Khidmat amil bagi urusan pembayaran zakat fitrah akan tetap diteruskan di Sarawak meskipun Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) memperkenalkan kaedah pembayaran secara dalam talian.
Ini kerana kaedah pembayaran dalam talian tidak boleh diaplikasikan oleh mereka yang menetap jauh di luar bandar yang tidak mempunyai akses kepada internet.
Menurut Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi meskipun sudah ada perkhidmatan dalam talian namun ia bersifat alternatif lebih-lebih lagi di saat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Pihak Tabung Baitulmal Sarawak masih menyediakan amil-amil di seluruh negeri dan saya dimaklumkan pada hari ini lebih kurang 700 lebih amil telah didaftarkan seperti tahun sebelumnya.
“Mereka tetap akan bertugas di kawasan masing-masing terutama kawasan yang tidak mendapat liputan internet,” jelasnya.
Kadar bayaran untuk zakat fitrah bagi negeri Sarawak untuk tahun ini ditetapkan sebanyak RM7 seorang.
Pembayaran secara dalam talian boleh dibuat menerusi portal pelanggan TBS iaitu Baitulmal Kamek selain MyEG, Maybank2u dan Snap n Pay.
Astro Awani
Tue Apr 28 2020

Khidmat amil bagi urusan pembayaran zakat fitrah akan tetap diteruskan di Sarawak meskipun Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) memperkenalkan kaedah pembayaran secara dalam talian. - Facebook / PBB N4 Pantai Damai

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Amil, ejen zakat dilantik hanya terpakai di negeri di bawah MAIN
Lantikan adalah sah di sisi hukum syarak, namun hanya terpakai di negeri di bawah bidang kuasa MAIN.

Khidmat amil zakat di Pahang dibenarkan
Kaedah ini dilaksanakan dengan segera berpandukan SOP yang ditetapkan bagi kemudahan umat Islam di negeri ini.

Zakat Kedah perkenal pembayaran secara pandu lalu
Bayar zakat secara pandu lalu mudahkan masyarakat tunai kewajipan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

JHEAIPP benarkan zakat fitrah dibayar di masjid
Keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara.

Normal Baharu: Tiada amil dilantik, bayar zakat secara dalam talian di Sabah
Tiada sebarang kelulusan dikeluarkan untuk melantik amil bagi tujuan mengutip zakat fitrah tahun ini di Sabah.

Orang ramai diminta berwaspada bayar zakat elak ditipu
Umat Islam di Kedah diingatkan supaya menjelaskan bayaran zakat fitrah kepada amil-amil yang dilantik oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) agar tidak tertipu.