KUALA LUMPUR:“Tidak akan ada sebarang projek menggantikan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura buat masa ini."
Itu tegas Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corporation Sdn. Bhd. (MyHSR), Datuk Mohd Nur Ismal Kamal, ketika ditanya pihak media pada sesi taklimat berkaitan isu pembatalan projek rel menghubungkan Malaysia- Singapura tersebut.
Kerajaan dijangka membentangkan cadangan projek baharu dalam tempoh enam bulan menerusi kajian daya maju yang bakal dimulakan tidak lama lagi.
Menurut Mohd Nur Ismal, semuanya bergantung kepada hasil kajian nanti, boleh jadi ia projek HSR dan mungkin sesuatu yang berbeza.
“Kita akan menjalankan kajian dan baru keputusan boleh dibuat. Justeru, ia mungkin projek yang lain, boleh jadi projek HSR. Bagaimanapun, ia tidak boleh dibuat dan diputuskan sekarang.
“Kita jangkakan untuk memulakan kajian ini dalam tempoh terdekat, namun masih berbincang tentang beberapa perkara termasuk rujukan dan skop kajian. Kita berharap ia dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan.
“Bagaimanapun, ia bergantung pada kerja-kerja yang dilaksanakan,” ujarnya pada sidang media di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu, Pengerusi MyHSR, Tan Sri Esa Mohamed berkata, HSR merupakan sebuah projek yang amat penting dan sepatutnya menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara.
“Kita akan jalankan kajian mendalam untuk melihat apakah daya maju jika ia diteruskan. Namun, saya percaya akhirnya kita perlu ada projek seperti ini.
“Lihat sahaja China, negara itu telah membangunkan rel berkelajuan tinggi sepanjang sekitar 30,000 kilometer dan negara mereka berubah jauh lebih baik,” jelasnya.
Perjanjian HSR Kuala Lumpur-Singapura disahkan telah berakhir pada 31 Disember, sekali gus menyaksikan projek tersebut terbatal secara sendirinya.
BACA: Pampasan HSR: Singapura belum hantar tuntutan kepada Malaysia
Haikal Raman
Fri Jan 08 2021

Cadangan projek baharu menggantikan HSR Kuala Lumpur-Singapura bakal dibentangkan dalam tempoh enam bulan ini. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza.

Pembaharuan perlu dilakukan, tapi bukan dengan cara keluarkan orang Melayu dari bandar – Tun M
Dr Mahathirmenyuarakan kerisauan mengenai nasib bangsa Melayu yang menetap di kawasan setinggan sekitar ibu negara.

Caj kesesakan: Kerajaan perlu teroka penyelesaian moden lebih holistik - Sivaraj
Antaranya, sistem pengurusan trafik pintar, perancangan jalan lebih efisien dan dasar yang menggalakkan kerja fleksibel boleh dipertimbang.

Caj kesesakan dijangka kurangkan 20 peratus kesesakan di Kuala Lumpur - Dr Zaliha
Pelaksanaan Caj Kesesakan dijangka dapat mengurangkan sekitar 20 peratus kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.

Pasaran getah KL ditutup rendah seiring pasaran serantau
Sentimen pasaran juga kekal berhati-hati menjelang pengumuman data inflasi AS yang akan datang.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Beku aset: Mahkamah benar Na'imah wakili Allahyarham Tun Daim dalam semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi membenarkan Na'imah Abdul Khalid mewakili arwah suaminya dalam semakan kehakiman berhubung pembekuan akaun dan 18 syarikat milik mereka.

Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.

Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina kurangkan kemalangan di Kuala Lumpur
Usaha penguatkuasaan menerusi Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina tahun ini telah membantu mengurangkan kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur sebanyak enam peratus berbanding tahun lepas.