KOTA KINABALU: Zakat fitrah di Sabah tahun ini kekal pada kadar RM7 ditetapkan untuk setiap umat Islam di negeri ini, kata Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Datuk Seri Yahya Hussin.
Beliau berkata kadar berkenaan ditetapkan berasaskan sukatan satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras yang digunakan majoriti penduduk di Negeri di Bawah Bayu itu.
"Seramai 39 orang Penyelaras Wakil Amir dan 2,200 wakil amil dilantik MUIS bagi menyelaras serta mengutip zakat fitrah sepanjang Ramadan pada tahun ini. Mereka akan dibekalkan dengan kad kuasa bagi mengelak kejadian mengeluarkan zakat fitrah kepada pihak tidak bertanggungjawab.
"Ramadan tahun ini juga MUIS memperuntukkan sebanyak RM17.25 juta untuk diagihkan kepada asnaf miskin, miskin dan mualaf," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Katanya, MUIS juga menyasarkan kutipan zakat fitrah tahun ini sebanyak RM11.44 juta, dengan pada tahun lepas sebanyak RM10.93 juta zakat fitrah berjaya dikutip membabitkan 1.56 juta orang pembayar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023

Kadar berkenaan ditetapkan berasaskan sukatan satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras yang digunakan majoriti penduduk negeri itu. - Gambar hiasan

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

Sabah peruntuk RM50 juta bantu penduduk kampung bayar bil elektrik - Hajiji
Peruntukan tersebut akan diberikan bermula tahun depan sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan di negeri itu.

MUIS buat laporan polis berhubung dakwaan salah guna kuasa
Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) membuat laporan polis berhubung dakwaan terdapat salah guna kuasa dalam pentadbiran badan itu.

Perobohan lebih 500 rumah haram atas tanah MUIS ditangguh
Keputusan itu susulan maklum balas kepada nasib penduduk terjejas dengan memberi mereka masa tambahan untuk mencari rumah alternatif.

Ustaz Soberi meninggal dunia ketika beri kuliah Subuh
Mohd Soberi Awang rebah ketika menyampaikan kuliah Subuh di Surau Al Ittihadiyyah, Seksyen 9 sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital.

MUIS rekod pungutan zakat sebanyak RM133 juta tahun lepas
Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) merekodkan pungutan zakat sebanyak RM133.4 juta dan agihan berjumlah RM122 juta pada tahun lepas.

Umat Islam di Singapura sambut Aidilfitri Selasa
Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir hari ini mengumumkan bahawa hari pertama Syawal 1443H/2022 jatuh pada Selasa, 3 Mei 2022.

Jadikan pembangkang rakan profesional - Penganalisis
Reformasi parlimen baharu ini perlu lebih diperluaskan dalam konteks keterlibatan pembangkang bagi memberikan keseimbangan dalam parlimen.

COVID-19: Tempat kerja sempit punca penularan kluster di Sabah
Kluster Pintas-Lingkudau melibatkan 10 kes kumulatif dicetus seorang eksekutif wanita berusia 34 tahun di syarikat bekalan elektrik di Keningau.

Singapura tangguh hantar rombongan jemaah haji 2021
Singapura memutuskan untuk tidak menghantar rombongan jemaah menunaikan haji di Arab Saudi tahun ini memandangkan pandemik COVID-19 global masih berterusan.

MUIS sasar kutipan zakat sebanyak RM90 juta tahun ini
Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menyasarkan kutipan zakat tahun ini sebanyak RM90 juta khususnya daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).