KUALA LUMPUR : Hampir separuh rakyat Malaysia menyokong kesamarataan gender dengan 46.3 peratus manakala 52.7 peratus menentang keganasan.
Menerusi dapat kajian yang dijalankan Women's Aid Organisation (WAO) itu memperlihatkan bahawa banyak perkara perlu dilakukan dalam usaha memperkasa dan membendung isu keganasan terhadap wanita.
Kajian yang dijalankan dengan penglibatan 1,000 responden di seluruh negara itu meliputi gender, kumpulan umur, etnik, pendapatan dan agama.
Ia juga melihat kepada faktor yang menyumbang kepada keganasan terhadap wanita dan ia diukur melalui pemahaman rakyat Malaysia mengenai isu itu dengan meliputi isu keganasan rumah tangga, perkahwinan kanak-kanak dan rogol.
Dalam dapatan kajian itu juga menunjukkan rakyat Malaysia sudah mula mempunyai pengetahuan luas tentang isu keganasan terhadap wanita dari sudut fizikal dan bukan fizikal.
Namun, dapatan juga menunjukkan lebih 53.3 peratus percaya yang keganasan domestik adalah reaksi normal kepada tekanan dan kekecewaan.
Manakala 43 peratus responden percaya bahawa wanita boleh menyebabkan lelaki marah dengan memukulnya walaupun dengan tidak berniat.
Satu pertiga (30 peratus) responden pula percaya yang wanita yang kerap 'flirt' (main perasaan, secara menggoda) menjadi penyebab pasangan mereka memukul atas sebab cemburu.
Begitu juga 26.5 peratus responden percaya yang keganasan domestik ini boleh dimaafkan walaupun si pemukul dalam keadaan marah serta hilang kawalan.
Dalam pada itu, kajian juga menjurus kepada isu rogol yang mana 83.4 peratus responden memaklumkan rogol berpunca daripada kehendak seksual lelaki yang tidak boleh dikawal.
Manakala 51.3 perarus pula percaya yang rogol berlaku atas dasar bagaimana wanita itu berpakaian.
Turut dikaji dalam kajian itu adalah mengenai perkahwinan dalam kanak-kanak.
Sebanyak 70.3 peratus responden menolak perkahwinan golongan itu.
Jelas WAO, kajian ini penting bagi memahami isu keganasan ini dan merangka tindakan selanjutnya untuk membendung daripada berlarutan.
Hafizi Rosli
Mon Nov 15 2021
Women's Aid Organisation (WAO) itu memperlihatkan bahawa banyak perkara perlu dilakukan dalam usaha memperkasa dan membendung isu keganasan terhadap wanita - Gambar hiasan/BERNAMA
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
WAO gesa masyarakat antarabangsa utamakan hak wanita, gadis Palestin
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menggesa masyarakat antarabangsa agar mengutamakan keperluan dan hak wanita serta gadis Palestin selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Kajian Women's Aid Organisation: 46.3 peratus sokong kesamarataan gender
53.3 peratus percaya yang keganasan domestik adalah reaksi normal kepada tekanan dan kekecewaan.
Segerakan pindaan Akta 605 untuk atasi masalah gangguan seksual di IPTA - Maszlee
Pindaan akan memelihara keselamatan warga kampus dan meningkatkan integriti serta tahap profesionalisme warga akademia.
Tangani isu rumah perlindungan tidak ikut piawaian - Shazana
WAO dan Engender Consultancy mahu rumah-rumah perlindungan keganasan rumahtangga mematuhi amalan dan piawaian terbaik seperti di dalam Piawaian Rumah Perlindungan Keganasan Rumah Tangga.
WAO mengalu-alukan komitmen kerajaan untuk meluluskan Rang Undang-Undang Anti-Menghendap
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) mengalu-alukan pengumuman kerajaan bahawa kertas kerja kabinet menjenayahkan tindakan menghendap kini sedang dalam perancangan.
Bagaimana Liga Perdana Inggeris musim ini patut berakhir?
Bagaimana Syed Adney dan Keshika Subbarao mahu Liga Perdana Inggeris musim 2019/20 berakhir?
PKP: Sokongan emosi berdepan ketidaktentuan, ini senarai talian psikososial
Astro AWANI senaraikan talian psikososial secara dalam talian yang diperkenalkan oleh kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan bagi mereka yang ingin mendapatkan sokongan khidmat psikososial.
'Kesedaran pentingnya amalan penyusuan ibu meningkat tetapi...' - Hannah Yeoh
Peningkatan sebanyak 45.5 peratus dalam tempoh satu dekad tersebut adalah susulan kesedaran tentang kepentingan memberikan susu ibu sahaja kepada bayi untuk tempoh enam bulan pertama.
Intai, hendap perlu diklasifikasi sebagai jenayah - Pakar
Pakar undang-undang mengalu-alukan syor NGO supaya menjadikan perbuatan mengintip dan menghendap sebagai kesalahan jenayah di bawah kanun keseksaan.
Jadikan 'stalking' jenayah di Malaysia - WAO
Sudah tiba masanya kita berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dunia yang telah memperluas takrifan intip dan hendap sebagai suatu jenayah.