KUALA LUMPUR: Kajian semula kadar elaun pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sudah siap sepenuhnya dan dijangka akan dibentangkan kepada Kabinet pada hujung Ogos ini.
Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kajian tersebut bukan hanya melibatkan pelajar di luar negara malah untuk pelajar dalam negara juga.
Jelasnya, buat masa ini kementerian sedang mendapatkan ulasan daripada agensi dan kementerian lain yang terlibat.
BACA: Kenaikan kadar elaun penuntut luar negara tajaan MARA masih diteliti - Mahdzir
“Jadi siap dah semua. Sekarang kementerian (KPLB) minta ulasan daripada kementerian dan agensi yang lain sebab kita cadang bentangkan di Kabinet pada hujung Ogos 2022, maknanya hujung bulan ini.
“InsyaAllah, kita akan bentangkan di Kabinet dan jika lulus nanti, barulah akan ada jumah yang akan diumumkan kerajaan. Apa pun, kita pergi kepada pokoknya, kos sara hidup di negara tertentu.
“Macam di United Kingdom, antara yang paling terkesan. Saya pergi sendiri ke Manchester, London, kita boleh rasai (kos sara hidup tinggi) bila kita berdialog dengan pelajar di sana.
BACA: Kertas kerja naik elaun pelajar tajaan Mara di UK akan dibentang kepada PM
“Kos pengangkutan naik, beberapa utiliti juga naik. Kemudian, ada yang beritahu dulu sewa rumah seorang boleh dapat harga 80 ke 120 pound setiap minggu tapi sekarang tak dapat dah harga itu. Semuanya ada dalam kajian itu,” katanya.
Begitupun, beliau optimis kerajaan akan meluluskan cadangan tersebut namun jumlahnya sahaja yang masih belum diketahui.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Perasmian Penutup Seminar dan Pameran Kerjaya Bidang Kejuruteraan dan Teknologi anjuran MARA di sini pada Rabu.
Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata MARA mengambil inisiatif menyediakan lebih 1,500 peluang pekerjaan kepada graduan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi dalam pameran kerjaya tersebut.
Jelasnya, kira-kira 1,200 graduan dan pelajar telah mendapat padanan kerjaya masing-masing sepanjang dua hari penganjuran program tersebut.
“Peluang kerjaya ini ditawarkan MARA menerusi kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) dan 10 syarikat swasta terkemuka.
“Penganjuran program ini adalah untuk memberi peluang penempatan pekerjaan sekali gus menyokong kepada kadar kebolehpasaran yang tinggi kepada graduan di bawah MARA.
“Syarikat ternama seperti Prasarana Malaysia Berhad, KPMG Malaysia, Micron Memory Malaysia Berhad, Perusahaan Otomobil Nasional (Proton), Genting Malaysia Berhad dan beberapa lagi turut serta menawarkan peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan tahap pendidikan graduan,” ujarnya.
BACA: BPN UKE gesa elaun sara hidup pelajar tajaan MARA distruktur semula
Tambah Mahdzir, penganjuran program itu adalah sebagai sebahagian Agenda Keluarga Malaysia di bawah Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada bulan lepas.
Katanya lagi, MARA memberi tumpuan kepada tiga program utama iaitu Inisiatif Pengajian, Latihan dan Penempatan (Mystep) serta Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran (Upskill Malaysia).
Ridauddin Daud
Wed Aug 03 2022

Mahdzir melihat beberapa maklumat dipaparkan ketika menghadiri majlis Perasmian Penutup Seminar dan Pameran Kerjaya Bidang Kejuruteraan & Teknologi di Kuala Lumpur pada Rabu. - Foto KPLB

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Kajian semula elaun pelajar MARA akan dibawa ke Kabinet hujung Ogos - Mahdzir
Kajian tersebut bukan hanya melibatkan pelajar di luar negara malah untuk pelajar tempatan juga.