KUALA LUMPUR:Kementerian Sumber Manusia akan memastikan semua kakitangan syarikat penerbangan Malindo Airways Sdn Bhd (Malindo Airways) yang terlibat dengan pemberhentian kerja, menerima faedah kehilangan pekerjaan melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata pekerja yang terlibat dinasihatkan supaya segera mengemukakan permohonan faedah SIP secara dalam talian melalui eis.perkeso.gov.my atau hadir di mana-mana pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang berhampiran.
"Pada masa sama, Perkeso akan membantu mereka dalam carian pekerjaan melalui portal MYFutureJobs. Kakitangan Malindo Airways juga layak untuk mengikuti program latihan (kemahiran baharu, meningkatkan kemahiran) yang disediakan oleh Perkeso atau Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), dengan yuran latihan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Malindo Airways melaksanakan pemberhentian pekerja melibatkan 2,647 orang sejak 1 Nov lepas.
Pihak majikan juga menawarkan notis cuti tanpa gaji (untuk tempoh satu tahun) kepada 439 kakitangan dengan harapan ekonomi kembali pulih dan mereka akan dipanggil bekerja semula manakala seramai 347 lagi ditawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS), dan baki 1,861 pekerja diberi notis pemberhentian kerja dengan pampasan minimum di bawah Akta Kerja 1955.
Saravanan berkata pengurusan Malindo Airways telah menerima bantuan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) untuk dua bulan iaitu bagi April dan Mei lepas.
"Bayaran ERP untuk April telah memberi manfaat kepada 2,112 pekerja yang melibatkan bayaran RM1.26 juta manakala bayaran ERP bagi Mei pula telah disampaikan kepada 2,478 pekerja yang membabitkan bayaran RM1.48 juta. Semua kakitangan yang menerima ERP ini tidak diberhentikan kerja pada bulan berkenaan," katanya.
Selain itu, katanya, Malindo Airways juga telah menerima bayaran Program Subsidi Upah (PSU) berjumlah RM240,000 bagi Julai dan Ogos untuk 200 pekerja.
"Sementara itu, bagi 439 kakitangan Malindo Airways yang menerima notis cuti tanpa gaji (untuk tempoh satu tahun), mereka boleh menganggap bahawa kontrak perkhidmatan mereka telah terputus dan seterusnya mengemukakan tuntutan kehilangan pekerjaan di bawah SIP, supaya mereka mendapat bantuan untuk kelangsungan hidup sementara mendapat pekerjaan baharu," katanya.
Saravanan berkata kementerian amat memahami dan prihatin dengan permasalahan yang dihadapi oleh pekerja-pekerja industri penerbangan di negara ini.
"Sektor penerbangan merupakan antara sektor yang paling terjejas sehingga kini disebabkan kekangan pergerakan penumpang dan juga pelancong dari dalam dan luar negara akibat penularan pandemik COVID-19.
"Pemulihan sektor ini dijangka mengambil masa yang lama sehingga 2023, memaksa majikan dalam industri penerbangan mengambil keputusan untuk melepaskan pekerja bagi mengelakkan syarikat menanggung kerugian berterusan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 04 2020

Malindo Airways melaksanakan pemberhentian pekerja melibatkan 2,647 orang sejak 1 Nov lepas. - Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kakitangan Malindo Airways yang terjejas akan terima faedah SIP
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata pekerja yang terlibat dinasihatkan supaya segera mengemukakan permohonan faedah SIP secara dalam talian.

Anak kapal penerbangan terima tempias, hilang 70 peratus pendapatan bulanan dek COVID-19
70 peratus pendapatan anak kapal ini bergantung kepada elaun penerbangan.

Tesco Stores, Malindo Airlines bergabung bantu mangsa banjir
Syarikat swasta seperti Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd dan Malindo Airlines, menggembleng tenaga untuk membantu mangsa banjir di negeri-negeri pantai Timur.