Kerajaan harus mengkaji semula keputusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang menetapkan kadar tambang baharu bas ekspres dan teksi berkuat kuasa 15 Mei ini kerana ia adalah keputusan yang membebankan rakyat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, beliau tidak bersetuju dengan keputusan itu dan pengumuman berkenaan tidak tepat pada masanya.
Menurutnya, pelaksanaan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini masih di peringkat penjelasan dan rakyat masih lagi belum memahami sepenuhnya.
“Banyak yang saya rasakan menjadi persoalan. Pertama, kalau dikatakan tentang kos harga minyak mentah sedang turun, macam mana orang hendak percaya harga (kos operasi) itu meningkat.
“Kalau (kenaikan tambang) itu disandarkan pada (sebab untuk) meningkatkan perkhidmatan, kita tak tahu (aspek) apa yang hendak ditingkatkan,” ujar beliau.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Jalinan Rakyat Wanita UMNO Johor di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota, Parit Raja, Muar.
Beliau juga berpendapat, pengumuman kenaikan tambang tersebut tidak seiring dengan kempen penurunan harga barangan yang kebelakangan ini sibuk diperkatakan.
“Akhirnya nanti orang ramai akan mengatakan ini semua helah kerajaan, atau semua disebabkan oleh pelaksanaan GST. Jadi perkara ini perlu diperhalusi,” ujar beliau.
Razali mengulas mengenai pengumuman SPAD semalam berhubung penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa antara 20 hingga 67 peratus manakala bas ekspres naik 22.6 peratus bermula 15 Mei ini.
Menurut Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, keputusan itu berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan dan dibuat selepas mengambil kira keperluan pihak terlibat.
Razali meminta keputusan itu perlu diperhalusi semula di peringkat Kabinet menerusi perbincangan dengan mengambil kira pandangan semua pihak supaya kerajaan tidak dipersalahkan.
Astro Awani
Fri Mar 20 2015
![Kaji semula kenaikan tambang teksi dan bas - Datuk Razali Ibrahim Kaji semula kenaikan tambang teksi dan bas - Datuk Razali Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/81359292536_295x200.jpg)
RAZALI: Kenaikan tambang tidak seiring dengan kempen penurunan harga.
![Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739055880_tbCongoconflictD.jpg)
Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo
Pemimpin beberapa negara Afrika berhimpun di Tanzania dalam usaha menamatkan pertempuran di timur Congo.
Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan pemimpin kanan Hamas yang sedang dalam lawatan ke Tehran, pada Sabtu dan membincangkan perkembangan terkini di Gaza dan isu berkaitan.
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181
Sumber perubatan di Semenanjung Gaza melaporkan pada Sabtu bahawa angka korban telah meningkat kepada 48,181 orang, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan tentera Israel pada 7 Okt 2023.
Kekejaman Zionis: 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Sejumlah 42 tahanan Palestin yang dibebaskan tiba di Ramallah dekat Tebing Barat pada Sabtu sejurus selepas pejuang Hamas menyerahkan tiga tebusan Israel. Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga yang telah lama menanti khabar gembira itu.
AS: Kanada mahu memperkukuh hubungan ekonomi dengan EU
EU dan Kanada telah mendapat manfaat daripada perjanjian perdagangan bebas sejak 2017, yang telah meningkatkan perdagangan dua hala sebanyak 65% dan mewujudkan perkongsian bahan mentah pada tahun 2021.
Lebih banyak bantuan kepada rakyat dalam Belanjawan Singapura - Lee Hsien Loong
Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong berkata dalam tempoh dua tahun lalu, pemerintah telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk menyokong rakyat Singapura yang bimbang dengan kos sara hidup, terutama mereka yang paling memerlukan bantuan.
![42 tahanan Palestin tiba di Ramallah 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739056884_tbPalestinianprison.jpg)
42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga.
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030), bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri hadir sambutan CNY
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di sini hari ini.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom pada 8.32 malam disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom pada 8.32 malam disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.
2,076 individu terkait GISB sertai program pemulihan MAIS
Sebanyak 2,076 individu termasuk 1,345 kanak-kanak yang terkait dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) bersetuju menyertai program pemulihan kelolaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bermula 15 Feb ini.
