PANGKOR:Kerajaan akan melaksanakan satu kajian rintis selama enam bulan bagi memantapkan sistem pengurusan pelupusan kereta terbiar dan mencari kaedah pelaksanaan terbaik bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melupuskan kereta usang.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin berkata sebagai permulaan kajian rintis itu akan melibatkan sebanyak lima PBT dan setakat ini tiga PBT telah dipilih iaitu Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) manakala selebihnya sedang dikenal pasti.
"Lima PBT ini akan dijadikan contoh untuk kajian rintis dan dalam sebulan ini mereka akan merancang Prosedur Operasi Standard (SOP) dan sebagainya termasuk dari segi kaedah prosesnya untuk tempoh enam bulan nanti," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan kemudahan Pusat Kecemerlangan pertama di dalam negara bagi pengendalian sisa pepejal dikendalikan Alam Flora Environmental Solutions di Loji Insinerator Pulau Pangkor, di sini hari ini.
Zuraida berkata kaedah pelupusan kereta usang yang baik diperlukan bagi mengurangkan perbelanjaan PBT kerana mereka tidak perlu menyewa tapak bagi menempatkan kereta-kereta buruk dan tersadai yang ditarik pihak mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 07 2021

Kaedah pelupusan kereta usang yang baik diperlukan bagi mengurangkan perbelanjaan PBT. - Gambar hiasan
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Kajian rintis sistem pengurusan pelupusan kereta selama enam bulan
Kerajaan akan melaksanakan satu kajian rintis selama enam bulan bagi memantapkan sistem pengurusan pelupusan kereta terbiar.

Pengenalan tulisan khat bermula sejak 2014 - Kementerian Pendidikan
Usaha ini juga telah melalui pelbagai sesi libat urus dengan pakar-pakar bahasa dan pendidikan serta kajian rintis di sekolah-sekolah terpilih.