"Saya tidak mahu komen mengenai perebutan jawatan tertinggi MIC...kalau ada (perebutan jawatan presiden) ok saya terima, kalau tiada pun, tidak mengapa," kata Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel.
Itu jawapan ringkas beliau bagi mengulas dakwaan timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam akan mencabarnya pada pemilihan jawatan tertinggi MIC itu yang dijadualkan September ini.
Katanya beliau enggan mengulas lanjut mengenai perebutan jawatan presiden dan timbalan presiden.
Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata demikian pada sidang media selepas melakukan rakaman ucapan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di pejabatnya di sini hari ini.
Selain perebutan kerusi presiden, Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan turut dikatakan berminat bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan tersebut.
Palanivel berkata mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC pada Jun lepas telah menetapkan pemilihan bagi jawatan presiden parti pada 22 Sept depan dan 1 Sept sebagai hari penamaan calon.
"Pemilihan jawatan timbalan presiden, tiga naib presiden dan kesemua anggota CWC pula akan diadakan pada bulan November atau Disember," katanya.
Kali terakhir MIC mengadakan pemilihan parti ialah pada 2009 yang menyaksikan Datuk Seri S.Samy Vellu menang jawatan presiden tanpa bertanding.
Pemilihan bagi semua jawatan tertinggi MIC diadakan tahun ini selepas parti itu dinasihati Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk berbuat demikian.
Bernama
Tue Aug 06 2013


Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.

Derma, sumbangan untuk MIC semasa 2013 diperakui - Naib Presiden MIC
Bekas Bendahari Agung MIC itu berkata semua derma dan sumbangan yang parti itu terima pada 2013 diperakui sepenuhnya.

MIC kembali dapat sokongan daripada generasi muda, kata P Kamalanathan
MIC kini perlahan-lahan kembali mendapat sokongan daripada masyarakat India dengan pembabitan generasi mudanya terutama golongan profesional.

Anggota Parlimen Rompin dipilih sebagai Pengerusi PAC
Anggota Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin dipilih sebagai Pengerusi PAC yang baharu bagi menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Pemilihan Presiden MIC 6 Sept, penamaan calon 21 Ogos
Jawatankuasa Kerja Pusat Sementara MIC 2009, yang memihak kepada pemangku presiden parti Datuk Seri Dr S.Subramaniam, menetapkan 6 Sept sebagai tarikh untuk mengadakan pemilihan presiden parti itu.

Pemimpin veteran diminta tampil selamatkan MIC
Bagi mengelak MIC lemas lebih teruk di lautan masalah yang sedang dialaminya, para pemimpin veteran parti itu perlu memainkan peranan untuk mencari penyelesaian bagi meredakan krisis kepimpinan.

Krisis MIC: 'Tiada siapa bercakap dengan Dr Subramaniam' - Palanivel
Presiden MIC DatuK Seri G Palanivel hari ini berkata beliau akan bejumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membincangkan satu mekanisme pemilihan parti yang baru.

Palanivel, tiga yang lain gagal dapatkan penangguhan sementara keputusan mahkamah
Datuk Seri G. Palanivel dan tiga yang lain hari ini gagal mendapatkan penangguhan sementara terhadap keputusan mahkamah yang mengekalkan arahan RoS agar parti itu mengadakan pemilihan.

Pemuda desak Palanivel muhasabah diri
Pemuda UMNO mendesak Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel bermuhasabah diri dan melihat kelemahan yang ada bagi menyelesaikan kemelut parti itu.

MIC tolak hudud - Palanivel
MIC hari ini membuat pendirian untuk tidak menyokong usul PAS membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membuka jalan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Presiden MIC jelajah seluruh negara temui anggota akar umbi
Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel bercadang menemui pengerusi cawangan parti seluruh negara untuk memberi penerangan tentang masalah parti.