PUTRAJAYA: Kaedah baharu bagi pelaksanaan gaji minimum akan dirangka bagi memastikan kebajikan setiap pekerja di negara ini terbela, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.
Beliau yang menyifatkan gaji minimum sebanyak RM1,500 agak rendah berkata majikan perlu memastikan gaji yang diterima pekerja setimpal dengan kemahiran dan pengetahuan mereka.
"Dalam mesyuarat Kabinet nanti, kita cari kaedah baharu untuk tetapkan gaji pekerja dalam negara," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Pekerja 2023 bertemakan Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada sambutan itu berkata isu pelaksanaan gaji minimum akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet bulan depan untuk mendapatkan penyelesaian "sekali dan untuk semua".
Perintah gaji minimum dengan kadar minimum RM1,500 sebulan berkuat kuasa 1 Mei tahun lepas untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.
Bagi majikan yang menggajikan kurang lima pekerja, pelaksanaan gaji minimum ditangguhkan dari 1 Jan lepas kepada 1 Julai depan.
Pada majlis itu, Anwar turut mengumumkan peruntukan tambahan masing-masing RM1 juta kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bagi tujuan pengurusan
Sivakumar berkata peruntukan RM1 juta kepada MTUC dan Cuepacs akan membantu kedua-dua badan itu untuk memperjuangkan hak pekerja di negara ini.
Sementara itu, Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan dana tambahan RM1 juta untuk Cuepacs.
"Terima kasih juga kepada kerajaan yang cakna dengan upah penjawat awam dari kalangan gred bawahan," katanya.
Presiden MTUC Mohd Effendy Abdul Ghani pula berkata pelaksanaan gaji minimum sewajarnya dikaji semula supaya ia lebih progresif dan bermaruah selaras kos sara hidup ketika ini.
"Pemantuaan kerajaan juga perlu dibuat mengenai pelaksanaan gaji minimum supaya majikan tidak culas," katanya yang turut merakam penghargaan kepada kerajaan diberikan peruntukan tambahan RM1 juta bagi membantu pengurusan MTUC.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 01 2023
Sivakumar (foto) yang menyifatkan gaji minimum sebanyak RM1,500 agak rendah berkata majikan perlu memastikan gaji yang diterima pekerja setimpal dengan kemahiran dan pengetahuan mereka. -Gambar fail/Bernama
Keir Starmer hargai pertemuan dengan Anwar, pelaburan Malaysia
Sementara itu, Starmer berkata pertemuan tersebut satu peluang yang baik selepas enam bulan beliau menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri UK.
Anwar jumpa Keir Starmer, isu Palestin antara dibincang
Jelas Anwar lagi, hal-hal yang dibincangkan tersebut seterusnya akan dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun.
Tumpuan Khamis – 16 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
10 Berita Pilihan - (15 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Petros dan Sarawak komited untuk bekerjsama dengan Kerajaan Persekutuan, PETRONAS
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghargai pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai agregator gas tunggal di Sarawak.
15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.
Rasionalisasi subsidi diesel, petrol bantu negara kurangkan defisit fiskal – Profesor Ulung
Rasionalisasi subsidi diesel yang telah dilaksanakan dan petrol RON95 yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 akan membantu negara mencapai sasaran defisit fiskal 3.8 peratus.
'Kenaikan gaji minimum tahun depan dijangka rangsang sektor pengguna'
UOBKH Research berkata, kenaikan gaji seharusnya menampan perbelanjaan pengguna, lebih daripada mengimbangi kos rasionalisasi subsidi.
KUSKOP, MoF dan KESUMA perinci penyelarasan kenaikan gaji minimum bagi PMKS - Ewon
KUSKOP bersedia mengadakan perbincangan lanjut dengan MoF dan KESUMA mengenai penyelarasan gaji minimum bagi PMKS.
Gaji premium dapat halang anak muda bekerja di Singapura
Azhar berkata, usaha kerajaan berkaitan gaji premium juga memberi lebih banyak pilihan pekerjaan kepada anak muda di Johor.
MIDF sasar sedia inisiatif pembiayaan sedia masa depan RM200 juta untuk PKS
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
Naikkan gaji minimum tindakan berani, cermin tekad Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Tindakan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 mencerminkan tekad politik Kerajaan Perpaduan yang jelas.
PM ambil maklum kebimbangan cadangan gaji minimum, caruman KWSP wajib - Fahmi
Fahmi berkata isu berkenaan turut dibangkitkan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Anwar hari ini.
Belanjawan 2025: Beri insentif syarikat PMKS patuhi dasar gaji minimum
Katanya, walaupun kenaikan gaji minimum memberi manfaat kepada pekerja, ia juga bawa kesan dari sudut mikro dan makro ekonomi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 23 Oktober 2024.
Parlimen: Kenaikan gaji minimum harus disokong dengan dasar jelas, kawalan harga - Muhyiddin
Kenaikan gaji minimum mesti disokong dengan dasar dan tindakan kawalan harga yang jelas.