Kerajaan perlu mengkaji semula setiap perjanjian konsesi-konsesi tol terutama dalam kenaikan kadarnya yang tidak seimbang.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, majoriti perjanjian itu harus dikaji semula bagi mengikut peredaran zaman selain perlu mesra rakyat selaku pengguna.
"Saya lihat kini ianya lebih menguntungkan suatu pihak sahaja iaitu pemegang konsesi. Saya rasa ia harus ada situasi menang menang di mana kepentingan kedua-dua pihak harus dijadikan keutamaan.
"Syarikat-syarikat konsesi lebuh raya di negara ini belum bersedia menanggung atau menyerap sebahagian kos kadar tol yang dikenakan terhadap pengguna berikutan terpaksa menanggung beban kewangan tinggi," katanya kepada Astro AWANI di sini, hari ini.
TONTON: PSKLM: Kenaikan tol masih belum muktamad
TONTON: Isu tol: Kerajaan mempunyai dua pilihan
Sebelum ini, Yang Dipertua Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM), Datuk Ir Zainudin A Kadir dilaporkan berkata, penyelarasan kadar tol baharu perlu mengambil kira faktor keperluan aliran pendapatan syarikat-syarikat konsesi.
Jelasnya, ia perlu menjadi lebih stabil supaya menjadi berdaya maju dan mampu melunaskan hutang, menanggung kos operasi sedia ada serta meningkatkan kualiti lebuh raya.
Dalam pada itu kata Armand, kerajaan juga tidak harus membezakan perundingan dengan syarikat konsesi tol seperti yang dilakukan kepada pengeluar tenaga bebas (IPP).
"Saya mohon kerajaan mengkaji semula perjanjian konsesi tol yang sememangnya wajar kerana syarikat terbabit sudah mengaut untung tinggi hasil daripada peningkatan lalu lintas yang mengatasi ramalan awal.
"Saya berpendapat, faktor keuntungan tinggi dan peningkatan lalu lintas itu sepatutnya dijadikan alasan oleh kerajaan untuk mengkaji semula konsesi tol atau sekurang-kurangnya mendapatkan diskaun daripada syarikat konsesi agar ianya tidak membebani rakyat," ujarnya.
Armand turut memohon kerajaan agar mengkaji semua perjanjian dan dasar lama yang tidak mesra rakyat agar mengikut peredaran zaman.
"Saya yakin pihak kepimpinan negara prihatin terhadap kepentingan rakyat yang harus dijadikan keutamaan.
"Saya dengan rendah diri memohon kerajaan mempertimbangkan cadangan ini buat kepentingan rakyat dan pentadbiran negara," katanya.
Sebelum ini, Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata, kerajaan telah menambah baik terma-terma perjanjian berkenaan kenaikan kadar tol dengan syarikat konsesi lebuh raya sedia ada.
Jelasnya, antara terma yang ditambah baik itu ialah memansuhkan kenaikan kadar tol secara automatik walaupun sudah ditetapkan tempoh masa tertentu bagi kenaikan dalam perjanjian sebelum ini.
Wan Syamsul Amly
Fri Oct 14 2016

ARMAND: Majoriti perjanjian itu harus dikaji semula bagi mengikut peredaran zaman selain perlu mesra rakyat selaku pengguna. - Gambar fail
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

'Kerjasama Zahid-Anwar': Ini masa sesuai Presiden UMNO bersih imej - Armand Azha
Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Aziz sebelum ini dakwa Ahmad Zahid membuat perancangan tertentu dengan Anwar Ibrahim.

Zuraida, Tian Chua, Armand antara tujuh dibebas
Mereka ditahan pada 19 November lalu semasa perhimpunan bersih berlangsung di sekitar ibu negara, manakala dua ahli Parlimen lagi ditahan di kediaman mereka.

Tujuh individu direman dua hari bagi bantu siasatan himpunan Bersih 5 dan Baju Merah
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini membenarkan tujuh individu direman dua hari bagi membantu siasatan perhimpunan Bersih 5.

Bersih 5: Armand, Howard Lee ditahan polis
Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah ditahan ketika berhimpun di Padang Merbok di sini hari ini.

Kaji semula kadar tol tidak seimbang - Armand
Kerajaan perlu mengkaji semula setiap perjanjian konsesi-konsesi tol terutama dalam kenaikan kadarnya yang tidak seimbang.

Tiada perbincangan untuk jatuhkan Najib - Exco Pemuda UMNO
Perbincangan hanya melibatkan isu-isu yang bakal disentuh oleh pembangkang dalam kempen pilihan raya kecil di Rompin dan Permatang Pauh.