KANGAR: Kadar zakat fitrah di Perlis bagi tahun 1445H/2024M ditetapkan sebanyak RM7 bagi yang menggunakan beras tempatan manakala RM10 untuk beras import (bukan spesial tempatan).
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor berkata penetapan kadar itu setelah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Beliau berkata bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, kadar pengeluaran ialah sebanyak satu gantang Nabawi seorang atau bersamaan 2.6 kilogram.
"Setiap orang Islam yang tinggal di Perlis wajib mengeluarkan zakat fitrah seperti mana yang ditetapkan itu bagi diri dan anak isterinya, begitu juga bagi tanggungannya.
"Mereka hendaklah mengeluarkan zakat fitrah itu kepada amil yang dilantik secara rasmi oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Mohd Nazim berkata sesiapa yang tidak atau ingkar memberi zakat fitrah dengan sepenuhnya atau menghasut orang lain daripada melakukannya, membayar atau menerima zakat fitrah bukan sebagai amil yang dilantik pihak MAIPs, adalah menjadi kesalahan di bawah Peraturan Zakat dan Fitrah Negeri Perlis dan boleh dikenakan denda.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor berkata penetapan kadar itu setelah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. - Foto Facebook MAIPs

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

MAIPk belum muktamad kadar zakat fitrah tahun ini
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) belum menetapkan kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun ini.

Kutipan zakat Melaka meningkat 4.94 peratus kepada RM66.9 juta
Prestasi kutipan zakat di Melaka meliputi zakat harta dan zakat fitrah merekodkan peningkatan sebanyak 4.94 peratus kepada RM66.9 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 16 Mei tahun ini.

Jangan tunggu saat akhir bayar zakat fitrah
Umat Islam diminta supaya tidak menunggu saat akhir untuk membayar zakat fitrah bagi membolehkan agihan dibuat lebih cepat kepada asnaf yang layak.

Kontrak kerajaan babit edaran beras, guna beras import mulai April
Sebarang kontrak kerajaan melibatkan pengedaran beras akan menggunakan beras putih import mulai April ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM7 dan RM10
Bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, kadar pengeluaran ialah satu gantang Nabawi seorang atau bersamaan 2.6 kilogram.

Zakat fitrah di Pahang kekal RM7
Kadar bayaran zakat fitrah di Pahang bagi tahun ini kekal RM7 seorang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Datuk Ahmad Hairi Hussain.

Kadar zakat fitrah di Perak ditetapkan RM8, RM16 dan RM24
Kadar RM8 itu ialah bagi yang menggunakan beras special tempatan (5 peratus hancur dan ke bawah) dan yang seumpama/setara.

Zakat fitrah Negeri Sembilan RM7, RM12.50, RM22
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM7, RM12.50 dan RM22 pada tahun ini.

Kadar zakat fitrah di Johor bermula RM7 hingga RM20
Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) menetapkan tiga kadar zakat fitrah tahun ini, iaitu RM7, RM12 dan RM20.

ZPP kumpul RM159.7 juta kutipan zakat pada 2023
Zakat Pulau Pinang (ZPP) mencatatkan prestasi kutipan memberangsangkan tahun lepas apabila mengumpul RM159.7 juta, merangkumi RM152.86 juta zakat harta dan RM6.84 juta zakat fitrah.