SHAH ALAM: Kadar zakat fitrah bagi Selangor kekal RM7, RM14 dan RM21 seorang tahun ini, menurut Lembaga Zakat Selangor (LZS).
LZS dalam kenyataan hari ini memaklumkan kadar itu ditetapkan berdasarkan harga beras semasa mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam di negeri itu pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram beras.
Kadar zakat fitrah RM7 seorang adalah untuk umat Islam yang menjadikan makanan harian beras jenis "super special" tempatan dan ia kadar wajib minimum diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
"Kadar RM14 seorang adalah bagi beras jenis super import, beras perang, beras pulut, herba ponni dan beras wangi manakala RM21 seorang bagi beras jenis basmati, beras Jepun, beras merah dan setaraf dengannya," menurut kenyataan itu.
LZS turut memaklumkan seramai 2,642 orang Penolong Amil Fitrah (PAF) dilantik di seluruh Selangor sepanjang Ramadan tahun ini bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat fitrah.
Pembayaran juga boleh dibuat melalui 17 Penolong Amil Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan 92 Maahad Tahfiz serta sekolah agama swasta di Selangor.
Menurut kenyataan itu, LZS turut menyediakan pelbagai platform pembayaran dalam talian termasuk EZakatPay, portal MyEg, Pos Online serta aplikasi e-dompet GoPayz dan Boost.
" LZS juga membuka 18 cawangan di seluruh Selangor selama tujuh hari seminggu termasuk cuti umum sepanjang Ramadan ini bermula dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja, manakala pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum bermula 9 pagi hingga 3 petang," menurut LZS.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023

LZS turut menyediakan pelbagai platform pembayaran dalam talian termasuk EZakatPay, portal MyEg, Pos Online serta aplikasi e-dompet GoPayz dan Boost.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Wilayah Persekutuan, Terengganu, Sabah, Pulau Pinang umum kadar zakat fitrah
Tiga negeri dan Wilayah Persekutuan hari ini mengumumkan kadar zakat fitrah masing-masing yang ditentukan berdasarkan harga beras semasa mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam.

Kadar zakat fitrah di Kedah bermula RM7 hingga RM22
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui perkenan Sultan Kedah, Tuanku Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menetapkan tiga kadar zakat fitrah bagi tahun 2024.

P. Pinang tetapkan tiga kadar zakat fitrah
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM7, RM13 dan RM20 di negeri itu tahun ini.

Kadar zakat fitrah Selangor kekal RM7
Kadar zakat fitrah bagi Selangor kekal RM7, RM14 dan RM21 seorang tahun ini, menurut Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Kadar zakat fitrah di Selangor ditetapkan RM7 seorang
Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini kekal RM7 seorang berdasarkan kepada harga bagi 2.6 kilogram beras jenis Super Tempatan Gred A yang lazim digunakan masyarakat di negeri ini.

Terlupa kadar zakat fitrah? Ini maklumat bayaran zakat fitrah seluruh negara
akat fitrah mestilah ditunaikan sebelum dari selesai solat sunat Aidilfitri.

Zakat fitrah Kedah RM7, RM14 dan RM21
Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata penetapan itu dibuat berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis, pada kadar timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.6 kilogram beras.

Perak perkenal tiga kadar zakat fitrah
Kadar minimum yang perlu dibayar setiap individu berkewajipan mengeluarkan zakat fitrah sebanyak RM7.