Gara-gara tertekan gear mengundur, seorang lelaki yang baru selesai mendapatkan rawatan telah melanggar kaunter saringan Jabatan Pesakit Luar di Hospital Kuala Kangsar, dekat sini pada malam Ahad.
Dalam kejadian sekitar 8.30 malam itu, pemandu berkenaan yang dipercayai baru mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma telah pergi ke kenderaannya untuk pulang ke rumah.
Difahamkan, menurut sumber, pemandu yang ketika itu membawa kenderaan jenis Proton Exora telah tersilap memasukkan gear mengundur atau reverse dan melanggar kaunter saringan berkenaan.
Malah, sebaik sahaja perlanggaran berkenaan berlaku suasana di perkarangan hospital tersebut bertukar kecoh seketika apabila pesakit dan kakitangan keluar untuk melihat insiden itu.
Menurut saksi kejadian, yang hanya ingin dikenali sebagai Aiza, lelaki tersebut baru sahaja selesai menerima rawatan dan pada ketika itu hendak pulang ke rumahnya.
“Pada pandangan kasar saya, pakcik itu kelihatan tidak sihat, dan sebenarnya agak lemah sebelum dia terima rawatan di Jabatan Trauma dan Kecemasan.
“Tidak lama kemudian, saya terdengar dentuman seperti rempuhan yang amat kuat, dan segera ke luar perkarangan jabatan itu, sebelum ternampak pakcik itu terlanggar kaunter. Memang agak kelam-kabut masa itu,”ujarnya.
Aiza berkata, difahamkan tiada kakitangan atau pesakit berada di kaunter itu justeru tiada sesiapa yang tercedera sewaktu insiden itu berlaku.
“Kasihan juga pakcik itu, saya tengok dia tidak cedera, tapi masih nampak sangat terkejut dan lemah,” katanya lagi.
Katanya, orang ramai terus membantu lelaki berkenaan keluar daripada keretanya dan mendapati bahawa pemandu tersebut mengalami kekejangan otot.
“Memang laju, dia mengundur dan setelah ditanya beliau memberitahu bahawa dia tidak tersalah menekan pedal minyak, tetapi kakinya kejang sewaktu ingin pulang ke rumah.
“Mungkin sebab pakcik itu penat, dan tiada yang menemaninya ke hospital untuk memandunya ke rumah, nasib baik tiada orang cedera,” ujarnya lagi.
Nazialita Geynna Maharan
Mon Feb 26 2018
Pemandu berkenaan dipercayai baru mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital berkenaan. - Astro AWANI/Nazialita Geynna Maharan
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek diselewengkan pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen penyiaran di Sarawak.
Dua lelaki terlibat pelbagai jenayah di empat negeri ditahan
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
Polis Selangor terima 31 laporan libatkan RM2.1 juta kerugian
Polis setakat ini menerima 31 laporan membabitkan kerugian RM2.1 juta berhubung penipuan umrah di negeri itu.
Empat diberkas bersama dadah bernilai RM4.03 juta di Johor
Polis menahan empat individu dan merampas pelbagai dadah bernilai RM4.03 juta dalam serbuan di dua kondominium mewah di sekitar bandar raya ini pada 10 dan 11 Januari lalu.
Saya harap ayah ditemukan sama hidup atau mati - Anak
Anak kepada salah seorang nelayan yang dikhuatiri hilang di Pulau Undan, Melaka tengah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan berharap pasukan penyelamat dapat membawa pulang bapanya dengan selamat.
Pahang dan UAE ganding bahu lindungi spesies harimau Malaya
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli menyaksikan majlis tandatangan kerjasama strategik antara Pahang dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melindungi harimau Malaya yang semakin kritikal populasinya.
Projek bernilai RM99.8 juta yang dibiayai oleh Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
Projek bernilai RM99.8 juta yang dibiayai oleh Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
ASEAN 2025: Malaysia akan meremajakan mekanisme utama
Malaysia juga tidak mahu terjebak dengan pertikaian kuasa-kuasa besar, sebaliknya lebih suka bekerjasama dengan negara-negara anggota yang sehaluan dan rakan dialog.
Kaki tiba-tiba kejang, warga emas panik rempuh kaunter Hospital Kuala Kangsar
Seorang warga emas merempuh kaunter saringan pesakit luar Hospital Kuala Kangsar selepas menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma.