Hari pertama bulan Ramadan dicemari dengan tingkah laku warga emas beragama Islam tanpa segan silu berada di sebuah kedai makan bukan Islam.
Bagaimanapun, perbuatan mereka itu dikesan anggota Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang bertindak menyerbu kedai makan berkenaan, hari ini.
Semasa serbuan itu dilakukan di dua premis di Bukit Rambai dan Tangga Batu, ada juga yang berjaya melarikan diri.
Ketua Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, enam warga emas dicekup kerana perbuatan mereka disifat amat memalukan kerana langsung tidak menghormati bulan Ramadan.
“Amat memalukan apabila segelintir umat Islam sanggup ponteng daripada berpuasa di premis makanan bukan Islam.
“Perbuatan mereka ini sebenarnya menjatuhkan imej dan menghina agama Islam.
“Kami pandang berat perkara ini dan mereka yang ditahan akan dikenakan tindakan,” katanya kepada pemberita selepas mengikuti operasi berkenaan.
Operasi itu dijalankan ke atas 13 premis perniagaan di sekitar bandar raya dan melibatkan 20 anggota penguatkuasa.
Tambah beliau, mereka yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka yang memperuntukkan denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan kedua, hukumannya berganda kepada RM2,000 dan penjara 12 bulan.
Rahimin turut menegur beberapa restoran makanan segera yang menjual makanan kepada orang Islam pada waktu siang.
Beliau berkata, operasi bukan sahaja mencegah kaki ponteng puasa sebaliknya pemantauan juga akan dilakukan di pusat-pusat hiburan untuk mengesan umat Islam yang tidak menghormati bulan Ramadan.
Tambahnya, JAIM juga akan menaikkan lebih 2,000 poster dan kain rentang bagi mengingatkan kewajipan berpuasa dan menjauhi perkara dilarang agama.
Beliau turut bercadang untuk melakukan operasi bersama agensi kerajaan lain susulan mendapati banyak premis perniagaan yang gagal menjaga aspek kebersihan.
Raffi Bachik
Thu Jun 18 2015

Beberapa warga emas dicekup di sebuah kedai makan bukan Islam pada hari pertama Ramadan. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Melaka kesan cubaan sebar ajaran 'The Ahmadi'
Kerajaan negeri menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang berlangsung pada 3 Oktober tahun lalu juga telah fatwa ajaran itu sebagai sesat dan menunggu untuk diwartakan tidak lama lagi.

Warga emas, tukang urut antara pasangan ditahan dalam operasi JAIM
Keluar berdua untuk sambut tahun baharu dan menonton pertunjukan bunga api, seterusnya memilih menginap di sebuah hotel kerana 'penat'.

JAIM, MPAG serbu pusat perubatan alternatif
Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerbu sebuah pusat perubatan tradisional di Masjid Tanah semalam, dipercayai susulan fatwa sesat terhadap kaedah rawatan yang digunakan pusat itu.

Poligami tidak didaftarkan beri kesan status, masa depan anak
Poligami yang tidak didaftarkan boleh memberikan kesan kepada status dan masa depan anak yang dilahirkan, kata Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman.

Bekas pegawai tadbir JAIM didenda RM50,000 perdaya guru sandaran
Bekas penolong pegawai tadbir Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini, kerana memperdayakan seorang guru sandaran tidak terlatih.

JAIM bakal perkenal Pusat Tahfiz TVET, tawar kursus selam dasar laut
JAIM bakal menjadikan Maahad Tahfiz Pulau Besar sebagai Pusat Tahfiz Program Pendidikan dan TVET yang turut menawarkan kursus selam dasar laut.

Melaka lulus pelantikan guru KAFA SRA, guru tadika JAIM secara kontrak
Pelaksanaan Pembayaran Kontrak Khas ini di Melaka adalah antara yang tertinggi dalam Malaysia.

Wujud kelemahan dalam pengurusan JAIM, MSSB dan MCL - LKAN
LKAN Tahun 2021 siri 2 dalam laporan pengauditan pematuhan jabatan/agensi negeri Melaka mendapati, terdapat kelemahan dari aspek bayaran terhadap perkhidmatan kawalan keselamatan JAIM.

Mahasiswa, isteri orang antara dicekup khalwat JAIM
Kesemua mereka yang ditahan dalam operasi yang berlangsung kira-kira tiga jam itu, berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Individu tidak puas hati pengurusan masjid boleh salur maklumat kepada JAIM
Che Sukri Che Mat berkata perkara itu boleh diselesaikan di peringkat JAIM kerana tindakan segera akan diambil mengikut undang-undang yang ditetapkan.