Kerajaan akan membuat kajian menyeluruh berhubung isu penerimaan gaji para siswazah yang baru melangkah ke alam pekerjaan dalam usaha membela nasib golongan itu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan mengambil maklum mengenai data gaji rendah yang diterima siswazah baharu seperti dinyatakan dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2018.
"Kita memang ada bincang tentang mahasiswa dan bagaimana pendapatan mereka pada masa kini berbanding pendapatan yang diperoleh mahasiswa beberapa tahun dahulu.
"Melihat kepada peredaran masa, semua ini mesti kita lakukan kajian menyeluruh dengan mengambil kira semua fakta bagi membuat satu polisi untuk membela golongan muda terutamanya.. apa yang perlu ditangani terlebih dahulu dan apabila kita boleh menolong secara menyeluruh kita akan lakukan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kad Diskaun Xtra20 Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter di sini, pada Ahad.
TONTON: Pengumuman Laporan Tahunan BNM 2018
Dr Wan Azizah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan untuk mengatasi masalah gaji rendah bagi siswazah baharu sejak 2010.
BNM dalam laporan tahunannya baru-baru ini berkata seorang siswazah baharu lepasan diploma berpendapatan RM1,376 pada 2018 berbanding RM1,458 pada 2010 sementara pemegang ijazah sarjana RM2,923 berbanding RM2,707 pada 2010.
BACA: Hutang luar Malaysia kekal terurus - BNM
Bagaimanapun Sabtu lepas, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) berkata gaji permulaan untuk siswazah baharu di sektor swasta dalam negara telah meningkat secara beransur-ansur dari 2010 hingga 2018, tidak seperti yang digambarkan oleh BNM.
Data perkumpulan majikan menunjukkan seorang pemegang diploma boleh mendapat pendapatan sebanyak RM1,661 pada 2018 berbanding RM1,458 pada 2010, ijazah sarjana muda RM2,393 (RM1,993) dan ijazah sarjana RM3,267 (RM2,923).
BACA: Sebenarnya, gaji graduan ... - MEF
Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan berkata data itu berdasarkan Kajian Gaji MEF untuk Bukan Eksekutif dan Eksekutif 2010 dan 2018 dengan data yang dikumpul daripada syarikat anggota yang terlibat dan diterbitkan oleh MEF.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2019
![Kajian menyeluruh isu gaji akan dibuat untuk bela nasib siswazah - TPM Kajian menyeluruh isu gaji akan dibuat untuk bela nasib siswazah - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/61554077888_kaddiskaun.jpg)
Dr Wan Azizah bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke menunjukkan kad diskaun semasa Majlis Pelancaran Kad Diskaun Xtra20 KTM Komuter di KL Sentral, 31 Mac, 2019. -- fotoBERNAMA
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688188675_AzamBaki.jpg)
SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini
Berdasarkan siasatan awal, artis-artis berkenaan dibayar sehingga ratusan ribu ringgit bagi menggunakan wajah mereka untuk meyakinkan orang awam menggunakan perkhidmatan disediakan.
![Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732100394_BankNegaraMalaysia.jpg)
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
![BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737534760_tbBANKNEGARA.jpg)
BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.
![BNM kenakan penalti berjumlah RM1.66 juta pada empat institusi kewangan BNM kenakan penalti berjumlah RM1.66 juta pada empat institusi kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732803096_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM kenakan penalti berjumlah RM1.66 juta pada empat institusi kewangan
BNM mengenakan AMP berjumlah RM1.66 juta terhadap empat institusi kewangan kerana tidak mematuhi FSA dan/atau IFSA.
![Ringgit diunjur cecah RM4.45 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun - Ahli ekonomi Ringgit diunjur cecah RM4.45 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun - Ahli ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735218354_duitringgit.jpg)
Ringgit diunjur cecah RM4.45 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun - Ahli ekonomi
Ringgit dijangka bergerak mendatar, dengan unjuran bagi akhir tahun pada RM4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
![Bekas pengurus syarikat rugi RM2 juta terperdaya penipuan pelaburan Bekas pengurus syarikat rugi RM2 juta terperdaya penipuan pelaburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734687796_TBSCAMFACEBOOK.jpg)
Bekas pengurus syarikat rugi RM2 juta terperdaya penipuan pelaburan
Harapan seorang bekas pengurus syarikat untuk mengaut keuntungan segera musnah selepas kerugian kira-kira RM2 juta akibat terperdaya dengan pelaburan tidak wujud.
![Peningkatan kos paksa lebih ramai rakyat Malaysia tangguh persaraan - Pakar Peningkatan kos paksa lebih ramai rakyat Malaysia tangguh persaraan - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719284875_RinggitMalaysia.jpg)
Peningkatan kos paksa lebih ramai rakyat Malaysia tangguh persaraan - Pakar
Selama ini, persaraan melambangkan era keemasan dalam kehidupan seseorang pekerja yang menandakan masa untuk mereka berehat dan meraih manfaat daripada hasil kerja keras selama berdekad-dekad.
![Ringgit dibuka tinggi selepas BNM umum OPR kekal pada 3.0 peratus Ringgit dibuka tinggi selepas BNM umum OPR kekal pada 3.0 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71727876794_ringgitduit.jpg)
Ringgit dibuka tinggi selepas BNM umum OPR kekal pada 3.0 peratus
Pada 8 pagi ini, ringgit mengukuh kepada 4.4335/4500 berbanding dolar US daripada 4.4340/4400 pada akhir dagangan semalam.
![Bursa Malaysia terus meningkat untuk hari keempat berturut-turut Bursa Malaysia terus meningkat untuk hari keempat berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731988419_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia terus meningkat untuk hari keempat berturut-turut
Penanda aras FBM KLCI meningkat 7.34 mata atau 0.46 peratus kepada 1,587.80, dipacu terutamanya oleh sektor perladangan dan kewangan.
![BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732100394_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus.