KANGAR: Seorang penjawat awam yang juga kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) direman lima hari sehingga 24 Mac hadapan bagi membantu siasatan terhadap dakwaan meminta suapan daripada kontraktor sebagai balasan untuk memperakukan siap kerja bagi kerja penyelenggaraan kompleks kolam renang berkenaan pada 2022 hingga tahun lalu.
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Ahmad Hamdi Mustafar di Bilik Reman, Kompleks Mahkamah Kangar selepas suspek yang bertugas sebagai penyelia Kompleks Kolam Renang MBAS di Alor Setar itu dibawa ke mahkamah sekitar jam 9.55 pagi ini.
Sumber berkata, penahanan suspek berusia 55 tahun itu dilakukan selepas menerima laporan orang ramai berhubung tindakan suspek itu.
"Suspek dipercayai meminta rasuah sebanyak RM4,600 setiap bulan antara Oktober 2022 hingga Ogos 2023 daripada seorang pengurus sebuah syarikat kontraktor sebagai balasan untuk memperakukan siap kerja bagi kerja penyelenggaraan kolam renang itu.
“Wang rasuah itu juga turut diminta bagi tujuan lain sepertibmembekal bahan kimia untuk kompleks kolam renang berkenaan,” katanya.
Menurutnya lagi, wang rasuah yang diminta itu kemudian akan dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi milik suspek.
“Malah, kita percaya wang rasuah yang diminta oleh suspek sepanjang tempoh itu pula mencecah sebanyak RM100,000,” katanya.
Semalam, suspek ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis di Kangar sekitar jam 3 petang selepas dibawa dari pejabatnya di Kompleks Kolam Renang MBAS di Alor Setar pada jam 11 pagi untuk diambil keterangannya.
Sumber berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani mengesahkan penahanan suspek terbabit.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Mar 19 2024
Penahanan suspek berusia 55 tahun itu dilakukan selepas menerima laporan orang ramai berhubung tindakan suspek itu. - Foto Astro AWANI
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Gegar Vaganza 11: Ronnie Hussein tersingkir, enam finalis ke konsert akhir
Enam peserta ke konsert akhir ialah Dadali Dyrga, Ning Baizura, Zehra Zambri, The Lima, Liza Aziz dan Sheila Abdul.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
Kakitangan MBAS direman bantu siasatan rasuah berkaitan penyelenggaraan kompleks renang
Seorang kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar direman lima bagi membantu siasatan terhadap dakwaan meminta suapan daripada kontraktor.