Waktu perkhidmatan kedai dobi layan diri terutama yang beroperasi 24 jam disaran dikaji semula bagi mengurangkan risiko kejadian samun.
Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye menarik perhatian bahawa ramai pelanggan terutama wanita menggunakan perkhidmatan itu selepas waktu kerja termasuk selepas jam 12 tengah malam agar tidak perlu berebut dengan orang lain.
“Namun, tindakan itu meningkatkan peluang penjenayah melakukan jenayah samun ketika tahap keselamatan berada di paras longgar lebih-lebih lagi dalam keadaan mangsa bersendirian tanpa teman,” katanya kepada Bernama berhubung kejadian samun kedai dobi layan diri yang dilaporkan berlaku sejak kebelakangan ini.
Lee seterusnya berkata pengusaha perniagaan itu perlu berbincang dengan polis mengenai usaha menangani gejala samun di premis mereka selain menggesa polis membuat rondaan lebih kerap.
Beliau turut mencadangkan pengusaha kedai dobi memasang kamera litar tertutup di dalam dan di luar premis perniagaan dalam usaha membantu mengenal pasti penjenayah.
“Bagi mereka yang sering mengunjungi pusat dobi layan diri pada waktu malam, elak daripada bersendirian dengan membawa teman. Pergi ke tempat lain untuk menghabiskan waktu ketika menunggu pakaian dicuci,” kata Lee.
Pengguna perkhidmatan dobi, Nuraina Kamsiah Ramli, 26, berkata, kejadian samun yang dilaporkan berlaku menimbulkan sedikit sebanyak perasaan takut dalam dirinya.
Pegawai bank itu tidak menafikan waktu malam paling sesuai untuk mencuci pakaian selepas seharian bekerja.
“Bila pergi waktu malam, saya datang dengan kawan-kawan yang ingin menggunakan perkhidmatan dobi dan sekali gus saling menemani dan menghilangkan perasaan takut,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 12 2018
Lee turut mencadangkan pengusaha kedai dobi memasang kamera litar tertutup di dalam dan di luar premis perniagaan dalam usaha membantu mengenal pasti penjenayah. - Gambar fail
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sabah hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Telupid, Beluran dan Sandakan hingga esok.
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Perolehan aset ATM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
KPN bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Larangan merokok di dobi: Pengguna patuh Akta 852
CAP sering menerima aduan mengenai tindakan perokok di kawasan dobi, selain bangunan tempat kerja serta perhentian bas.
Tempat kerja, dobi digazet kawasan larangan merokok bermula 1 Jan depan
Bermula 1 Januari depan, premis dobi dan bangunan tempat kerja termasuk sektor kerajaan serta swasta digazetkan sebagai kawasan baharu larangan merokok.
PKP 2.0: Kedai dobi layan diri, gunting rambut antara operasi dilarang
Waktu operasi turut dihadkan bagi beberapa premis perniagaan, seperti restoran yang hanya dibenarkan buka dari 6 pagi ke 8 malam.
Tiga kedai dobi ingkar SOP diarah tutup seminggu
Operasi bersepadu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula pukul 4 petang mendapati premis dobi tersebut tidak mencatat kehadiran dan mengambil suhu badan pelanggan.
Pembunuh kucing di dobi Kepong direman empat hari
Perintah reman ke atas lelaki itu diperolehi dari Mahkamah Selayang, Selangor selama 4 hari, mulai 13 Julai hingga 16 Julai 2020
PKP: Kedai dobi, kedai elektrik, kedai barangan logam dibenar beroperasi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini mengumumkan tiga subsektor tambahan boleh beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP) fasa tiga.
Pusat dobi layan diri tidak dibenarkan beroperasi
Turut tidak dibenarkan beroperasi, pasar malam dan pasar tani sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengelakkan orang ramai berkumpul
Bunuh kucing bunting guna pengering dobi, pekerja kontrak diarah bela diri
Rasyihah Ghazali membuat keputusan itu terhadap K. Ganesh, 42, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Tengku Permaisuri Selangor lega pembunuh kucing dihukum
Tengku Permaisuri Norashikin dalam masa yang sama turut berasa amat dukacita dan sedih kerana masih berlaku beberapa insiden yang melibatkan kekejaman terhadap haiwan.
Bunuh kucing: Juruteknik elektrik dibebas tanpa dilepaskan daripada tuduhan
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ain Shafie memaklumkan pihaknya mendapat arahan daripada pengarah pendakwaan veterinar Selangor untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap tertuduh.