KUCHING:Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyimpan kata pikat beliau sehingga di penghujung satu persidangan antarabangsa mengenai ekonomi digital pada Rabu dengan menunjukkan lakaran seekor orang utan dengan mesej hidupan yang sihat mampu melawan virus.
Menyampaikan ucapan penutup beliau di Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak Keempat (IDECS) di sini Abang Johari berkata beliau mendapat inspirasi membuat lakaran orang utan itu selepas mendengar satu pembentangan oleh Randi Zuckerberg, kakak kepada pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, pada persidangan itu.
Abang Johari berkata dalam pembentangannya, Randi berkata beliau bercakap mengenai menggunakan seekor kambing sebagai ikon untuk pengenalan korporat.
"Jika beliau ada kambing, kami ada orang utan sebagai simbol kami kerana habitat orang utan amat berkaitan dengan alam sekitar ... orang utan di sini dikelilingi dengan persekitaran yang baik dan menawarkan kehidupan yang sihat yang boleh melawan virus," katanya.
Dalam ucapannya beliau juga memberitahu peserta, yang menurut penganjur termasuk lebih 10,000 di dalam talian dari seluruh dunia, mengenai rancangan Sarawak untuk menambah baik infrastruktur digital ke arah menjadi sebuah negeri maju dalam masa 10 tahun termasuk penekanan keperluan menguasai Bahasa Inggeris.
"Penggunaan Bahasa Malaysia adalah masih mandatori kerana ia bahasa kebangsaan kami tetapi kami juga perlu menggalakkan generasi muda kami menguasai Bahasa Inggeris.
"Anda bayangkan hari ini, semua ahli panel bertutur dalam Bahasa Inggeris. Jika anda tidak memahami apa yang mereka cakapkan, maka anda akan merasakan anda seperti datang dari suatu tempat lain di dunia," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 07 2020

ABANG JOHARI: Jika beliau ada kambing, kami ada orang utan sebagai simbol kami kerana habitat orang utan amat berkaitan dengan alam sekitar. - Gambar fail

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.

TMSM: Tiada lagi 'kokok' ayam jantan, akhirnya juri bongkar identiti Hairul Azreen
Hairul terpaksa akur disingkirkan apabila mendapat markah 72 peratus daripada juri selepas menyanyikan lagu "Dewa Dewi" nyanyian asal kumpulan Spider.

Google sambut Hari Kebangsaan ke-63 dengan doodle Orang Utan
Google turut berkongsi trivia khas fakta menarik tentang spesies itu, antaranya ialah orang utan sangat gemar akan durian ia juga berkongsi hampir 97 peratus gen dengan homo sapien.

COVID-19: SFC ambil langkah proaktif lindungi Orang Utan
SFC mengambil langkah berjaga-jaga dengan mempraktikkan amalan-amalan yang digariskan KKM dalam membendung penularan COVID-19 daripada menjangkiti Orang Utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Kuching.

Pusat Hidupan Liar Semenggoh terima Anugerah Pelancongan Cemerlang Dunia 2020
Anugerah yang akan diterima Sarawak Forestry Corporation (SFC) di Berlin, Jerman Mac ini membuktikan dunia mengiktiraf usaha Sarawak melihara dan memulihara alam sekitarnya.

Orang Utan lawan jentolak pertahan tempat tinggal
Sebuah video mengenai seekor Orang Utan yang bangkit melawan sebuah jentolak di Kalimantan Barat yang mula tular di media sosial sejak semalam ternyata mengejutkan.

Pelik di media sosial: Apabila netizen percaya manusia 'menghamilkan' orang utan
Namun apa yang menjadi perhatian adalah bagaimana ramai yang memilih untuk mempercayai cerita yang disebarkan itu.

Pekerja estet dipenjara 12 bulan cederakan orang utan
Seorang pekerja estet warga Indonesia dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Sandakan kerana mencederakan seekor orang utan jantan.

NGO dakwa ladang sawit ancam habitat Orang Utan
Beberapa NGO hari ini menyuarakan kebimbangan mereka tentang rancangan membersihkan tanah hutan berhampiran Hutan Simpan Hidupan Liar.