PELAKON dan pengacara popular Raja Azura tidak pernah berasa malu dengan status janda malah menegaskan dirinya sentiasa berpegang pada prinsip dan disiplin hidup sendiri.
Ujarnya, disiplin itu menjadi asas dalam hidupnya dalam menjaga nama baik dan maruah keluarga termasuk bekas bapa mentuanya.
"Saya tak ada masalah dengan status janda. Pada hakikatnya memang betul pun kita janda. Bagi saya, yang penting kena jaga tertib. Kita tahu kita ini ibu tunggal, jadi kena tahu tertib sebagai seorang janda.
"Yang penting kita jaga adab sebab saya ada anak yang bersekolah dan perlu menjaga anak kedua ibu bapa saya. Walaupun saya dah berpisah bekas suami tapi masih ada bapa mentua.
"Dia tetap bapa mentua saya sampai mati dan perlu jaga nama. Bila kita jaga semua ini, kita dah tak kisah orang panggil janda. Saya tak pernah rasa kecil hati sebab hakikatnya saya adalah janda yang tahu jaga tertib dan maruah keluarga," katanya kepada Gempak.
Raja Azura atau lebih mesra dipanggil Kak Engku ditemui ketika majlis pratonton dan sidang media filem Tiga Janda Melawan Dunia di GSC Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya pada Selasa.
Tambah Kak Engku lagi, dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi kerana enggan berdepan dengan masalah keluarga seperti bergaduh dengan ipar-duai.
"Selalu orang tanya soalan itu (buka pintu hati). Pertama sekali saya nak tahu, sebenarnya dalam perkahwinan ini apa tujuannya? Apa misi sebenarnya? Nak teman hidup? Anak-anak macam mana?
"Adakah teman hidup boleh terima? Lepas itu nak kena kenal lagi ipar-duai lagi yang tak tahu mereka suka atau tidak dekat kita. Kalau kita kenal orang berduit, dah orang ingat kita ini nak harta adik-beradik dia pula.
"Jadi benda-benda macam ini saya tak suka. Sebab pengalaman yang berlaku pada hidup saya ini sudah cukup. Saya dah pernah berkahwin, dah ada tiga orang anak. Syukur dapat besarkan mereka dari kecil..
"Saya bahagia dengan anak-anak… saya tak perlu ada pasangan hidup. Orang nak pasangan hidup sebab nak kebahagian. Tapi Alhamdulillah, saya masih okey dan rezeki masih ada anak-anak," tegasnya.
Untuk rekod, Raja Azura pernah mendirikan rumah tangga bersama Adzmin Osman pada Mac 2001 namun mereka bercerai pada 28 September 2010.
Raja Azura dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, Megat Luqman Hakim dan Puteri Mia Maizura.
Gempak
Thu May 12 2022

Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku tidak berasa tertekan hanya kerana bergelar ibu tunggal. - Gambar GEMPAK
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Kak Engku tak terfikir kahwin lagi, bahagia dengan anak-anak
Diam tak diam sudah 12 tahun Raja Azura bergelar ibu tunggal.

TMSM: Tiada lagi 'kokok' ayam jantan, akhirnya juri bongkar identiti Hairul Azreen
Hairul terpaksa akur disingkirkan apabila mendapat markah 72 peratus daripada juri selepas menyanyikan lagu "Dewa Dewi" nyanyian asal kumpulan Spider.

GV4: Raja Azura tersingkir di minggu ke-3
Raja Azura tersingkir selepas mendapat markah paling rendah pada konsert minggu ketiga.

"Tersingkir awal? Saya sentiasa bersedia" - Raja Azura
Bertanding sebaris dengan bintang tersohor tempatan dan luar negara untuk Gegar Vaganza musim keempat (GV4), pengacara dan penyanyi Raja Azura menegaskan dia sentiasa bersedia dengan sebarang kebarang