KANGAR: Penemuan kalam semah di Gua Berhala dan Gua Kurong Batang merupakan artifak kuno yang menyimpan 1001 rahsia menjadi bukti fizikal kewujudan penempatan protosejarah di negeri Perlis sekitar abad kesembilan Masihi.
Pengarah Muzium Kota Kayang Siti Munirah Kasim berkata kalam semah merupakan kepingan lonjong atau bulat tanah liat yang telah dikeringkan atau dibakar dan dicap dengan imej-imej agama Buddha.
"Kepingan kalam semah ditemui di Perlis mengandungi mantera-mantera agama Buddha yang ditemukan oleh ahli arkeologi terkenal Dr Alastair Lamb pada 1962 dan kandungan mantera telah diterjemah oleh Pensyarah kanan di Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Nasha Rodziadi Khaw.
"Istimewanya kalam semah itu merupakan satu-satunya kepingan yang masih dalam keadaan lengkap ditemui di negara ini berbanding kepingan kalam semah yang terdapat di Lembah Bujang, Kedah dan di Gua Chawas, Kelantan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya kalam semah merupakan antara artifak terawal yang disimpan di Muzium Kota Kayang sejak ia dibuka kepada orang ramai pada 2000.
Menurut Nasha kalam semah yang ditemui di Perlis tidak ditemui di tapak lain di Malaysia, iaitu teks menggunakan aksara Nagari serta berbahasa Sanskrit mengandungi teks agama Buddha yang dikenali sebagai 'Bodhigarbhalankaralaksa Dharani'.
Katanya teks tersebut berasal dari India yang turut ditemui di Pakistan, Afghanistan, Tibet (China) dan Pulau Jawa (Indonesia) mengandungi puji-pujian kepada Sang Buddha serta 'Dewi Prajnaparamita'.
"Fungsi dan kegunaan kalam semah kepada penganut Buddha pada zaman kuno sebagai persembahan bagi meningkatkan dharma mereka. Penganut akan meminta para bhiksu untuk menghasilkan kalam semah bagi pihak mereka dan menyimpannya di dalam stupa atau gua," katanya.
Nasha berkata dalam konteks perkembangan Kedah Tua, penemuan itu membuktikan bahawa ia serentak dengan perkembangan Lembah Bujang, iaitu Perlis turut berfungsi sebagai satu daripada penempatan perdagangan dan persinggahan para penganut serta mubaligh agama Buddha.
Beliau berkata penemuan kalam semah juga menunjukkan bahawa Perlis memiliki sejarah yang amat panjang.
"Ketika Kedah Tua berkembang dengan pusat pelabuhannya berpusat di Lembah Bujang, masyarakat awal di Perlis turut memiliki hubungan dengan para pedagang asing pada ketika itu. Hal ini secara tidak langsung turut membuktikan kepentingan Perlis dari segi ekonomi dan lokasi geostrategik pada abad kesembilan Masihi," katanya.
Sementara itu Exco Pelancongan negeri Wan Badariah Wan Saad berharap artifak kuno kalam semah mampu dijadikan sebagai satu daripada tarikan pengunjung ke Muzium Kota Kayang sempena TMP 2024-2025.
"Artifak yang dijumpai di Perlis ini mempunyai keunikannya sendiri kerana ia menyimpan sejarah awal negeri Perlis yang dipercayai menjadi penempatan zaman protosejarah," katanya.
Beliau berkata masih ramai peminat artifak kuno masih belum mengetahui kewujudan kepingan kalam semah yang tersimpan di Muzium Kota Kayang sejak ia mula dibuka pada 2000.
"Saya difahamkan bahawa kalam semah merupakan artifak kuno yang paling berharga dan berusia paling lama disimpan di sini," katanya.
Wan Badariah berharap lebih banyak lagi kajian dilakukan bagi merungkai rahsia khazanah kalam semah di alam Melayu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023
Kalam Semah yang dijumpai di Gua Berhala dan Gua Kurung Batang merupakan satu-satunya kepingan yang masih dalam keadaan lengkap ditemui di negara ini. - Foto BERNAMA
NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.
Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
Kumpulan The Hague keluarkan kenyataan bersama sulung mengenai Palestin
Negara-negara peserta komited tegakkan undang-undang antarabangsa dan memastikan kebertanggungjawapan terhadap jenayah yang didakwa berlaku di Palestin.
Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
'Kalam Semah' artifak kuno simpan 1001 rahsia bukti protosejarah di Perlis
Kalam semah merupakan kepingan lonjong atau bulat tanah liat yang telah dikeringkan atau dibakar dan dicap dengan imej-imej agama Buddha.