payang 1 hari ini. - Foto Bernama

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Kelantan tetapkan kadar sewa tapak bazar Ramadan mengikut kawasan jajahan bermula RM200
Harga ditawarkan itu adalah sangat rendah berbanding harga sewaan tapak bazar Ramadan yang dikenakan oleh pihak swasta.

Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri sudah mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands.

Usahawan penyewa premis MARA catat prestasi jualan berjumlah RM1.8 bilion pada 2023
Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjaya melahirkan usahawan di kalangan penyewa premis MARA dengan prestasi jualan berjumlah RM1.8 bilion bagi tahun 2023.

Kadar sewa Pasar Payang 1 dikekalkan
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) memutuskan untuk mengekalkan kenaikan kadar sewa Pasar Payang 1 seperti mana yang ditetapkan sebelum ini.

Kadar sewa Pasar Payang bakal dinaikkan mulai Januari tahun depan
Kadar sewa Pasar Payang 1 dan Pasar Payang 2 akan dinaikkan sehingga RM50 seunit dijangka mulai Januari tahun depan.

Elaun perumahan anggota polis perlu dinaikkan - Ketua Polis Negara
Abdul Hamid berkata, anggota pasukan keselamatan itu sepatutnya layak mendapat kuarters, tetapi bilangan kuarters polis yang ada sekarang tidak mencukupi untuk menampung keperluan.

DBKL tegas untuk uruskan sepenuhnya bazar Ramadan - Khalid
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkata beliau percaya dasar baharu itu akan memberi peluang sama rata kepada semua peniaga selain menghapuskan monopoli dan budaya 'ali baba' dalam sektor itu