KUALA LUMPUR: Kaedah konvensional atau bersemuka masih lagi menjadi pilihan dalam kalangan warga emas untuk memahami pelaksanaan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dengan lebih jelas.
Bagi mereka, pendekatan "turun padang" untuk hebahan lebih meluas menerusi penerangan secara bersemuka, memudahkan golongan berusia untuk melakukan pendaftaran sekali gus mengelakkan mereka daripada tercicir.
Bagi Penduduk Felda Krau 1 di Raub, Jalilah Amin, 60, walaupun mengetahui pelaksanaan PADU melalui hebahan media, wanita warga emas itu masih belum memahami dengan jelas mengenai kepentingannya kepada rakyat yang mendaftar melalui sistem berkenaan.
"Bila ada sesi penerangan bersemuka, baru tahu kena daftar di Internet. Selalunya benda-benda begini (pendaftaran secara dalam talian), anak yang bantu dan setakat ini, mereka belum bertanya (sudah mendaftar atau belum)... mungkin disebabkan masih baharu," kata ibu kepada lima orang anak ini.
Sebagai individu yang berumur, Jalilah yang menetap di tanah rancangan bersama suami dan anak bongsu berusia 16 tahun mengakui lebih selesa sekiranya maklumat berkaitan PADU diedarkan dalam bentuk bacaan ringkas seperti risalah dengan bahasa mudah difahami.
Berbeza pula dengan warga emas, Wong Cheng Huat, 71, dari Kuantan yang mengetahui mengenai pelaksanaan sistem PADU daripada jirannya yang bertanya sama ada jurujual ini sudah membuat pendaftaran atau sebaliknya.
"Saya penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan bimbang juga sekiranya tidak mendaftar, ada bantuan lain yang tidak diterima pada masa depan. Bagus dia sudi bertanya dan jiran saya lebih muda dan dia lebih peka dengan perkara seperti ini.
Saya setuju (mendaftar) selepas berpuas hati dengan penerangan dia (jiran) dan kami bersama-sama dapat menyelesaikan proses pendaftaran dalam tempoh kurang 10 minit," katanya.
Bagi pekerja am T. Letchumi, 63, juga dari Kuantan berhasrat ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dalam masa terdekat bagi mendapatkan penerangan lanjut mengenai PADU dan akan berkongsinya dengan rakan sekerja supaya dapat mendaftar sebelum tarikh tutup pendaftaran, 31 Mac tahun ini.
Selain itu, Pusat Komuniti Desa yang merupakan lokasi tumpuan penduduk luar bandar terutama warga emas untuk menggunakan Internet bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai bantuan kerajaan turut memainkan peranan penting dalam menjelaskan PADU kepada mereka.
Sementara itu, Pengurus Pusat Komuniti Desa Serting Ilir, Negeri Sembilan, Nurulazma Shafiqa Khairul Azhar berkata, pendaftaran PADU di kawasan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sejak ia dilancarkan apabila ramai yang datang ke pusat berkenaan bagi mendapatkan bantuan penjelasan mengenainya.
"Bagi penduduk di luar bandar, pusat komuniti desa adalah tempat rujukan mendapatkan maklumat yang tepat dan menjadi tanggungjawab saya memberikan penerangan kepada penduduk kampung di sini. Kebanyakan warga emas memerlukan bantuan mengisi maklumat secara dalam talian," katanya.
Manfaatnya dirasai, Azizah Manap, 67, yang menyifatkan pendaftaran sistem tersebut mudah, cepat serta yakin maklumat diberikan adalah selamat dengan bimbingan pengurus pusat komuniti desa biarpun pada awalnya agak keliru dan meragui sistem berkenaan.
"Saya tidak pernah menerima apa-apa bantuan sebelum ini, mungkin saya tidak tahu saluran mana perlu dipohon, jadi, apabila ada sistem begini, saya harap bantuan dan inisiatif diberikan kepada penduduk luar bandar dan warga emas dapat dipermudahkan," katanya.
PADU yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Jan lepas ialah hab data negara yang selamat dan komprehensif untuk mengelakkan berlakunya keciciran dalam pengagihan bantuan serta subsidi kerajaan. - BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2024

Pengurus Pusat Komuniti Desa Serting Ilir, Nurulazma Shafiqah Khairul Azhar (duduk, kanan) membantu penduduk Serting Ilir yang rata-ratanya warga emas untuk mengakses dan mendaftar maklumat peribadi pada laman sesawang sistem PADU. - Gambar Bernama
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).
Insiden di Golok bimbangkan rakyat Malaysia
Orang ramai masih takut memasuki Thailad menjejaskan peniaga Malaysia.
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch

MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.

Kerajaan akan guna PADU rangka RMK13 - Hanifah
Kerajaan akan menggunakan data dalam PADU sebagai input untuk merangka dasar dan hala tuju pembangunan sosioekonomi dalam RMK13 yang akan bermula 2026 hingga 2030.

Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi
Menurut kementerian itu, sistem PADU adalah repositori data individu serta isi rumah warganegara dan pemastautin tetap yang berada di Malaysia.

Budi Madani dibangunkan guna kepakaran dalaman, pegawai kerajaan
Tidak wujud isu menggunakan tender terbuka atau tidak memandangkan sistem tersebut menggunakan infrastruktur sedia ada.

Kerajaan guna PADU bagi keperluan fungsian dibangunkan pelbagai agensi - Rafizi
Kerajaan akan menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi pelbagai keperluan fungsian yang dibangunkan oleh pelbagai agensi.

PRK Sungai Bakap: Cikgu Joohari guna pendekatan "PADU" dekati pengundi
Calon PH mewakili Kerajaan Perpaduan Joohari Ariffin akan mengetengahkan pendekatan "PADU" bagi mendekati pengundi sepanjang gerak kerja kempen PRK Sungai Bakap.

Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.

Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.

Pendaftar PADU masih boleh hantar maklumat yang belum lengkap
Antara maklumat yang belum lengkap diisi ialah pengenalan diri (gagal pengesahan identiti).