SHAH ALAM: Pencemaran sumber air yang dihadapi penduduk Tanjung Sepat, Kuala Langat dekat sini didapati berpunca daripada penternak babi yang menggunakan kaedah penternakan dan kawalan pencemaran konvensional.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor Hee Loy Sian berkata berdasarkan lawatan bersepadu ke atas beberapa premis ladang ternakan babi di Tanjung Sepat pada 23 Sept lepas mendapati pengusaha ladang tidak menggunakan kaedah penternakan tertutup seperti kaedah penternakan babi secara moden.
Hee berkata pengurusan kumbahan najis ternakan hanya melalui pengumpulan di kolam-kolam takungan di dalam premis ternakan menyebabkan efluen daripada kolam tersebut seterusnya disalirkan ke perparitan di luar premis dan akhirnya ke perairan pantai.
"Susulan itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan mengarahkan semua pengusaha terlibat untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan ke atas ladang ternakan dan sistem kumbahan dengan segera.
"Najis-najis ternakan juga perlu dilupuskan di luar kawasan ladang ternakan dan dihantar ke tapak pelupusan yang dibenarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang melaporkan kegiatan penternakan babi di kawasan Tanjung Sepat sehingga menyebabkan penduduk setempat berdepan masalah pencemaran bau dan saliran air hampir 30 tahun.
Mengulas lanjut, Hee berkata Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) juga akan mengarahkan pemilik tanah berkaitan untuk melaksanakan segera tindakan pemulihan saliran-saliran parit di dalam tapak sehingga air yang dilepaskan keluar selain pensampelan kualiti air turut akan dilaksanakan dan tindakan perundangan akan diambil sekiranya terdapat elemen pencemaran berlaku.
"Bagi jangka panjang, saya akan menyelaraskan perbincangan lanjut bersama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Izham Hashim untuk sesi dialog bersama persatuan dan semua pengusaha penternakan babi di Selangor.
"JPV akan menyelaraskan perancangan dan memperkemas pengurusan operasi ternakan bersama pengusaha-pengusaha yang berkaitan. Matlamat utama adalah pengurusan tinja ternakan yang perlu dilaksanakan secara bersistematik dan tidak mencemarkan sumber air berhampiran," katanya.
Hee berkata berdasarkan rekod JPV, terdapat 118 premis ternakan babi aktif beroperasi di Kuala Langat dan sebahagian kecil di Sepang.
"Ternakan ini dijalankan di atas tanah lot berstatus pertanian. Kesemua premis ini beroperasi dengan lesen yang didaftarkan oleh JPV," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022

Hee mengulas laporan mengenai kegiatan penternakan babi di kawasan Tanjung Sepat sehingga menyebabkan penduduk setempat berdepan masalah pencemaran bau dan saliran air hampir 30 tahun. - Astro AWANI
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.
Suspek kes bunuh peniaga wanita disambung reman tujuh hari
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.
Kes cabul di Masjid: Polis siasat dakwaan suspek ada kad OKU
Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan lelaki ditahan berhubung kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di masjid di Batang Kali pagi Jumaat, memiliki kad orang kurang upaya (OKU).
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.

Kaedah konvensional ternak babi punca pencemaran sumber air di Tanjung Sepat - Exco
Pencemaran sumber air yang dihadapi penduduk Tanjung Sepat, Kuala Langat didapati berpunca daripada penternak babi yang menggunakan kaedah penternakan dan kawalan pencemaran konvensional.