SETIU: Seorang penternak tidak menyangka suasana suram kerana kambingnya berhenti mengembek merupakan petanda seekor daripada haiwan peliharaannya itu telah ditelan ular sawa batik 'gergasi'.
Kehadiran reptilia itu disedari seorang penternak, Zawiyah Senik, 54 ketika ke kandang kambing berhampiran kediaman di Kampung Merang, di sini untuk memberi makan dedak kira-kira jam 11.45 pagi pada Khamis.
Abangnya, Abd Aziz Senik, 61, berkata, adiknya yang terkejut dengan penemuan itu segera memanggilnya sebaik melihat haiwan seberat 100 kilogram itu berlingkar kekenyangan di dalam kandang.
"Semalam (Khamis) cuaca hujan dari pagi hingga tengah hari. Adik saya agak lewat ke kandang kambing untuk beri makan.
"Hairan juga kerana biasanya kambing peliharaanya akan mengembek apabila tiba waktu makan pada waktu tengah hari.
"Keadaan juga agak berbeza kerana kebanyakan kambing tidak mengeluarkan bunyi seolah-olah ketakutan.
"Salah seekor daripadanya iaitu ibu kambing beranak dua yang buta mata sebelah kiri pula tidak kelihatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Menurut Abd Aziz, ular itu dipercayai telah menelan ibu kambing berkenaan pada sebelah malam berdasarkan kedudukan kambing yang berada pada bahagian tengah perutnya.
"Saya anggarkan kejadian ini berlaku sebelah malam kerana biasanya seekor ular akan mengambil masa yang agak lama untuk menelan kesemua mangsanya.
"Lagipun kambing yang dimakan itu buta sebelah mata dan tidak berupaya melihat kehadiran haiwan pemangsa itu sebelum dibelit dan ditelan," katanya.
Abd Aziz berkata, kali terakhir kediaman itu 'dikunjungi' ular sawa batik kira-kira lima tahun lalu yang membaham ayam di dalam reban.
Sementara itu, Pegawai Operasi Skuad Delta Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Terengganu/ Kuala Nerus, Lt M (PA) Norulhaida Md Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan ular itu sekitar jam 11.55 pagi.
"Seramai tiga anggota APM tiba dilokasi kejadian pada jam 12.30 tengah hari dan ular berkenaan berjaya ditangkap dan dibawa ke lori APM setengah jam kemudian.
"Ular sawa seberat 100kg dan panjang 6 meter itu dibawa ke APM Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 17 2021
![Kambing tidak mengembek, rupanya ditelan si batik gergasi Kambing tidak mengembek, rupanya ditelan si batik gergasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639704674_ambingtidakmengemb.jpg)
Keadaan ular sawa batik selepas menelan seekor ibu kambing yang buta sebelah mata di Kampung Merang, Setiu. -Foto Sinar Harian
Tiada pertandingan, Abang Johari dipilih semula Presiden PBB
Tan Sri Abang Johari Tun Openg kekal sebagai Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selepas menang tanpa bertanding jawatan tertinggi parti itu.
ASEAN 2025 | 11 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pengambilan jawatan di Sarawak cecah 96 peratus
Pengambilan jawatan guru khas di Sarawak kini mencecah sebanyak 96 peratus.
![Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739272092_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
Laksana tanggungjawab pastikan isu rakyat ditangani segera
Semua penjawat awam diminta melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan isu-isu berkaitan rakyat ditangani dengan baik dan segera.
Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Proses pembersihan SK Selangau yang terjejas teruk akibat banjir giat dijalankan bagi mempersiapkannya menghadapi musim persekolahan yang akan bermula minggu hadapan.
![Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739271972_AnwarIbrahim.jpg)
Tindakan Israel di Palestin adalah "projek kolonisasi" - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin, mengutuk tindakan Israel sebagai satu "projek kolonisasi".
Penduduk Segama giat bersihkan rumah dan buang barang rosak
Kru AWANI Borneo berkesempatan meninjau para penduduk yang giat membersihkan rumah masing-masing agar kembali selesa untuk didiami.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
![Video tular: Ular sawa lima meter antara paling panjang ditangkap - APM Video tular: Ular sawa lima meter antara paling panjang ditangkap - APM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732685223_ularsawabesar.jpg)
Video tular: Ular sawa lima meter antara paling panjang ditangkap - APM
Ular sawa yang tular itu dianggarkan panjang lebih lima meter dengan berat sekitar 80 kilogram semasa ditangkap di Taiping.
![Bomba tangkap ular sawa kekenyangan selepas baham tiga ekor kambing Bomba tangkap ular sawa kekenyangan selepas baham tiga ekor kambing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51730046221_TBULARBAHAMKAMBING.jpg)
Bomba tangkap ular sawa kekenyangan selepas baham tiga ekor kambing
Pasukan Bomba Sukarela Guchil dan tujuh anggota BBP Kuala Krai dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menangkap ular.
![Ular sawa batik jatuh dari siling rumah Ular sawa batik jatuh dari siling rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725598245_ularsawa.jpg)
Ular sawa batik jatuh dari siling rumah
Sebuah keluarga di Rumah Rakyat Padang Lebar, Batu Kikir di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa batik seberat 15 kilogram yang tiba-tiba jatuh dari siling rumah mereka, pada Khamis.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![APM tangkap ular sawa belit dua ekor kambing APM tangkap ular sawa belit dua ekor kambing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706521385_ularsawatelukint.jpg)
APM tangkap ular sawa belit dua ekor kambing
Ular itu dibawa ke pejabat APM Setiu sebelum di bawa ke pejabat APM Besut untuk diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.
!['Misteri' kehilangan lembu terjawab, penduduk jumpa ular sawa besar 'Misteri' kehilangan lembu terjawab, penduduk jumpa ular sawa besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705293973_TBularsawa.jpg)
'Misteri' kehilangan lembu terjawab, penduduk jumpa ular sawa besar
APM Terengganu menangkap seekor ular sawa batik sepanjang enam meter dengan berat kira-kira 120 kilogram (kg) di Kuala Nerus.
![Ular sawa 3 meter kejutkan pengguna jalan raya Ular sawa 3 meter kejutkan pengguna jalan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704160393_TBularsawajpg.jpg)
Ular sawa 3 meter kejutkan pengguna jalan raya
Ular itu dapat ditangkap oleh tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa hanya dalam tempoh tiga minit.
![Ular sawa 20kg menyorok dalam bonet kereta Ular sawa 20kg menyorok dalam bonet kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703316202_TBularsawa.jpg)
Ular sawa 20kg menyorok dalam bonet kereta
Seorang lelaki terkejut apabila mendapati ular sawa sepanjang empat meter di bahagian enjin kenderaan di Kampung Pantai Belimbing, Melaka.
![Ular sawa 10kg dalam mangkuk tandas Ular sawa 10kg dalam mangkuk tandas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684110657_ularsawa.jpg)
Ular sawa 10kg dalam mangkuk tandas
Pemilik rumah dikejutkan dengan bunyi seolah-olah serpihan kayu yang jatuh dari atap pada jam 1.05 tengah hari.
![Ular sawa seberat 150kg ditangkap di chalet di Mersing Ular sawa seberat 150kg ditangkap di chalet di Mersing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682407215_TBularsawa.jpg)
Ular sawa seberat 150kg ditangkap di chalet di Mersing
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mersing menangkap seekor ular sawa seberat 150 kilogram (kg) di kawasan chalet di sini, semalam.