Perkahwinan campur antara masyarakat pelbagai kaum berikutan hubungan akrab masyarakat sejak sekian lama telah melahirkan dan mewujudkan generasi hibrid di Sarawak.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, perkahwinan campur antara masyarakat pelbagai kaum di negeri ini sudah menjadi perkara biasa dan masyarakat negeri ini didapati lebih unik.
Menurutnya, ini secara langsung mengeratkan lagi hubungan serta perpaduan dalam kalangan mereka.
"Satu perkara baik dalam budaya kita ialah banyak perkahwinan campur, Cina berkahwin dengan Melayu, Melayu kahwin Cina, Cina kahwin Dayak, Iban kahwin Bidayuh dan banyak lagi.
"Hasil perkahwinan campur ini maka wujudlah generasi yang saya panggil orang hibrid Sarawak," katanya semasa jamuan malam Harmonious Night Gala anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan 7 Klan di sini malam tadi.
Ketua Menteri berkata, masyarakat luar kagum melihat keunikan dan perpaduan kaum di Sarawak di mana setiap kaum yang berbeza dari segi budaya dan kepercayaan agama boleh bekerja bersama macam satu keluarga.
"Seorang wanita yang berkedudukan tinggi dari semenanjung datang berjumpa saya tiga hari lepas dan memaklumkan beliau sangat kagum dengan perpaduan kaum di negeri ini sambil mengesyorkan Sarawak dijadikan model yang patut dicontohi orang semenanjung," jelasnya.
Beliau berkata, Abang Johari berkata, Dr. Michio Kaku (ahli futuris dan fizik teori) manyatakan bahawa Sarawak memiliki semua ramuan untuk membangun seperti negara lain di dunia menjelang tahun 2030.
Kenyataan Kaku itu menurut beliau adalah pengiktarafan akan kemampuan yang dimiliki Sarawak.
Kerajaan Negeri mengurus Sarawak dengan seimbang dalam semua aspek di samping melihat keperluan setiap rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2019

Perkahwinan campur antara masyarakat pelbagai kaum di Sarawak sudah menjadi perkara biasa dan masyarakat negeri ini didapati lebih unik. - Gambar hiasan
Aduan di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Imam Besar Al-Azhar seru perpaduan dan kerjasama negara-negara Islam
Imam Besar Al-Azhar Al-Sharif, Dr Ahmed Al-Tayyeb menyeru negara-negara Islam untuk bersatu dan menangani cabaran semasa melalui persefahaman serta kerjasama erat.
Bekas pengurus jualan bank didakwa minta, terima rasuah RM600,000
Seorang bekas pengurus jualan bank dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Air Keroh atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah lebih RM600,000 bagi membantu firma guaman berkaitan urusan pinjaman perumahan.
Kes pukul OKU: Kertas siasatan telah dihantar, cadang dakwa enam suspek
Kertas siasatan berhubung kes pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara 5 Februari lalu.

PETRA, Suruhanjaya Tenaga muktamad cadangan jadual tarif baharu elektrik - Fadillah
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang memuktamadkan cadangan jadual tarif baharu elektrik yang akan dilaksanakan bermula pada 1 Julai ini.
AWANI Borneo [19/2/2025] – Lemas| Syukur| Mudah & pantas
AWANI Borneo Rabu, 19 Februari 2025 bersama Pia Ernadya
1. Mayat remaja hilang di Tanjung Semawang ditemukan di Tanjung Pisau
2. KIR miskin tegar Sabah 2024 turun 99.5 peratus berbanding 2023
3. Kaedah QR Code akan diperkenal bagi mempermudah urusan pembayaran zakat
1. Mayat remaja hilang di Tanjung Semawang ditemukan di Tanjung Pisau
2. KIR miskin tegar Sabah 2024 turun 99.5 peratus berbanding 2023
3. Kaedah QR Code akan diperkenal bagi mempermudah urusan pembayaran zakat

Ramadan: Penjawat awam wanita Negeri Sembilan dibenar pulang jam 2 petang setiap Jumaat
Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan penjawat awam wanita yang bekerja di bawah pentadbiran kerajaan negeri pulang seawal jam 2 petang pada setiap Jumaat, Ramadan ini.
Makmal forensik hidupan liar perangi jenayah alam sekitar
Penubuhan makmal forensik hidupan liar yang pertama di Sarawak diyakini akan mengukuhkan keupayaan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk memerangi aktiviti jenayah alam sekitar di wilayah itu.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Hospital UTAR di Kampar
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kampar.

Kahwin campur lahir generasi hibrid di Sarawak - Abang Johari
Perkahwinan campur antara masyarakat pelbagai kaum di negeri ini sudah menjadi perkara biasa dan masyarakat negeri ini didapati lebih unik.