![PRU15: Bertembung dengan Razali di Pagoh, saya tidak mahu perkecilkan sesiapa - Muhyiddin PRU15: Bertembung dengan Razali di Pagoh, saya tidak mahu perkecilkan sesiapa - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662709269_TBMUHYIDDINPRU.jpg)
PRU15: Bertembung dengan Razali di Pagoh, saya tidak mahu perkecilkan sesiapa - Muhyiddin
Muhyiddin mengakui terbuka dan bersedia berdepan dengan mana-mana individu yang menyatakan kesediaan untuk bertanding di kerusi Parlimen Pagoh pada PRU15.
![Mahkamah tolak permohonan SPSB kembalikan saman terhadap bekas Ahli Parlimen Muar Mahkamah tolak permohonan SPSB kembalikan saman terhadap bekas Ahli Parlimen Muar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628243919_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Mahkamah tolak permohonan SPSB kembalikan saman terhadap bekas Ahli Parlimen Muar
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan SPSB untuk kebenaran merayu berhubung saman fitnah RM100 juta oleh syarikat itu terhadap Datuk Seri Razali Ibrahim berhubung kenyataannya membabitkan KLVC.
![Kejayaan UPSR bukan diukur dengan masuk asrama - Razali Kejayaan UPSR bukan diukur dengan masuk asrama - Razali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71617123740_RazaliIbrahim.jpg)
Kejayaan UPSR bukan diukur dengan masuk asrama - Razali
Kejayaan pendidikan sepanjang hayat tidak perlu diukur dengan peluang pelajar masuk ke sekolah berasrama penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
![Belum masanya UMNO namakan calon Perdana Menteri - Razali Ibrahim Belum masanya UMNO namakan calon Perdana Menteri - Razali Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71617123740_RazaliIbrahim.jpg)
Belum masanya UMNO namakan calon Perdana Menteri - Razali Ibrahim
Masih terlalu awal untuk UMNO beri nama calon Perdana Menteri memandangkan pemilihan parti masih belum dibuat dan tarikh PRU yang belum diketahui, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu.
![Barisan Nasional perlu kembali diperkuatkan - Razali Ibrahim Barisan Nasional perlu kembali diperkuatkan - Razali Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61617123802_RazaliIbrahim.jpg)
Barisan Nasional perlu kembali diperkuatkan - Razali Ibrahim
Keputusan sudah dibuat dalam PAU2020, maka kini usaha perlu disusun dan digerakkan untuk kembali memperkuatkan Barisan Nasional menuju PRU-15, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.
![Pemandu lori ceroboh masuk Istana Iskandariah, bawa pistol mainan, sebilah pisau Pemandu lori ceroboh masuk Istana Iskandariah, bawa pistol mainan, sebilah pisau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81590389306_senjata.jpg)
Pemandu lori ceroboh masuk Istana Iskandariah, bawa pistol mainan, sebilah pisau
Selepas tidak dibenarkan masuk, lelaki itu telah masuk ke dalam kenderaannya dan tiba-tiba merempuh pagar utama hadapan istana.
![Lelaki maut, pembonceng cedera motosikal dirempuh lori Lelaki maut, pembonceng cedera motosikal dirempuh lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/61580966265_kemalangan.jpg)
Lelaki maut, pembonceng cedera motosikal dirempuh lori
Katanya, ketika mangsa sedang menuju ke lorong kiri, dipercayai motosikal yang dinaiki dirempuh dari arah belakang oleh sebuah lori secara tiba-tiba.
![Maut dilanggar selepas terjatuh motosikal Maut dilanggar selepas terjatuh motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41575085008_Maut.jpg)
Maut dilanggar selepas terjatuh motosikal
Dalam kejadian kira-kira 8.45 malam itu, mangsa Hamizan Abdul Shukor, 58 tahun, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
![Bayi maut terjatuh dari jeriji tingkap Bayi maut terjatuh dari jeriji tingkap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/71542042028_DeraBayi.jpg)
Bayi maut terjatuh dari jeriji tingkap
Muhammad Aidil Amsyar Muhammad Hafizuddin disahkan meninggal dunia pada jam 9.40 pagi ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan, Hospital Kuala Kangsar.
![Kes ustazah hilang: Hanya berbekal roti, air dan al-Quran Kes ustazah hilang: Hanya berbekal roti, air dan al-Quran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/51547656834_UstazahHilang.jpg)
Kes ustazah hilang: Hanya berbekal roti, air dan al-Quran
Seorang ustazah yang dilaporkan hilang sejak empat hari lalu, dikatakan hanya makan roti dan minum air mineral sebelum muncul di IPD Kuala Kangsar petang semalam.