KUALA LUMPUR: Data penyelidikan terbaharu diterbitkan Sinovac Biotech Ltd menunjukkan bahawa tiga dos vaksin Sinovac COVID-19 menghasilkan antibodi peneutral yang lebih tinggi dalam 95 peratus penerima berbanding 3.3 peratus pada dos kedua terhadap varian yang dibimbangi (VOC), termasuk Omicron.
Jurucakap Sinovac Biotech Ltd Pearson Liu dalam kenyataan dikeluarkan Pharmaniaga Berhad hari ini berkata penyelidikan itu memberi jaminan bahawa vaksin tidak aktif, iaitu antara vaksin paling banyak digunakan di seluruh dunia, kekal berkesan memerangi COVID-19.
"Ketika dunia sedang berusaha memerangi kemunculan varian baharu COVID-19, hasil penyelidikan ini menyokong regimen imunisasi tiga dos bagi memastikan perlindungan yang lebih baik terhadap COVID-19, sekali gus ia selari dengan nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pihak berkuasa kesihatan tempatan di seluruh dunia bagi semua jenis vaksin COVID-19," katanya.
Pharmaniaga adalah pembekal tunggal vaksin Sinovac di Malaysia.
Menurut kenyataan itu, penyelidikan tersebut yang dikongsikan di jurnal perubatan bioRxiv, telah dijalankan di China dengan memeriksa tindak balas imun CoronaVac (Sinovac) ke atas 120 peserta.
Dalam penyelidikan yang dijalankan dalam kalangan peserta yang telah menerima tiga dos CoronaVac, para penyelidik mengasingkan 323 antibodi monoklonal manusia (antibodi yang dibuat dengan mengklonkan sel darah putih yang unik), yang menyasarkan pelbagai kawasan virus bagi pembunuhan yang berkesan.
Kenyataan itu menyebut daripada 323 antibodi tersebut, lebih 300 antibodi menunjukkan aktiviti pembunuhan yang memadai ke atas kebanyakan VOC dan varian mempunyai kepentingan (VOI), dan penyelidikan juga menunjukkan majoriti antibodi tersebut mempunyai keupayaan untuk bertindak balas dengan domain pengikat reseptor (RBD) Omicron.
Ia menambah kira-kira sedozen antibodi menunjukkan kesan peneutralan langsung dan sangat kuat untuk varian Omicron, dengan antibodi tersebut melaksanakan peneutralannya dengan menyekat secara terus interaksi antara virus dan sel manusia.
"Ini membuktikan bahawa dos penggalak vaksin Sinovac COVID-19 akan mengaktifkan sel T terhadap varian Omicron, dengan cara yang sama dengan strain asal," menurut kenyataan itu.
Pharmaniaga Berhad ialah syarikat farmaseutikal terkemuka milik kumpulan syarikat Boustead Holdings Berhad dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, yang kedua-duanya merupakan pemegang saham utama.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 22 2022

Penyelidikan itu memberi jaminan bahawa vaksin tidak aktif, iaitu antara vaksin paling banyak digunakan di seluruh dunia, kekal berkesan memerangi COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

CITF-C perinci pemberian vaksin Sinovac untuk kanak-kanak
Perincian perihal pemberian vaksin Sinovac kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun akan diputuskan selepas mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C) malam ini.

Sinovac antara vaksin paling selamat untuk golongan pediatrik - Pharmaniaga
Golongan kanak-kanak dan remaja perlu divaksin untuk mengecilkan lagi risiko permutasian dan kebolehjangkitan virus COVID-19 dalam masyarakat.

Kajian terbaharu tiga dos vaksin Sinovac COVID-19 berkesan ke atas Omicron
Data penyelidikan terbaharu diterbitkan Sinovac Biotech Ltd menunjukkan bahawa tiga dos vaksin Sinovac COVID-19 menghasilkan antibodi peneutral yang lebih tinggi dalam 95 peratus penerima.

Harga runcit, borong maksimum untuk vaksin COVID-19 Sinovac Sinopharm ditetapkan
Harga runcit dan borong maksimum bagi dua produk vaksin COVID-19 jenama CoronaVac keluaran Sinovac dan Covilo keluaran Sinopharm akan ditetapkan berkuat kuasa Sabtu ini (15 Jan).

Tiga dos vaksin Sinovac mampu beri 94 peratus perlindungan terhadap varian Omicron
Kajian terbaharu menunjukkan tiga dos vaksin keluaran syarikat biotech Sinovac mampu menghasilkan antibodi peneutralan sebanyak 94 peratus terhadap varian COVID-19 Omicron.

KKM kumpul 663 sampel bagi kajian vaksin Sinovac kanak-kanak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengumpul 663 sampel di seluruh negara untuk kajian bagi menentukan sama ada vaksin Sinovac sesuai diberikan kepada golongan kanak-kanak berusia tiga hingga 11 tahun.

Vaksin COVID-19: Pejabat Kesihatan Tawau sasar 30,000 penerima dos penggalak
Jumlah itu terdiri daripada penerima vaksin Sinovac dan Pfizer-BioNTech daripada golongan warga emas.

Vaksin COVID-19: Hong Kong turunkan had umur ambil vaksin mulai usia 3 tahun
Remaja berumur 12 hingga 17 tahun akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin CoronaVac.

Ambil dos penggalak, ikuti kawalan wabak
Perkembangan situasi pandemik di dunia kini telah membuktikan pentingnya penggunaan dos penggalak.

Sinovac, Astrazeneca dipertimbang sebagai dos penggalak - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan vaksin Sinovac dan AstraZeneca digunakan untuk suntikan dos penggalak, kata menteri berkenaan Khairy Jamaluddin.