Seorang pekerja gerai dan seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Kulim masing-masing menghadapi empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini,memalsukan empat buah kenderaan pada Februari dan Jun 2016.
Nik Hazrihairi Nik Kasim, 34, dan Nurul Hanim Abu Bakar, 32, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas semua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.
Bagi pertuduhan pertama, Nik Hazrihairi pada 16 Feb 2016 di JPJ Kulim telah memberi kepada seorang ejen kerajaan Malaysia iaitu Nurul Hanim yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir/Perkeranian di Unit Hasil jabatan itu dengan niat memperdayakan prinsipal ejen, dokumen berkenaan dengannya yang prinsipal itu mempunyai kepentingan.
Tertuduh didakwa mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen-dokumen itu adalah butiran palsu bagi mewujudkan pendaftaran kenderaan jenis Mitsubishi Grandis 2.4(A) dengan nombor pendaftaran KED751 ke dalam pangkalan data MySikap JPJ dengan status lucut hak Kastam.
Tuduhan berikutnya iaitu pada 1 Jun 2016, 21 Jun 2016 dan 30 Jun 2016 di JPJ cawangan berkenaan dia turut didakwa melakukan perkara yang sama terhadap kenderaan jenis Toyota Estima Aeras 2.4(A) nombor pendaftaran WC 6102 W, Toyota Wish 1.8L(A) nombor pendaftaran BNV 3409 dan Toyota Previa 2.4L(A) nombor pendaftaran WD1384A.
Bagi kesemua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Tertuduh kedua iaitu Nurul Hanim pula menghadapi empat pertuduhan pada 16 Feb 2016, 1 Jun 2016, 21 Jun 2016 dan 30 Jun 2016 di JPJ itu dengan disedari telah menggunakan untuk niat hendak memperdayakan prinsipal, dokumen-dokumen berkenaan dengannya yang mempunyai kepentingan.
Nurul Hanim didakwa mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen-dokumen itu mengandungi butiran palsu untuk mengelirukan prinsipal apabila tertuduh mewujudkan pendaftaran kenderaan-kenderaan berkenaan ke dalam pangkalan data MySikap JPJ dengan status lucut hak Kastam.
Bagi kesemua pertuduhan itu Nurul Hanim turut didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Kedua-duanya jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.
Zanol kemudian memerintahkan kedua-dua tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan kes berkenaan disebut semula pada 27 April depan bagi membolehkan kedua-dua tertuduh melantik peguam.
Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa raya SPRM A. Hafiizh Abu Bakar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2017

Nik Hazrihairi didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan memalsukan pendaftaran kenderaan pada Februari dan Jun 2016. fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

SPAN amal toleransi sifar terhadap isu rasuah, tatakelola
SPAN memandang serius sebarang isu melibatkan tatakelola, rasuah atau salah laku yang boleh menjejaskan tahap perkhidmatan dan imej industri perkhidmatan air negara.

COVID-19: Pengarah urusan ditahan palsu dokumen mohon bantuan Perkeso
Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah di sini kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Pengarah Urusan ditahan palsukan dokumen bernilai RM22 juta
Pengarah Urusan ditahan untuk bantu siasatan berhubung dakwaan mengemukakan dokumen dengan butiran palsu melibatkan tender bernilai lebih RM22 juta.

Pembantu tadbir mengaku tidak bersalah buat tuntutan palsu RM16,800
Tertuduh, Norlizah Mohd Jani, 45, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Kakitangan JPJ hadapi empat pertuduhan palsukan pendaftaran kenderaan
Nik Hazrihairi Nik Kasim, 34, dan Nurul Hanim Abu Bakar, 32, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas semua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.